29 Ogos 2014

Tempias Trafik Ribuan Sehari Menerusi Bloglist

Tempias trafik dari blog-blog yang sudah establised dan dapat ratus ribu pageviews sebulan, anda perlu rebut dan ambil peluang. Saya sendiri telah mendapat puluhan ribu malah ratus ribu trafik hanya menerusi bloglist dan backlink dari blog-blog hebat.

Saya beritahu perkara ini sebab saya nampak kelebihannya dan saya telah mendapat manfaatnya. Saya kongsikan tips ini kerana saya mahu blogger baru yang sukar nak dapat trafik boleh dapatkan tempias trafik, kalau tidak jana ribu pun, ratus pun sudah ok sebagai permulaan untuk dikenali dalam dunia blog Malaysia.

Tempias Trafik Ribuan Sehari Menerusi Bloglist

Tahukah anda, saya agak beruntung kerana merasa sekejap berada di dalam bloglist beberapa blog yang ada trafik tinggi. Antaranya blog Ben Ashaari, blog Maziul Akmal, blog Rina Salleh, blog Irene Marcelo ... dan beruntung sebab dapat backlink menerusi beberapa entri dari blog Beautifulnara, blog Fatin Liyana, blog Hanis Zalikha, blog AbangEnsem, blog Denaihati ....
Tempias Trafik Ribuan Sehari Menerusi Bloglist

Jadi, jika ada mana-mana blogger yang buat segmen, jangan lepaskan peluang untuk sertai sebab ia sedikit sebanyak akan bantu blog anda mendapat perhatian di dalam dunia blog Malaysia. Jika rajin lebih, dengan tinggalkan komen ... akan ada extra bonus dengan cara tersebut.

Tak dilupa, ada blog yang walaupun trafiknya tidak tinggi, tetapi disebabkan perkongsian yang dibuat, blog yang dirujuk turut mendapat trafik tidak dijangka.

Lakukan teknik ini, cari jalan dan cara supaya blog anda berada di dalam bloglist rakan blogger lain. Samada secara sukarela, secara sertai segmen, atau mungkin pikat dengan penulisan anda yang ada niche tertentu.

Semua tips telah saya berikan, terpulang pada anda untuk mendapat tempias trafik ribuan sehari menerusi bloglist, segmen dan komen.

Semoga berjaya.

28 Ogos 2014

Video Iklan Merdeka Malaysia Day 2014 Petronas

Dah tengok TVC video Hari Kemerdekaan ke 57 Malaysia dari Petronas tak? Kali ini, Petronas dengan sukacitanya berkongsi dari A sampai Z berkaitan iklan terbaru 2014 ini untuk tatapan kita semua. Agak nostalgia, apatah lagi ada Nasi Kandar Noordin dalam salah satu babak iklan Petronas ini.

Video iklan Merdeka Malaysia ke 57 tahun 2014 disediakan oleh Petronas anda boleh lihat bukan sahaja video penuh iklan tersebut berdurasi 3 minit 30 minit, tetapi cara pembikinan TVC tersebut beserta gambar-gambar menarik di lokasi penggambaran video tersebut dihasilkan.
Video Iklan Merdeka Malaysia Day 2014 Petronas
TVC iklan Petronas berkaitan Kemerdekaan Malaysia ke 57 memaparkan kisah dua orang sahabat yang menyusuri peredaran zaman sepanjang 57 kemerdekaan negara. Satu yang bagi saya sangat unik dan berlainan. Macam tengok time travel lak, dari satu era ke satu era yang lain.

Video Iklan Merdeka Malaysia Day 2014 Petronas


Video ini imbas kembali beberapa kejayaan besar negara semenjak 1957. Terasa cepat benar berlalu dah banyak juga dicapai oleh kita sebagai rakyat Malaysia. Bangga kejap walaupun ada di antaranya pernah dianggap sebagai satu angan kosong oleh segelintir orang.

Tahniah Malaysia atas kejayaan hebat.

Dan terima kasih kepada +PETRONASOfficial kerana menghasilkan sebuah TVC yang begitu seronok ditonton.

"Abah, tengok tu ... tu stesen keretapi kat kampung opah ..." kata anak saya ...
"Erkk .. ye la .... "

Nampak macam stesen keretapi lama di Batu Gajah, tapi tak pasti sangat sebab stesen KTM lama memang sepesen je semua.

Lawati laman web Petronas khusus untuk Merdeka Malaysia 57 tahun ini di sini - http://bit.ly/merdeka57my

Jangan lupa main interaktif yang disediakan... boleh kongsi dengan anak-anak dan lihat antara kejayaan Malaysia sepanjang 57 tahun Merdeka.
Video Iklan Merdeka Malaysia Day 2014 Petronas



27 Ogos 2014

Cara Menjadikan Blogspot Valid HTML5

Satu rahsia bagaimana saya menjadikan blog ini mesra SEO ialah dengan menjadikan template blog ini valid HTML5. Saya dah cerita dengan agak panjang juga berkaitan HTML5 ini dan bagaimana ia membantu blog kecil untuk berada di ranking utama Google hanya kerana menjadikan template blogspot sebagai template yang ada kekuatan SEO.

Jika anda tak faham apa itu HTML5, boleh baca blogpost saya tersebut - Template Blogspot Disenangi Google.

Seperti yang saya dah terangkan, penting jadikan blog untuk valid HTML5 ini. Bila dah ada template blogspot yang tiada kesalahan dari struktur dan rekabentuk, maka mudahlah untuk robot enjin carian mencari kata kunci penting entri dan blog anda, supaya dapat berada di dalam enjin carian.

Cara dan Tips Menjadikan Blogspot Valid HTML5

Cara Menjadikan Blogspot Valid HTML5
Ada yang teringin nak lihat trafik blog mencanak kan? Jadi, inilah antara langkah-langkah yang harus anda ikuti. Jangan kata saya tak kongsikan kepada anda, saya dah beritahu rahsia ini yang saya dah guna sejak 2012 lagi, apabila mengetahui betapa pentingnya ada blog yang mempunyai template mesra SEO dan valid HTML5.

Saya mahu anda punyai blog, walaupun tidak ada ramai follower, tak sekacak saya, tidak begitu popular untuk mendapat trafik yang tidak disangka. Saya tahu ramai blogger terutama blogger baru yang sangat dahagakan trafik ke blog tetapi tidak tahu cara-cara dari segi teknikal untuk melakukannya. Jadi, harapan saya dengan sedikit perkongsian ini, dapatlah bantu mana yang boleh.

Ehemm .. jangan tercengang, ada developer atau pembangun template blog atau pakar SEO yang kenakan caj sehingga ratusan ringgit semata untuk buat sedikit pembetulan atau editing ini, supaya blogspot anda valid HTML5! Yang ni, saya berikan secara percuma kepada anda ...:)

Ok. Pertama sekali untuk menjadikan template blogspot anda valid HTML5 ialah dengan melakukan beberapa langkah berikut:
  • Buka template HTML blogspot anda, tukar html menjadi HTML (semua huruf besar). Ia terdapat di awal template blogspot anda, dan di akhir template.
  • Buang semua kod ini -   di dalam template blogspot anda. Kod ini jika ada akan tampilkan gambar seperti spanar dengan skru-driver bila ada lihat blog anda dalam mode sign-in blogspot. Bila buang, gambar tersebut sudah tidak ada lagi.
  • Letakkan perkataan atau gantikan kod javascript di dalam template HTML blogspot anda seperti di bawah ini. Anda kena masukkan "type" di dalam kod javascript.
Cara Menjadikan Blogspot Valid HTML5
  • Anda perlu letakkan atribute atau alt untuk semua bentuk gambar di dalam template blogspot anda. Contohnya; img src="url gambar" alt="ini gambar saya yang kacak"
  • Jangan sesekali anda gunakan pendekatan berikut untuk gambar berada di kedudukan tengah - div align=center tetapi gunakan cara CSS seperti berikut - div style='text-align: center'
Itulah serba sedikit cara termudah yang boleh saya kongsikan kepada anda, bab lain tu agak rumit sedikit, risau nanti anda tersilap buat. Jika silap, memang buruk akibatnya.

Saya nasihatkan supaya anda backup terlebih dahulu template HTML anda. Manalah tahu terjadi perkara tidak diingini.

Selapas anda telah buat beberapa tips dan langkah di atas untuk jadikan blogspot anda valid HTML5, uji kembali menerusi HTML5 W3S validator. Lihat apa yang tidak kena dengan meneliti penerangan ringkas yang diberikan. Jika anda boleh faham, ikut cadangan yang ada diberikan.
Cara Menjadikan Blogspot Valid HTML5

Inilah cara-cara saya menjadikan template blogspot saya valid HTML5 atau paling tidak kurangkan jumlah errors supaya ia lebih mesra SEO dan dapat tandingi blog-blog lain dalam Google untuk kata kunci tertentu.

Semoga ini bermanfaat.

Anda juga boleh baca catatan di sini - How To Make Blogger Template SEO Friendly sebagai salah satu panduan tambahan.

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta Lirik Warisan

Semakin dekat dengan Hari Kebangsaan ke 57, semakin sering kita dengar lirik lagu ini .. 'Di sini lahirnya sebuah cinta .... yang murni abadi sejati'. Ramai yang ingat ia adalah merupakan tajuk lagu tema Kemerdekaan Malaysia ke 57, tetapi sebenarnya ia adalah sebahagian daripada lirik lagu Warisan nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Ramai keliru sebenarnya dengan bait lagu tersebut. Ramai ingatkan ia sebuah lagu dengan tajuk Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. :) Saya awal-awal pun terkeliru juga. Pada mungkin tak begitu ingat lagi lirik lagu Warisan, saya kongsikan buat tatapan, dan mungkin ... err .. karaoke sorang-sorang depan komputer .. hehehe...
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta Lirik Warisan

Lirik Lagu Warisan

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

(korus)
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Di bumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

(ulang korus)

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Ok, kalau tak ingat melodi dan irama lagu Warisan yang ada lirik Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta ini, boleh hayati video di bawah ini.

Video Original Lagu Warisan Sudirman Haji Arshad


Dalam video di atas, ada pesanan cukup bermakna buat kita semua daripada Allahyarham Sudirman. Janganlah kita jadi manusia yang malas, dan perlu merdekakan diri dari sikap kemalasan kita untuk jadi berjaya.

Memang kena dengan budaya terbaik menjadi seorang blogger yang mahu berjaya. Dalam dunia blog, siapa yang malas dan kurang berusaha, memang sukar nak berjaya, apatah lagi bila buat blog dengan tujuan untuk tambah income pendapatan. Malas, jangan ada blog!

Al Fatihah buat Allahyarham Sudirman.


Trafik Tinggi Buat Blog Jadi Jem ....

Tak pernah saya alami situasi ini di dalam blog, cuma tempoh hari entah kenapa blog saya jadi jem. Trafik masuk sehingga zahirkan lebih daripada 30 ribu pageviews dalam sehari. Memang terkejut saya dibuatnya. Ianya berlaku tanpa sedar. Trafik tinggi tak disangka itu buatkan blog saya tak boleh nak masuk, walaupun kepada saya sebagai empunyanya.

Memang jarang berlaku. Saya tak pasti blog blogspot mana yang pernah hadapi situasi seperti ini. Saya ingatkan blogspot tiada masalah bandwidth sampai tak boleh nak akses.

Adakah benar blog saya kejung sekejap dek kerana trafik mencurah tak henti-henti?

Atau sekadar saya yang perasan blog hebat ada trafik banyak.

Apa yang berlaku ketika itu adalah paparan berikut keluar bila saya nak akses ke blog. Ntah sapa punya gambar yang Google keluarkan pun saya tak tahu.

Trafik Tinggi Buat Blog Jadi Jem ....

Blog trafik tinggi
Error 509 ini keluar tanpa disangka-sangka. Saya lihat dashboard blogspot saya dan tinjau Google Analytics, memang ketika itu ada yang online terlebih.

Mungkinkah disebabkan saiz blog saya agak berat sampai gagal untuk diakses?

Ada sesiapa tahu apa maksud Error 509 ini?


26 Ogos 2014

Puteri-Puteri Rasulullah S.A.W

Puteri-Puteri Rasulullah S.A.W. “Berapa orangkah anak perempuan Rasulullah S.A.W?” Semasa di bangku sekolah lagi, para ustaz dan ustazah gemar mengajukan soalan ‘trivia’ ini kepada anak muridnya semasa mengajar topik Sirah. Mungkin ketika itu, dengan buku teks yang terpampang di depan mata, masing-masing berlumba-lumba untuk menjawab. Soalan yang mudah.

“Namakan pula nama anak perempuan Rasulullah!” Bunyi soalan kedua. Lantas terngiang-ngiang nasyid kanak-kanak mengenai nama-nama puteri Baginda. Ada yang menjawab ala-ala nyanyian nasyid tersebut. Sungguh menggirangkan.

Namun jika soalan yang sama diajukan ketika ini kepada kita - seorang dewasa Muslim yang membaca artikel mengenai puteri-puteri Rasulullah S.A.W; adakah kita mampu menjawab sepantas dahulu ketika di sekolah? Bagaimana pula dengan soalan kedua mengenai nama-nama mereka? Sejauh mana keyakinan dengan jawapan yang diberikan? Muktamad?

Tahniah kepada yang berjaya. Malu pada yang tidak. Apakah tanda, apakah maknanya? Benar kasih dan cintakan Rasul sekiranya soalan mudah sebegitupun masih ragu-ragu untuk dijawab?

Tenanglah. Tiada istilah terlambat untuk belajar. Semuanya terpulang samada mahu ataupun tidak.

Puteri-Puteri Rasulullah S.A.W

The Bidadari 2014 Puteri-Puteri Rasulullah S.A.W
Menurut Rusydi Ramli Al-Jauhari melalui bingkisan beliau bertajuk Biografi Agung Rasulullah S.A.W, Rasulullah dikurniakan tujuh cahaya mata, empat perempuan dan tiga lelaki. Atas kuasa Allah yang Maha Pengasih, kesemua anak lelaki Baginda meninggal dunia semasa kecil lagi.

Walaubagaimanapun Allah telah mengizinkan empat puteri Baginda berkembang mekar menjadi mawar agama yang indah bernama Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalsom dan Fatimah. Ya. Empat nama ini merupakan nama puteri Rasul junjungan mulia. Berbanggalah sesiapa yang berkongsi nama serupa.

Zainab

Zainab adalah anak hasil perkahwinan dengan Khadijah R.A. Lahir ketika Rasulullah S.A.W berusia 30 tahun, Zainab merupakan anak perempuan yang paling tua. Beliau memeluk Islam sejurus detik kerasulan bapanya walaupun suaminya, Abi Al-Ash bin Al-Rabi’ belum memeluk Islam. Beliau berpisah dengan suaminya selama enam tahun sebelum dinikahkan semula setelah suaminya menerima Islam. Zainab wafat pada tahun keislaman suaminya.

Ruqayyah

Ruqayyah, wanita tabah bersuamikan Atbah bin Abi Lahab diceraikan dalam keadaan suci tanpa disetubuhi kerana turun ayat Allah S.W.T dalam Surah Al-Masad yang berbunyi, “Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa.” Atas dasar kebencian yang menggunung oleh bapa mertuanya Abu Lahab, Atbah dipaksa untuk menceraikan Ruqayyah dengan tragis. Ruqayyah kemudiannya berkahwin dengan pemuda idaman Uthman bin Affan.

Ummu Kalsom

Ummu Kalsom sedikit sebanyak merasai pengalaman yang sama seperti kakaknya Ruqayyah. Beliau juga pernah berbapa mertuakan Abu Lahab, diceraikan dalam keadaan yang sama, berlandaskan ayat Al-Qur’an yang sama dan akhirnya bersuamikan orang yang sama iaitu Uthman bin Affan setelah kematian Ruqayyah.

Fatimah Al-Zahra

Fatimah Al-Zahra pula lahir ketika masing-masing sedang sibuk membina semula Kaabah. Beliau berkahwin dengan Sayidina Ali dan wafat dua bulan setelah kewafatan Rasulullah S.A.W. Hati Fatimah pernah hancur apabila melihat bapanya yang sedang sujud dilemparkan kotoran jijik. Beliaulah yang membersihkannya sambil melaknat si pelaku yang tidak berhati perut.

Empat srikandi bertuah kesayangan Rasulullah S.A.W ini masing-masing memiliki peristiwa hidup istimewa di sepanjang dakwah Baginda. Air mata yang tidak tertanggung lagi, perasaan yang sering diusik, semangat teguh berpaksikan cinta kepada Allah dan Rasul, segalanya tulus ditujukan walaupun sering diuji oleh mereka yang kejam melukai bapa mereka yang mulia.

Izin Allah S.W.T, mereka telah dikurniakan zuriat keturunan yang masih kekal sehingga ke hari ini. Suatu legasi Rasul mulia yang suatu ketika dahulu pernah menjadi bahan ejekan kononya telah terputus waris, kini gah ke sana ke mari menghidupkan sunnah dan ajaran Baginda. Benar, seorang wanita itu mampu melahirkan satu ummah. Seorang wanita itu juga berperanan besar dalam membentuk pemimpin masa hadapan ummah.
Akademi iMuslim Malaysia, sebuah badan Pendidikan Islam tempatan yang berpusat di Shah Alam, Selangor mengambil peluang ini untuk menyediakan ruang bagi pencari ilmu khususnya para wanita dengan menganjurkan konvensyen Islamik tahunan yang dinamakan ‘The Bidadari’.

Bertemakan ‘Srikandi Mulia di Sisi Rasulullah S.A.W’, Konvensyen ini diharap agar dapat mencetus inspirasi untuk membentuk jati diri yang kukuh di kalangan para Muslimah dalam memainkan peranan sebagai pembentuk ummah sejagat. Segalanya akan dikupas oleh beberapa tokoh wanita unggul serta pencetus inspirasi yang bakal menjentik minda melalui perkongsian pengalaman menuju Allah, berkisarkan kisah tauladan daripada para isteri dan puteri Rasulullah SAW serta para sahabat.

Perhimpunan Wanita Terbaik Seluruh Asia

Sepanjang tiga tahun lalu, Konvensyen ini telah berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai satu program yang signifikan dan kini diiktiraf sebagai perhimpunan wanita terbaik di seluruh Asia. Buat kali ketiga di Malaysia, Konvensyen ‘The Bidadari’ bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 30 dan 31 Ogos 2014.

Konvensyen ini akan turut diserikan dengan ‘School of Sahabah’, sebuah pengisian mantap oleh barisan ilmuwan tempatan dan antarabangsa. Temui Prof. Dr. Muhaya, Ustazah Fatimah Syarha dan ramai lagi berserta duta ‘The Bidadari’ seperti Mizz Nina, Natasha Hudson dan Ummi Nazeera.

Aktiviti menarik untuk kanak-kanak, gerai jualan dan kemudahan untuk para ibu yang menyusukan turut disediakan.

Barisan Penceramah The Bidadari 2014



Baru-baru ini saya telah adakan satu kuzi kontest ringkas untuk berikan 2 tiket percuma, wang tunai RM100 dan juga sepasanga telekung sulam Vietnam, tetapi nampaknya tiada siapa yang berminat untuk dapatkannya. :)

Mungkin ramai mahu hadir ke Konvensyen The Bidadari dengan usaha dan tiket bayar sendiri. Untuk itu, anda boleh dapatkan tiket ke konvensyen ini dengan dapatkan info menerusi Facebook The Bidadari di sini - https://www.facebook.com/konvensyenbidadari


Jumpa anda di sana .. in Sha Allah.

Hajat Blogger Yang Belum Tercapai

Apa hajat anda sebagai blogger yang belum tercapai ehh? Saya, setakat ini masih belum lagi nampak tanda-tanda yang hajat saya tu tercapai. Apakah hajat saya? Adakah anda nak tahu apa hajat saya dalam dunia blog yang terasa masih belum tercapai?

Ramai blogger Malaysia dah nyatakan hasrat mereka, dan impian yang belum tercapai. Ada macam-macam hajat, dari nak dapatkan komen blogger terkenal di dalam blog sampailah ada yang nak masuk dalam TV dan majalah.

Hajat saya lain sikit. Seperti entri saya, blogger kecil berjiwa besar ... saya mahu lebih sekadar menjadi seorang blogger yang kongsi cerita, panduan, tips, cara buat duit online ... tapi, saya tidak mahu menjadi seorang blogger yang dikenali, saya cuma mahu blog saya dikenali. Ini kerana lambat laun esok lusa ntah siapa yang tahu, saya mungkin tidak berupaya menulis lagi di blog ini. Mungkin orang lain, mungkin isteri saya, mungkin anak-anak saya ... mungkin juga rakan blogger yang menjadi pemilik seterusnya.

Hajat saya memang belum tercapai.

Hajat saya sebagai blogger yang belum tercapai ialah mahukan blog saya diingati apabila blogger Malaysia sebut ... 'blog manakah patut jadi panduan untuk berblog dalam blogspot'. Saya mahu blog ini diingati sebagai panduan untuk blogger blogspot Malaysia berjaya buat blog terbaik. Bila nak buat blog guna blogspot ... orang akan ingat blog ni ... itu hajat saya.

Setakat ini belum nampak ianya berjaya lagi.

Saya dah rasa diberi penghargaan sebagai Pakar SEO Malaysia oleh Denaihati.com

Saya juga dah rasa diberi penghargaan oleh Ben Ashaari sebagai blogger yang boleh maju ke depan (bukan perut).

Saya juga dah merasai entri-entri penghargaan yang tak terbalas sampai sekarang oleh ramai rakan blogger luar dan dalam negara.

Saya juga dah merasa masuk majalah.

Saya juga dah merasa masuk TV walaupun nampak tangan sahaja.

Saya masih banyak kelemahan dan masih banyak impian ... dan hajat yang saya katakan tadi adalah hajat terbaik pernah saya fikir apabila pertama kali ubah niche blog ini sekitar 2011-2012.

Moga hajat ini akan tercapai. Anda ada hajat blogger yang belum tercapai? Curahkan dan beritahu hajat anda di sini - Hajat Blogger Yang Belum Tercapai


Template Blogspot Disenangi Google

Hari ini saya nak kongsikan satu tips penting dalam rekabentuk template blogspot. Ia berkaitan menjadikan template blogspot disenangi Google. Dengan kata lain, menjadikan template kita mesra SEO dan mudah disenaraikan di enjin carian (SERP). Perkara penting tersebut ialah bagaimana menjadikan template blogspot anda sebagai valid HTML5.

Sebelum saya berikan tips berkenaan, anda perlu faham apakah itu HTML5. HTML5 adalah bahasa markup dalam teras teknologi Internet yang digunakan untuk penstrukturan dan menyampaikan kandungan untuk World Wide Web. Maka, jika blogspot anda tidak patuhi, kemungkinan kandungan blog anda tidak disampaikan secara sepenuhnya mungkin berlaku.
Template blogspot valid HTML5 Template Blogspot Disenangi Google

Sejarah Ringkas HTML

Sejarah HTML bermula sejak tahun 1991 apabila diperkenalkan oleh Tim Berners Lee. Kemudian mulalah perkembangan HTML sehingga wujudnya xHTML pada tahun 2000 yang juga digunapakai dalam kebanyakkan template blogspot. HTML5 pula diperkenalkan pada tahun 2009 bersama sekali dengan CSS3.

Dalam sebuah template biasa blogspot, akan ada 3 perkara penting ini dalam rekabentuk iaitu HTML + CSS dan juga Javascript. Menerusi struktur asas ini, sesebuah blog boleh menjadi sebuah sumber informasi yang kaya dengan membolehkan jadual, gambar, video, bunyi dimasukkan dengan mudah. Ia menjadikan sesebuah blog itu lebih 'bernyawa' dan bukan paparan teks semata.

Untuk baca mengenai HTML dan sejarah ringkasnya boleh rujuk sini - What is HTML5

Template Blogspot Valid HTML5 Disenangi Google

Enjin carian seperti Google sangat pentingkan blog yang penuh dengan maklumat dan kandungan berkualiti, maka sangat penting HTML5 ini dipatuhi dalam rekabentuk blog anda.

Bagi memastikan blog anda valid HTML5, anda perlu lakukan ujian terhadap template blogspot anda, sepertimana saya lakukan di bawah ini.
Template Blogspot Valid HTML5 Disenangi Google

Blog saya ada 2 errors dan 4 warnings. Walaupun tidak dapat capai sepenunhya seperimana blog saya yang baru - examkerjayakerajaan.com yang valid HTML5 sepenuhnya.
Template Blogspot Valid HTML5 Disenangi Google

Terbukti Template Blogspot Valid HTML5 Mesra Google

Blog ini walaupun tidak penuhi 100 peratus dan terdapat 2 errors tetapi alhamdulillah masih mampu untuk bersaing dengan beberapa keyword panas sehingga berjaya berada di halaman utama enjin carian Google.

Nampak tak kenapa pentingnya template blog yang mesra SEO dan valid HTML5 ini? Ini adalah rahsia saya bagaimana banyak entri blog saya berada di halaman utama Google dan pernah berjaya mendapat tempat pertama di dalam Contest SEO Casa Ombak - menang RM500 hanya menerusi satu post!

Bukan itu sahaja, template seperti ini juga telah bantu saya jana income 4 angka menerusi satu blog post dalam masa 4 hari sahaja!

Menerusi template yang mesra SEO dan valid HTML5 juga, saya bantu ramai pengiklan yang beriklan menerusi penulisan advertorial diberikan pendedahan terbaik menerusi kata kunci tertentu. Entri-entri dengan beberapa kata kunci tertentu telah menjadi rank #1 di enjin carian Google.

Sekarang, anda perlu jadikan template blogspoit anda valid HTML5. Caranya ....

Periksa dulu template blogspot anda di sini - http://validator.w3.org/  Masukkan URL blog anda di ruang yang disediakan, dan tunggu hasilnya seperti 2 paparan di atas.

Anda kena tunggu entri seterusnya .... sebab dah panjang sangat saya tulis ni, takut nanti anda cuma baca sekerat sahaja .. hoho ...

Untuk tidak terlepas tips tersebut, pastikan anda langgan blog ini menerusi email. Untuk langgan, anda klik pautan ini - Langgan Blog Ini Menerusi Email

Semoga bermanfaat.



Cara Jana Income Blog Menerusi Advertorial.MY

Ada blogger yang tidak berapa nak faham bagaimana nak jana income blog menerusi Advertorial.MY yang telah saya promosikan beberapa post yang lalu. Pada yang tak tahu, menerusi Advertorial.MY, blogger baru mahupun lama ada peluang untuk jana income menerusi penulisan blog atau entri berbentuk review. Income menerusi review ini boleh cecah RM300 - RM500 seminggu mahupun sehari jika kena teknik dan cara.

Menerusi Advertorial.MY, blogger yang mahu sediakan servis penulisan berbentuk advertorial bolehlah meletakkan blog mereka di dalam senarai blogger atau blog. Kemudian, pihak Advertorial.MY akan cuba mencari dan mendapatkan seberapa banyak pengiklan yang mahukan dapatkan pengiklanan berbentuk advertorial. Jika ada pengiklan berminat, maka pihak pengiklan akan hubungi blogger tersebut untuk dapatkan sebutharga bagi servis yang disediakan.

Cara Jana Income Blog Menerusi Advertorial.MY

Ok. Mungkin ada yang tidak tahu apakah itu advertorial. Advertorial berasal dari dua perkataan iaitu Advertisement dan Editorial. Ia bermaksud anda menulis satu blog post berbentuk review samada produk, servis, jenama di dalam blog anda. Anda akan dibayar setiap penulisan ini. Selalunya blogger Malaysia yang sudah punyai nama dan kekuatan sendiri dalam dunia online akan tetapkan harga sekitar RM100-RM500 satu-satu post. Malah ada juga blogger yang dibayar sehingga RM1000 - RM3000 untuk satu post.

Post advertorial kebiasaannya kekal di dalam blog, selagi blog itu hidup dan URL blog boleh diakses. Ada juga blogger yang tetapkan jangkamasa tertentu untuk penulisan berbentuk advertorial ini seperti selama 3 bulan, 6 bulan mahupun setahun. Jangkamasa ini diletakkan supaya niche blog terpelihara, dan untuk kekalkan momentum Google PR yang baik.
Cara Jana Income Blog Menerusi Advertorial.MY
Google PR akan terjejas seandainya terdapat link atau pautan di dalam entri yang menjurus kepada pengiklanan. Kenapa? Sebab di dalam Google sendiri sudah ada advertorial dan juga Adsense. Seandainya blogger yang terlalu banyak menulis entri berbentuk advertorial, dalam jangkamasa panjang akan menyebabkan blog tidak mendapat ranking yang baik di dalam enjin carian!

Inilah sebab ada blogger yang letakkan harga tinggi untuk penulisan berbentuk advertorial. Selain menjaga niche blog, ia juga adalah untuk jangkamasa panjang menjaga Google Pagerank (PR). Tak percaya? Anda lihat sahaja blogger-blogger mahupun blog yang ada PR yang tinggi, jarang ada link atau pautan ke laman-laman yang 'menjual' tetapi lebih kepada laman-laman yang memberikan 'informasi'.

Mahu jana income menerusi Advertorial.MY? Ada blog?

Bagaimana Nak Dapatkan Bayaran RM50, RM300 mahupun RM500 Setiap Post?

Daftarkan blog anda untuk disenaraikan dan dapat income menerusi penulisan berbentuk advertorial di blog. Pendaftaran boleh dilakukan di sini - http://bit.ly/advertorialads
Cara Jana Income Blog Menerusi Advertorial.MY
Cara Jana Income Blog Menerusi Advertorial.MY

Selepas mendaftar, anda masukkan butiran blog anda dan tunggu sahaja email daripada pengiklan yang berminat nak dapatkan servis daripada anda. Mudah.

Selamat mencuba, dan pastikan anda letakkan harga advertorial yang sepadan dengan kekuatan blog anda. Jangan terlalu mahal, tetapi tidak juga terlalu murah. Berikan standard selayaknya untuk blogger Malaysia yang kini sudah semakin menyerlah untuk promosikan sesuatu produk dan servis!



TV3 Tidak Prihatin Permintaan Akhir Arwah Sharifah Aini?

Siapa ada tengok siaran Majalah 3 pada 25 Ogos 2014? Siaran Majalah 3 waktu itu menampilkan kisah biduanita negara, arwah Dato' Sharifah Aini yang telah meninggal dunia pada 4 Julai 2014 jam 1.26 pagi. Ia berkisar mengenai perjalanan seni yang telah dilalui oleh biduanita negara ini. Akibat daripada siaran Majalah Tiga TV3 ini, ramai yang menonton berasa tidak senang, dan ada yang anggap bahawa pihak TV3 telah tidak hormati permintaan terakhir arwah Dato Sharifah Aini.

Samada betul atau tidak, saya cuba cari kepastian mengenai permintaan terakhir arwah Sharifah Aini, apakah sebenarnya permintaan akhir beliau sehingga ada penonton Majalah Tiga yang berasa kesal dengan siaran tersebut.

TV3 Tidak Prihatin Permintaan Akhir Arwah Sharifah Aini?


"Bang, kenapa Majalah Tiga dok tayang gambar lama Sharifah Aini ni? siap tak pakai tudung ..." kata isteri saya bila sekilas saya tukar siaran ke TV3.
"Ehh kenapa?" tanya saya untuk kepastian.
"Bukan ke permintaan akhir arwah supaya orang tak sebar gambar-gambar lama dia dah? ... kalau tak silap la .." kata isteri saya.

Saya godek punya godek, dan akhirnya saya jumpa juga. Apa yang dikatakan isteri saya itu adalah bersandarkan video temuramah Prof. Dr Muhaya dengan Sharifah Aini (Kak Pah) dalam sebuah rancangan di TV9.

Permintaan Akhir Dato' Sharifah Aini Bersama Celik Hati Profesor Dr Muhaya


Tak berapa nak tangkap apa yang dinyatakan oleh arwah Sharifah Aini dalam rancangan Celik Hati ini? Ok .. saya cuba keluarkan satu persatu ...

