Tidak salah menjadi seorang blogger kecil tetapi ada jiwa besar. Kena ada matlamat. Stay low, aim high. Blogger yang mungkin tak berapa dikenali, tetapi perlu ada impian dan cita-cita sedari mula ada blog sendiri, hatta ianya sebuah blog dari platform percuma blogspot.

Ramai blogger yang telah tempa kejayaan hari ini seperti Ben Ashaari bermula dengan blogspot. Malah, blogger hebat seperti Ben Ashaari masih lagi kekal guna blogspot walaupun dirinya telah jadi duta produk dan menjadi wakil blogger terbang ke Peranchis. Perghh terbang ke Paris ... percuma dan ditanggung segala, tak ke best tu?

Bukan terbang makan angin, tapi jadi wakil blogger Malaysia cerita mengenai Peranchis, cerita mengenai kilang Airbus ... cerita mengenai Air Asia-X. Buat kerja, sambil dapat makan angin luar negara!

Blogger Kecil Perlu Ada Jiwa Besar

Blogger Kecil Jiwa Besar
Macam saya cerita sebelum ini, 3 blogger jadi duta kempen Spritzer; ia juga boleh jadi anda blogger hari ini yang baru bertapak. Mungkin esok lusa, 5 tahun dari sekarang, 10 tahun dari sekarang, jika ada iltizam, ada usaha, ada kerja keras, in Sha Allah, apa yang blogger seperti Ben Ashaari capai satu penghormatan boleh dicapai oleh blogger yang baru nak bertatih hari ini.
Blogger Kecil Jiwa Besar
Saya sendiri ada impian dalam dunia blog Malaysia. Saya pernah ceritakan sebelum ini apabila mencalonkan diri dalam satu satu acara anugerah untuk blogger. Biar orang kata seperti Mat Jenin, dari tiada impian langsung. Mat Jenin bukan satu cerita rakyat kosong, tanpa Mat Jenin, takkan ada yang berjaya. Mat Jenin kisahnya dicerita dari generasi ke generasi supaya kita perlu ada impian untuk dicapai. Mat Jenin tidak jatuh pokok, kalau tidak masakan dia boleh ceritakan impiannya pada orang lain!

Anda tidak perlu malu dengan follower yang kecil ciput. Tak perlu malu dengan trafik yang tenggelam timbul. Penting ialah usaha anda untuk majukan diri dalam dunia blog Malaysia. Gunakan blog platform terbaik untuk diri anda, dan juga untuk masyarakat. Tulis dengan rasa, jiwa dan identiti anda, in Sha Allah .. akan ada mata memerhati yang nampak.

Jika rasa anda hanyalah blogger sekadar pinggiran yang kecil tidak menyerlah seperti blogger terkenal, maka pastikan anda ada jiwa lebih besar daripada blogger itu. Jiwa besar tiada siapa yang tahu kecuali diri anda. Anda berhak ada jiwa dan impian besar menggunung.

... Dekat hujung tahun macam ni, saya ada impian untuk dapatkan iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger ... moga ada rezeki dapat iPhone 5 kali ini.




18 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. 6 tahun jadi blogger, masih rasa dipinggiran.. terima kasih naikkan semangat sha untuk terus berblogging !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sha. Saya menulis ini juga untuk naikkan semangat sendiri sebenarnya . ...hehhee

      Padam
  2. Tahap kental pun bukan kecik2 anak bro..kena kental habis..gigih.. chewahh..aku ni cuma blogger nubis.. kena byk usaha..

    BalasPadam
  3. saya start berblog since 2008 lagi. tapi sampai sekarang masih banyak yang kena belajar. hehe. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Dunia blog berevolusi setiap masa ... kalau kita pandai cekap, in Sha Allah boleh berjaya. Blogger seperti Fatin Liyana pun buat perubahan dengan blog sampai padam entri ... kena ada dan perlu ubah sesuatu utk kebaikan masa depan.

      Padam
  4. pergh..abg HH buat terus entri selepas denaihati kata blogger kecil jiwa besar..terbaikkk

    BalasPadam
  5. Rasa cam HH sedang memuji saya lak :)

    BalasPadam
  6. Semangat pulak lepas baca entri ni.

    BalasPadam
  7. yang penting, mahuuuuuuu! kalau tak mahu, apa pun tak boleh :)

    BalasPadam
  8. Terbuka sikit fikiran ni untuk terus mencoret. Thanx untuk tips dan motivadi ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Kita masing-masing perlu sokongan masing2 ... dalam dunia blog Malaysia.

      Padam
  9. Dimana ada kemahuan disitu ada jalannya. Belajar dan praktik.

    BalasPadam
  10. Salam blogger bro..sangat memberi motivasi kepada new blogger seperti saya..semoga dengan perkongsian ini saudara memperolehi pahala dariNya...tq and sudi2 followsaya..

    BalasPadam
  11. rasa tercabar dengan mereka-mereka yang berjiwa besar ni. kalau dulu kita fikir boleh ke nak berjaya dengan blog tapi ramai dah buktikan, kejayaan sebenar hanya untuk mereka yang berani bermimpi dan berjiwa besar...

    BalasPadam
  12. serius semangat baca post ni...kita blogger mungkin utk suka2 sebab suka menulis dan share opinion dlm blog..but who knows..Insya Allah..:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement