Ya, memang susah nak ajak orang baca blog kita. Apatah lagi nak 'pancing', atau 'umpan' pengunjung supaya singgah. Kena ada teknik yang betul. Mula-mula memang sukar, tetapi dengan kesungguhan, percubaan demi percubaan, anda lama-lama akan tahu cara yang terbaik buat blog anda.
Apa yang akan saya kongsikan ini iaitu 6 cara memancing trafik ke blog ini adalah bersandarkan cubaan demi cubaan yang telah saya guna pakai selama saya berblog. Ia mungkin berkesan dan mungkin tidak berkesan buat anda.
Namun, seperti kebanyakkan teknik dan tips blogging yang pernah saya kongsikan, anda perlu mencuba terlebih dahulu untuk ketahui ia berkesan atau tidak. Lain blog lain tekniknya. Jika serasi, in Sha Allah, boleh menjana trafik yang anda mahukan ke blog anda.
Ok, tapi sebelum itu; saya ingin nyatakan, saya tak janji ehh pendekatan dan cara ini berhasil untuk anda. Jangan nak serbu saya lak kalau dah buat tapi tak menjadi. Yang pasti, blog ini dah buat teknik dan cara ini, dan alhamdulillah, hasilnya agak berbaloi.
6 Cara Memancing Trafik Blog
- Tulis tajuk yang nampak kontroversi tetapi ia bukan entri kontroversi. Isi kandungan diolah supaya tidak mendatangkan kontroversi. Biar tajuk sahaja nampak begitu, tetapi tidak isinya. Namun, kenalah padan jangan sampai tajuk dan isi kandungan lari sama sekali.
- Pancing dengan menulis tajuk bertanda tanya atau bertanda seru. Teknik ini ada dua pendekatan, iaitu membawa tanda tanya dan keduanya menunjukkan sesuatu yang gempar dan tidak disangka.
- Pancing dengan menyediakan gambar sesuai dengan tajuk. Jika boleh, dapatkan gambar yang memberikan nilai misteri sehingga ada yang ingin tahu lebih lanjut.
- Pancing dengan menulis tajuk menggunakan kata-kata umpan yang popular, seperti top, popular, gambar, foto, terbongkar, senarai, teknik, rahsia dan sebagainya. Saya pernah senaraikan beberapa kata-kata umpan yang boleh digunakan untuk menulis tajuk entri berkesan.
- Pancing dengan menulis tajuk yang tidak lengkap. Contohnya seperti ini: Top Blogger Berkahwin Satu Lagi Tanpa ....
- Pancing dengan menggunakan Search Description yang terdapat di dashboard blog post anda. Letakkan suatu teaser yang akan muncul pada SERP setiap kali satu-satu kata kunci dicari oleh pencari maklumat. Jika anda gunakan dengan berkesan Search Description ini, ia bukan sekadar tool yang bagus untuk SEO tetapi juga akan meningkatkan autoriti blog anda.
Ada banyak kaedah lain untuk mendapatkan trafik. Malah kebanyakannya telah pun saya kongsikan di dalam blog ini.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kebaikan buat anda semua. In Sha Allah.
thanks 4 da info!! :)
BalasPadamhuhu...bagus info nih...
BalasPadamni sama ke cam isu iframe yg diorang dok kepoh2 tuh BK?
@eT Isu iframe? hmm tak tahu la .. ada link boleh saya tgk?
BalasPadamTips yang bagus .. =)
BalasPadamanastasyea's latest post .. Blog Sampah Boleh Jadi Emas ..
owh..
BalasPadamreally?
tp..camne eh nk ping kat google or yahoo tu?tak reti la..
dan SCC xpenah plak ping entri yg da sminggu lamenye..hehehe
@hasrul hassan, iFrame.. copy paste guna script blog.. rujuk http://anarm.net/blog/jadikan-blog-anda-anti-iframe.html
BalasPadamkena rajin selalu ni nak promosikan blog.. sy slow motion je,ikut masa lapang..
BalasPadamtrima kasih untuk info berguna ini!!
BalasPadamsalam. bagusnya tips. tapi saya masih bertatih lg dlm dunia blogging. tekedek2 lagi nak publish. eheee.
BalasPadamNice!! sy pun slalu gak guna yg no.4 n 5 tu..hujung minggu slalu gak blogwalking guna google reader..
BalasPadamthanx 4 da info..i really needed this...hehe..
BalasPadamthanx for following me!!
http://addydowh.blogspot.com
@sicomot-comel Bukan ping kat google ... tapi add url .. search add url .. nanti jumpa ler
BalasPadammekaseh byk2...(*_*)
BalasPadamtips yg akhir sekali je yg x pernah buat lg...nnt nk try...tenkiu ye
BalasPadamermmm..betol2..thanx berkongsi ilmu
BalasPadamoo tapi tips yang nak kena ping tue tak pandai la buat. camner yer?
BalasPadam@misz_eyza ikuti je arahan dalam ping tu ... hanya tulis url blog dan klik je ping ... :) tak susah mana pun. Hendak seribu daya ..
BalasPadamterlalu umum. Mungkin boleh terperinci kan lagi sikit .. baru mudah sikit!
BalasPadamPerkongsian yang berguna ini sifu HH ;-)
BalasPadamkena praktikkan ni, insyaAllah menjadi. terima kasih perkongsiannya.
BalasPadamdah macam ikan pulak trafik nih.
BalasPadamHoho mestilah ... hehehehehe...
Padamboleh bagi umpan baik lagi...
BalasPadaminfo yang sangat menarik ..lepas ni perlu umpan dengan macam-macam la nie.
BalasPadamthnkz share..memang memerlukan
BalasPadampetang ni melepak kat blog HH, sambil beljar ilmu berblog..
BalasPadamrugi jugak kalau berblog sesuka hatikan?
boleh tak nak tau. ada entri pasal Earning AdSense? sy x paham fungsi nya dan cara menggunakannya/
BalasPadamTQ
Adsense adalah medium pengiklanan, lebih kurang Nuffnang je cuma lebih baik sbb ia bayar USD dan ia merupakan pengiklanan berbentuk kontekstual, iaitu ambil kira apa yang pengunjung cari di dalam blog, dan keyword apa yang digunakan dalam entri. Jika entri itu ttg bola, maka iklan bolalah yang akan keluar.
PadamCara guna? Hanya ambil kod HTML adsense dari akaun dia dan letak dalam blog. Jika guna blogspot, benda tu dah ada dalam dashboard bahagian widget. Pilih je adsense.
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.