YA ALLAH, Kak Pah cakap pun Kak Pah hendak menangis,”
“Tengok YouTube dengan rambut dan penampilan saya… saya malu pada ALLAH, terlalu malu…saya malu pada ALLAH…tapi itu sudah lepas, hendak kata apa lagi.
“Jadi saya ada permintaan pada stesyen televisyen, kepada kawan-kawan media, kalau nak keluarkan gambar tolonglah jangan keluarkan gambar dulu, gambar yang tidak berhijab.
“Kasihan dekat kita semua, kami semua sudah ‘move on’ ke jalan Tuhan. Hendak jadi lebih baik, hendak dekat dengan ALLAH, setiap hari kami mencari keredaan ALLAH,”

Jelas?

Jadi, tindakan TV3 menyiarkan siaran Majalah Tiga yang ada menampilkan gambar-gambar lama beliau boleh dianggap seperti telah tidak hormati permintaan yang jelas nyata disiaran langsungkan untuk tontonan semua.

Manalah tidak marah mereka yang sedar akan perkara ini.



Harapnya entri ini boleh dijadikan teguranlah supaya TV3 lebih sensitif. Saya tahu, dah macam proses pihak TV3 lalui terutama krew penerbitan Majalah Tiga untuk tapis cerita berkaitan arwah. Mungkin terlepas pandang sehingga lupa bahawa arwah pernah berpesan sebegitu.

Niat TV3 mungkin baik mahu imbau dan imbas apa yang telah disumbangkan oleh arwah Daro Sharifah Aini, tetapi sebaik mungkin cuba juga tonton rancangan terbitan MediaPrima yang lain .. supaya ambil tahu ... :) jangan harap penonton je nak tengok tapi orang TV3 sendiri tak tonton rancangan mereka, lebih suka tonton rancangan TV berbayar ... hoho ...

Al Fatihah.

Lawak Belalang, Lipas, Kambing dan Semut Asrul Samat Jadi Viral

Adeh. Benda ni dah lama sebenarnya berlaku, tetapi dah menjadi-jadi tahap lawak yang berkait-kait sampai ke sudah. Mula biasa je, setakat lawak pengguna Asrul Samat - Belalang - Kambing - Lipas dan terbaru Semut.

Semua orang bagai dah gila sarcasm bila gambar belalang dijawab kambing jadi bahan lawak pecah perut, segalanya bermula dari Asrul Samat. Nak ditambah-tambah, komen-komen yang juga bila dibaca bagai nak pecah perut ... adeh. Sekali, ok ... dua kali ok .... bila masuk tiga dan empat .. dah tak tahan dah.

Lawak Belalang, Lipas, Kambing dan Semut Asrul Samat Jadi Viral

Lawak Belalang, Lipas, Kambing dan Semut Asrul Samat Jadi Viral
Saya kongsi kepada anda bukan nak memalukan sesapa pun, tapi sekadar hiburan dan memperlihatkan bagaimana sudah semakin ramai pengguna Facebook gunakan pendekatan sarcasm untuk perli secara mendalam. Kalau orang lurus bendul memang main terima sahaja. Tapi nyata lagi bersuluh, anak saya yang umur 4 tahun pun tahu beza mana semut, mana kambing, mana lipas dan mana belalang .... :)

Layan balik weihhh ...



25 Ogos 2014

Punca Astro Tergendala 24 Ogos 2014

Ramai pengguna Astro yang marah-marah apabila siaran Astro tergendala pada 24 Ogos 2014. Apakah punca ia tergendala sehinggakan ramai yang meluah rasa tidak puas hati sampai ada yang memaki-hamun menerusi laman sosial? Saya cuba cari, dan nampaknya sudah ada penjelasan pun daripada pihak Astro berkenaan punca tergendala 24 Ogos 2014.

Gangguan siaran atau tergendala itu berlaku bermula jam 8:00 pagi.

Saya difahamkan masalah gangguan siaran berlaku disebabkan oleh kebakaran yang berlaku pada sistem bekalan kuasa tunggu sedia atau UPS di Bukit Jalil.
Punca Astro Tergendala 24 Ogos 2014

Punca Astro Tergendala 24 Ogos 2014

Punca Astro Tergendala 24 Ogos 2014

Gangguan siaran ini kembali pulih sekitar jam 11:30 malam, dan pihak Astro telah kemudian umumkan perkara itu di Facebook Astro. Berbeza dengan maki hamun, kurang pula yang ucapkan terima kasih atas tindakan Astro bertindak untuk kembalikan siaran.

Erkk .. ok. Saya bukan nak backing Astro, lagipun saya bukan pelanggan Astro. Jadi, entri ini tidak ada kena mengena langsung nak bodek Astro. Saya memang tak langgan dan tidak bercadang untuk melanggan. Jika anda pernah baca entri-entri saya berkaitan Astro, ada banyak sebab kenapa saya tidak melanggan Astro.

Namun, agak tidak eloklah budaya maki hamun sumpah seranah menjadi amalan kita. Dah makin kronik dah saya tengok. Ada je yang tak kena, sumpah seranah sana sini. Kenapa? Susah sangatkah nak pergi ke bilik air ambil air wudhuk dan tenteramkan hati yang marah?

Ada baca soal Amarah tak yang saya post baru-baru ni? Tak baca? Ok, ia bukan cerita sensasi yang ramai mahu kongsi kepada ramai... saya faham.

Marah melampau ini mungkin disebabkan ia siaran yang perlu dibayar setiap bulan. Kalau percuma, mungkin tak kisah sangat, biarlah keluar siaran tergendala, takkan ada yang rajin nak telefon, sms kepada pihak berkenaan. Tunggu je sampai ia jadi tak tergendala. Benda percuma selalu gitu, jarang sangat dihargai .. kan kan? :P

Siapa suka kena maki? Elakkan diri ehh .. ... puas dah Nabi Muhammad S.A.W ajari umat untuk berakhlak mulia.

Saya sedikit kecewa dengan diri sendiri sebenarnya bila apa yang saya cuba sampaikan tidak berjaya seperti apa yang diinginkan hati, seperti teringinnya hati untuk menang iPhone 5s gajet impian setiap blogger.



Pendedahan Model Muslimah Individu Mintak Beraksi Lentik

Kerjaya model memang glamor. Saya lihat sekarang memang menjadi trend anak-anak gadis memasuki bidang ini, tambah lagi dah semakin banyak jenama pakaian termasuklah fesyen bertudung diketengahkan. Adakah anda baca mengenai fenomena Jilboobs? Fesyen bertudung sekarang dah semakin trendy, alhamdulillah ramai pereka muda yang buat bisnes tudung telah tampilkan imej-imej fesyen tudung yang bukan sahaja menarik tetapi juga bebas fitnah.

Namun, sekarang terdapat satu gejala baru. Bukan zahirnya datang dari anak-anak gadis yang mahu jadi model, tetapi datang daripada mereka yang mahu ambil peluang tak senonoh pada gadis-gadis yang dahagakan kerjaya sebagai model.

Sebelum ini, rakan blogger dalam Kelab Blogger Belia dah tampilkan isu ini di mana terdapat individu tertentu yang mahu memancing anak-anak dara termasuklah juga ibu tunggal hatta isteri orang supaya ambil peluang dan tawaran menjadi seorang model muslimah. Itu katanyalah .. tapi hakikatnya .... perkara yang tidak elok berlaku.

Rakan blogger saya menerusi blog Buasir Otak pernah dedahkan mengenai individu ini di dalam entri - Model Pakaian Muslimah Disuruh Beraksi Ghairah yang telah diterbitkan pada 21 Ogos 2014 yang lalu. Dan terkini, saya dapati ada satu perkongsian di Facebook daripada seorang model muslimah mengenai tipu daya individu ini.

Pendedahan Model Muslimah Individu Mintak Beraksi Lentik

Agak panjang sebenarnya saya nak kongsikan perbualan daripada dua individu ini - model yang bernama Shafiqa Roslan dan juga lelaki yang menggunakan identiti Azmn Shrfdn. Mula-mula memang tak berapa nampak sangat, kemudian ....

Aishh .. apa punya fotografer suruh buat camni? Dah la approach seorang model muslimah, disuruh buat perkara yang agak bertentangan. Lagi-lagi pulak, bila diminta gaya melentik... erkkk ... kalau saya jadi model pun seriau gak nak pose gitu... hehehe.....
Uhh nampak tak dah silap tang mana? Individu ini konon nak bagi peluang atau job menjadi seorang model, tetapi diminta untuk hantar gambar-gambar dulu untuk penilaian. Dah la tu kena pose maut gedabak macam kat atas tu.

Perkara yang sama juga telah dilakukan oleh individu ini kepada mangsa lain sebelum ini, lihat beberapa skrin shot diambil oleh rakan blogger berkaitan pendedahan ini.


Ok. Mungkin ada yang tanya kenapa saya dedahkan benda ni, apatah lagi terpampang nama individu Azmn Shrfdn ini? Sebabnya ialah pelaku sendiri mengaku bahawa akaun yang dimilikinya fake account dan cabar SKMM untuk ambil tindakan terhadapnya.

Hmm .... jadi camner?
Maka, berhati-hatilah ya, jangan sampai termakan pujuk rayu individu yang suka ambil kesempatan atas kecantikan yang ada pada anda sebagai gadis-gadis cun cantik belaka. Nyesal dulu tak mengapa, nyesal kemudian?

Semoga perkongsian ini dapat lindungi anak-anak gadis, mahupun ibu tunggal dan isteri-isteri jelita dari terkena godaan... auwww....

Oh ya, anda teringin nak baca 'rakaman' perbualan lengkap model muslimah ini yang diajak beraksi lentik? Boleh baca di sini - https://www.facebook.com/sha.iyka/posts/10204615540414188



Dua Ancaman Besar Jadi Penguasa Kastam

Bahaya menjawat jawatan Penguasa Kastam ni. Ia merupakan kerjaya sektor awam yang melibatkan penguatkuasaan, jadi cabarannya lebih nak dibandingkan dengan kerja sektor awam yang lain. Saya terbaca di dalam Berita Harian online, ada dua ancaman besar apabila seseorang menjawat jawatan Penguasa Kastam ini.

Dua ancaman besar jadi Penguasa Kastam ialah menerusi ancaman ekonomi dan juga jenayah.

Memang beranilah mereka yang telah kemuka permohonan untuk menjadi Penguasa Kastam ni. Saya tabiklah pada mereka, yang telah menjadi sebahagian daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Nyawa mereka sentiasa berada di dalam bahaya, kena berhadapan dengan penyeludup yang memang sah nyata ancaman. Belum lagi lihat pada ancaman yang susah nak nampak seperti ancaman daripada tauke-tauke besar yang nak elak bayar cukai barang dan perniagaan. Guna Tonto dan pembunuh upahan lagi.
Ancaman Jawat Jawatan Penguasa Kastam Diraja Malaysia

Dua Ancaman Besar Jadi Penguasa Kastam

Masih ingat lagi kes Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak mati di Putrajaya pada 26 April, pada tahun 2013? Haa .. tu peringkat tertinggi tu ... bukan orang bawahan yang sering sekali berada di 'perbatasan'.

Tahun ini khabarnya ramai yang ingin menyertai Jabatan Kastam Diraja Malaysia, malah pengambilannya dikhabarkan berkali-kali ganda dengan sebelum ini. Pengambilan baru yang banyak di dalam JKDM dikaitkan juga dengan perlaksanaan GST yang membabitkan pelbagai barangan produk pengguna.

Tambah pula dengan bahana penyeludupan dadah dan barangan lain samada secara terus atau menjadikan Malaysia sebagai tempat transit. Penjenayah dadah dan penyeludup sekarang lebih agresif dan berani. Mereka ini sanggup lakukan apa sahaja termasuklah mengancam nyawa penguatkuasa seperti Kastam Diraja Malaysia.

Ada juga cerita tidak berapa best mengenai Penguasa Kastam ni. Yang sering saya dengar ialah gejala rasuah yang banyak berlaku di kalangan anggota penguatkuasa. Malah, telah ada beberapa kes yang telah dihadapkan ke mahkamah. Lagi satu ancaman besar untuk menjadi seorang Penguasa Kastam ...iaitu takut menjadi mangsa dan terjerumus dalam gejala rasuah.

Gaji Minimum dan Maksimum Penguasa Kastam

Gaji minimum dan maksimum Penguasa Kastam gred W41

Walaupun ada cakap-cakap, dengar-dengar benda tak elok kaitan rasuah dengan Penguasa Kastam, saya pasti kerajaan telah ambil langkah terbaik memastikan gejala ini dibanteras. Ini termasuklah kempen-kempen mengenai bahaya rasuah selain menaikkan motivasi kesedaran kepada anggota Kastam supaya memerangi dan elakkan diri dari gejala tidak sihat ini.

Gaji seorang Penguasa Kastam gred W41 boleh tahan juga. Dan dengar cerita gaji dalam kumpulan pengurusan dan profesional Kastam akan juga dinaikkan disebabkan oleh beban kerja yang semakin bertambah. Mungkin ini antara salah satu sebab dari yang telah saya beritahu yang mengapa makin ramai mahu menjadi seorang Penguasa Kastam.

Anda yang baca post ini, adakah anda atau rakan anda ada mohon perjawatan ini?


Cara Betulkan Butang Twitter Tidak Berfungsi

Saya sedang edit sebuah blog baru, kemudian saya dapati butang fungsi Twitter atau Tweet tidak berfungsi. Ia hanya keluar link twitter sahaja. Agak mencacatkan pandangan mata saya, yang juga nampak seolah blog seperti ada yang tidak siap. Jadi, saya telah cari penyelesaian, dan dapat. Menerusi entri ini, kepada sesiapa yang ada masalah butang twitter tidak berfungsi, bolehlah jadikan panduan.

Bagaimana nak betulkan butang twitter yang tidak berfungsi ini? Ok. Mudah sahaja.

Sekiranya anda dapati butang twitter anda hanya keluar perkataan 'tweet' sahaja tanpa nampak ikon atau butang tweet, bermakna anda terlupa untuk sertakan javascript (js) untuk twitter anda. Untuk selesaikan dan betulkan butang twitter ini, apa yang perlu anda lakukan adalah memasukkan js ini di dalam HTML blogspot anda.

Cara Betulkan Butang Twitter Dalam Blogspot

Cara Betulkan Butang Twitter Tidak Berfungsi

Untuk yang bermasalah, boleh salin kod HTML di bawah ini untuk js twitter bagi membolehkan entri-entri anda dikongsi di lama sosial twitter. Anda perlu letakkan kod ini sebelum penutup body blogspot anda ...


Dan in Sha Allah, butang twitter anda akan kelihat kacak seperti biasa dan berfungsi dengan baik tanpa segan silu lagi.
Cara Betulkan Butang Twitter Tidak Berfungsi

Oh ya, jangan lupa follow akaun twitter saya - http://www.twitter.com/hasrulhassan


Jual Tudung Tapi Tidak Bertudung

Dalam perjalanan nak hantar anak saya ke sekolah pada Sabtu 23 Ogos 2014 di Sekolah Permatang Tok Mahat, sempat juga saya snap beberapa gambar peniaga-peniaga tudung di Pasar Kemboja Parit Buntar. Snap snap ... saya perasan, ohh ada awek jual tudung mari-mari kat Pasar Kemboja ni. Dan dalam hati ..."Ada juga yang jual tudung tapi tidak bertudung ni".

Satu kepelikan? Tidaklah.

Jual Tudung Tapi Tidak Pakai Tudung

Memang biasa penjual tudung jual tudung tapi tidak bertudung. Tak caya? Pergi la ke kedai besar-besar, yang sah pemiliknya bukan muslim. Anda akan nampak beberapa staff tak pakai tudung pun, tapi ada produk tudung dan telekung yang dijual.
Pasar Kemboja Lubuk Bisnes Tudung
Pasar Kemboja Lubuk Jual Tudung
Lagipun zaman sekarang, penjual tudung tidak lagi terhad di kalangan orang muslim dan muslimah sahaja. Orang bukan Islam pun tahu untuk kaut untung dari bisnes tudung ini. Dah banyak lubuk bisnes tudung didedahkan. Bisnes tudung mudah untung, beli borong murah, jual sehelai-sehelai mahal. Dah la bisnes paling mudah dan kos rendah kalau jual online. Hantar guna pos laju, berapa berat sangatlah tudung tu ye tak?
Pasar Kemboja Lubuk Jual TudungPasar Kemboja Lubuk Jual Tudung
Pasar Kemboja Lubuk Jual Tudung
Zaman sekarang, orang lelaki yang sah-sah tidak bertudung pun tahu ambil peluang dan kesempatan keghairahan wanita yang suka shopping tudung ni. Dan saya nampak, memang kebanyakkan peniaga di Pasar Kemboja yang menjual tudung tidak memakai tudung sebab mereka tu ramainya lelaki .. hoho ... :)

Sesekali nampak awek mari jual tudung tak bertudung, tu yang terbuat cerita ini dalam blog... hehehe...

24 Ogos 2014

Perlukah Beli Ebook Untuk Ilmu?

Perlukah beli ebook untuk dapatkan ilmu dan panduan? Sebenarnya, untuk jawab persoalan ini, anda kena buat penilaian pada diri sendiri. Bila dah menilai diri, barulah anda akan tahu setahap mana anda perlukan sebuah ebook atau lebih bagi mendapatkan ilmu dan panduan yang anda inginkan.

Ada orang tanya saya, "Abang HH beli ebook tak untuk berjaya dalam dunia blog?" Ok. Nak jawab soalan ini, seperti awal saya sebut di awal-awal entri, kena buat penilaian diri. Jadi, marilah nilai diri saya ....hehehe......
Panduan beli ebook online

Perlukah Beli Ebook Untuk Ilmu dan Panduan?

Soalan pertama yang perlu ditanya adalah .....

Sejauh mana pengetahuan sedia ada tentang apa yang terkandung di dalam ebook tersebut? Ok. Jika ia sesuatu yang saya tahu, saya akan teliti dulu apa mungkin bernilai selain apa yang saya telah tahu. Sebab bukan semua yang kita konon tahu itu benar-benar tahu. Penting supaya tidak membeli sebuah ebook yang sebenarnya menyediakan panduan yang telah sedia kita tahu. Rugi pulak nanti.

Adakah apa yang ditulis dan dipersembahkan di dalam ebook itu boleh saya dapat dengan percuma? Ok, jika apa yang disampaikan itu, dengan sedikit kajian dan usaha, boleh saya dapat dengan percuma, maka ia akan jadi penentu untuk membeli dengan tidak. Caranya ialah dengan teknik Google.... yang saya pasti semua orang tahu nak buat.

Ada Pengetahuan Untuk Praktik Ilmu Dalam Ebook

Ketiganya ialah adakah saya tahu nak praktikkan ilmu yang ada di dalam ebook itu. Ibaratkan anda mahu beli kenderaan; adakah anda akan beli sebuah helikopter jika anda tiada lesen dan tidak tahu nak kendalikan sebuah helikopter? Haa ..gitulah adanya. Ada ebook yang dijual minta anda buat itu dan ini, dan ia memerlukan sedikit kemahiran. Jika kemahiran itu anda telah tahu, maka pastikan ia cukup supaya apa jua yang ada di dalam ebook itu senang nak anda ikuti.

Rajin

Keempat, rajin. Adakah anda rajin dan ada semangat untuk usaha sehingga berjaya. Dalam hal ini, ada dua perkara - iaitu rajin tak anda nak amalkan apa yang ada dalam ebook tersebut? keduanya adakah anda rajin nak cari ilmu dan panduan yang ada dalam ebook tersebut. Rajin nak amal, maka beli. Tak rajin tak usah beli.

Oh ya, dalam bab rajin ini, jika anda rajin nak cari ilmu yang sama secara percuma; tanpa ebook maka letak tepi dulu keinginan nak dapatkan panduan daripada ebook tersebut. Cuba gunakan kemahiran anda untuk cari lebih info berkaitan produk; jika ia boleh dapat percuma maka dapatkan ia secara percuma - itupun jika anda betul mahu.

Kelima ialah lihat siapa yang tulis ebook tersebut. Penting sekali anda memilih ebook dan panduan yang ditulis oleh mereka yang benar berjaya dan membuktikan kejayaan tersebut. Bukan semua ebook itu bagus. Sebab ada yang buat ebook hanya dengan menulis atau kongsikan 2 perenggan ayat sahaja yang benar. Yang lain semua ayat goreng ntah apa-apa. Tak ada isi padat, semua ibarat tong kosong yang diketuk bunyinya sahaja kuat.

Inilah 5 perkara yang perlu dilihat pada diri anda dan dibuat penilaian.

Secara ringkas.
  • Anda tahu mengenai panduan tersebut? Tahu - tak perlu beli.
  • Anda rajin dan mahu usaha? - Rajin dan mahu usaha sendiri tak perlu beli. Malas silalah dapatkan.
  • Anda yakin dengan penulis? - Jika ya, sila beli. Jika ragu-ragu, letak tepi.
  • Mahu benar praktik? - Sekiranya anda mahu beli kerana sekadar mahu tahu, maka biarkan dulu. Pastikan ada keinginan kuat barulah beli.

Dah.

Ebook selalunya ditulis dan disediakan untuk mereka yang mahu ilmu panduan dan berusaha ke arah itu. Ada juga ebook yang ditulis untuk mudahkan sesuatu bukan beri bulat-bulat. Ebook kebanyakkannya panduan, jika anda tidak ikut, tiadalah kejayaan yang boleh anda dapat.

Semoga pengisian ini bermakna dan bermanfaat buat anda.


23 Ogos 2014

Blogger Kecil Jiwa Besar

Tidak salah menjadi seorang blogger kecil tetapi ada jiwa besar. Kena ada matlamat. Stay low, aim high. Blogger yang mungkin tak berapa dikenali, tetapi perlu ada impian dan cita-cita sedari mula ada blog sendiri, hatta ianya sebuah blog dari platform percuma blogspot.

Ramai blogger yang telah tempa kejayaan hari ini seperti Ben Ashaari bermula dengan blogspot. Malah, blogger hebat seperti Ben Ashaari masih lagi kekal guna blogspot walaupun dirinya telah jadi duta produk dan menjadi wakil blogger terbang ke Peranchis. Perghh terbang ke Paris ... percuma dan ditanggung segala, tak ke best tu?

Bukan terbang makan angin, tapi jadi wakil blogger Malaysia cerita mengenai Peranchis, cerita mengenai kilang Airbus ... cerita mengenai Air Asia-X. Buat kerja, sambil dapat makan angin luar negara!

Blogger Kecil Perlu Ada Jiwa Besar

Blogger Kecil Jiwa Besar
Macam saya cerita sebelum ini, 3 blogger jadi duta kempen Spritzer; ia juga boleh jadi anda blogger hari ini yang baru bertapak. Mungkin esok lusa, 5 tahun dari sekarang, 10 tahun dari sekarang, jika ada iltizam, ada usaha, ada kerja keras, in Sha Allah, apa yang blogger seperti Ben Ashaari capai satu penghormatan boleh dicapai oleh blogger yang baru nak bertatih hari ini.
Blogger Kecil Jiwa Besar
Saya sendiri ada impian dalam dunia blog Malaysia. Saya pernah ceritakan sebelum ini apabila mencalonkan diri dalam satu satu acara anugerah untuk blogger. Biar orang kata seperti Mat Jenin, dari tiada impian langsung. Mat Jenin bukan satu cerita rakyat kosong, tanpa Mat Jenin, takkan ada yang berjaya. Mat Jenin kisahnya dicerita dari generasi ke generasi supaya kita perlu ada impian untuk dicapai. Mat Jenin tidak jatuh pokok, kalau tidak masakan dia boleh ceritakan impiannya pada orang lain!

Anda tidak perlu malu dengan follower yang kecil ciput. Tak perlu malu dengan trafik yang tenggelam timbul. Penting ialah usaha anda untuk majukan diri dalam dunia blog Malaysia. Gunakan blog platform terbaik untuk diri anda, dan juga untuk masyarakat. Tulis dengan rasa, jiwa dan identiti anda, in Sha Allah .. akan ada mata memerhati yang nampak.

Jika rasa anda hanyalah blogger sekadar pinggiran yang kecil tidak menyerlah seperti blogger terkenal, maka pastikan anda ada jiwa lebih besar daripada blogger itu. Jiwa besar tiada siapa yang tahu kecuali diri anda. Anda berhak ada jiwa dan impian besar menggunung.

... Dekat hujung tahun macam ni, saya ada impian untuk dapatkan iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger ... moga ada rezeki dapat iPhone 5 kali ini.




3 Blogger Terkenal Jadi Duta Spritzer Malaysia

Tahniah pada 3 blogger terkenal yang berpeluang menjadi duta produk Spritzer Malaysia. Makin glamorlah tiga orang blogger ini. Saya pasti mereka bertiga antara blogger berpengaruh di Malaysia sehingga diangkat menjadi duta kepada produk yang sememangnya dikenali ini.

Spritzer telah memilih blogger terkenal Broframestone, Namee Roslan dan juga Ruby sebaris dengan personaliti terkenal lain seperti Winnie Loo, Amber Chia, Sazzy Falak, Key Ng, Carven Ong, Iko In, Dylan Fan, Claude Berube, Alvin Loh, Alam Wakaka, Zulkifli Bujang dan Christopher. Masing-masing dikenali dalam bidang masing-masing, seperti peragaan, fesyen, kecantikan, fotografi, sukan, teknologi dan seni persembahan.

Blogger Broframestone, Namee Roslan dan Ruby Jadi Duta Kempen Spritzer

3 Blogger Terkenal Jadi Duta Spritzer Malaysia
3 Blogger Terkenal Jadi Duta Spritzer Malaysia
Saya boleh katakan, 3 blogger ini dikira beruntung sangat dipilih, seperti mana blogger Ben Ashaari yang terpilih menjadi duta dalam kempen sebuah syarikat minuman besar, yang turut menampilkan selebriti terkenal yang juga blogger Malaysia Raisyyah Rania Yeap. Nama Felixia Yeap atau Raisyyah Rania Yeap menjadi fenomena di Malaysia dalam bulan Ramadhan tahun 2014, apatah lagi dengan kisah menariknya memeluk agama Islam dari kerana sehelai tudung!
Raissyah Rania blogger jadi duta produk
Blogger Raissyah Rania Yeap

Blogger Makin Diiktiraf

Nampaknya semakin banyak syarikat yang mengambil iktiraf blogger yang dikenali dan mempunyai pengaruh dalam masyarakat. Masing-masing ada kekuatan sendiri. Blogger Malaysia bukan seperti dahulu. Kini, ia boleh dijadikan satu profesion dan kerjaya dari rumah jika dilakukan dengan betul.

Saya sendiri sudah yakin untuk beritahu orang lain bahawa saya bekerja sendiri sebagai seorang blogger sepenuh masa. Tidak seperti dahulu ... apabila ditanya ... "Kerja apa?" .. saya jawab, "Kerja sendiri biasa biasa buat bisnes internet ..".

Blog Platform Capai Impian

Ada yang menjadikan platform blog untuk capai impian lain. Ada blogger yang jadi pelakon seperti Hanis Zalikha, Lynda Roslan, Nizam Ijam, Tengku Syukri dan ramai lagi. Ada yang dapat jadi model sambilan. Ada yang masuk akhbar dan majalah. Ada yang menjadi usahawan berjaya. Malah ada blogger yang dah jadi jutawan pun, hanya bermula dengan bisnes dari blog seperti Ika Radiusite. Mereka semua ada laluan kejayaan sendiri. Tahniah buat mereka.
Blogger Lynda Roslan

Blog sudah menjadi satu platform rujukan online terlaris dan diyakini. Ramai blogger Malaysia sudah boleh jana income menerusi penulisan advertorial di blog. Ada blogger jana pendapatan hasil penulisan ini dari RM150-RM500 setiap satu post. Bayangkan jika seorang blogger itu dapat 3 tawaran advertorial RM200 satu post dalam seminggu. Dah dapat RM600 .. hanya kerana menulis di blog.

Motivasi Buat Blogger Lain

Semua orang boleh ada blog dah sekarang ni. Buat blog dengan platform blogspot hanya ambil masa kurang 15 minit je dah siap. Ada yang buat blog semata-mana nak jadikan jana income dari blog; yang sememangnya dah dibukti dan terbukti.

Moga kejayaan tiga blogger terkenal jadi duta Spritzer Malaysia ini akan tiupkan lebih semangat kepada blogger lain untuk semakin mencipta kejayaan sendiri.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada rakan blogger +Bro Framestone , Namee Roslan dan juga +RubyMY . Dah meletop nama korang semua, dah kira tahap selebriti dah.

Saya tumpang gembira.


22 Ogos 2014

Madu Lebah Pokok Tualang Asli Madu Warisan

Madu lebah Tualang asli. Jika ditanya mana nak dapat madu lebah pokok Tualang yang asli, maka jawapan saya ialah Madu Warisan. Madu Warisan, jenama yang diyakini memberikan madu lebah dari pokok Tualang yang dijamin asli, bersih dan berkhasiat. Anda boleh dapatkan dengan mudah secara online di laman web Madu Warisan.

Awas. Ada yang menjual madu Tualang yang tiruan. Pastikan anda mendapatkan madu lebah asli. Memang dah banyak terdapat di pasaran terbuka. Kalau di pasar-pasar malam dan pasar sehari, ada je yang jual madu yang telah dicampur sedikit air dan gula. Malah, kat kedai-kedai pun ada yang jual madu yang bukan original.

Madu lebah yang bukan asli, jika dianggap sebagai madu lebah asli dan cara makan pun ikut madu asli, nanti boleh memudaratkan kesihatan.

Madu Lebah Pokok Tualang Asli Madu Warisan

Madu lebat pokok tualang asli beli online

Madu lebah asli memang banyak kebaikannya, antaranya membantu merawat batuk yang kronik,asma, pulihkan tenaga dalaman dan luaran, bantu menyelesaikan masalah selsema dan resdung, meningkatkan daya penglihatan, dan bantu mereka yang ada masalah sukar tidur.
Dalam kebanyakkan perubatan tradisional mahupun petua orang tua-tua, madu lebah pokok Tualang asli boleh memberikan keremajaan pada wajah, dan langsung membuatkan orang yang mengamalkannya nampak awek muda.

Madu Lebah Pokok Tualang Terbaik dan Sukar Didapati

Kenapa lebah madu daripada pokok Tualang? Pokok lain macam pokok bunga tak baguskah? Sebenarnya madu lebah daripada pokok Tualang merupakan madu hasilan terbaik dan paling bermutu tinggi. Nak dapatkan madu lebah asli daripada pokok Tualang bukannya mudah sebenarnya. Mana nak cari pokok Tualang, yang merupakan pokok hutan ni .... Pokok Tualang tinggi melangit, nak ambil madu dari sarang lebah bukan mudah. Nak panjat, pokoknya tinggi. Dah sampai ke atas, risiko pula disengat lebah. Begitulah Allah aturkan untuk sesuatu yang ada ribuan kebaikan dan penawar.
Madu Lebah Pokok Tualang Asli Madu Warisan
Kehebatan madu asli bukan hanya disebut dari mulut ke mulut, malah dalam Al Quran sendiri telah menceritakan akan kehebatan madu lebah ini.

"Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibina manusia".

"Kemudian, makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan TuhanMu yang dimudahkan bagimu. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan" (Surah An-Nahl Ayat 68-69)

Nasib ada Madu Warisan yang boleh anda dapatkan dengan mudah. Madu Tualang Warisan merupakan madu asli daripada pokok Tualang yang telah diuji akan mutunya. Ia telah diuji di makmal UNIPEQ, UKM. Madu asli Madu Tualang Warisan bukan sahaja teruji mutu, tetapi juga dihasilkan dengan 100 peratus tapisan terbaik dan halal.
Madu Lebah Pokok Tualang Asli Madu Warisan
Dapatkan madu asli pokok Tualang hanya dari Madu Warisan. Dapat elak kena tipu. Dapat elak dari berlaku mudarat. Anda dapat produk terjamin halal, ada sijil ujian sah, dan semua ini boleh dilakukan hanya menerusi internet, tak perlu keluar rumah, atau susah payah masuk hutan cari pokok Tualang.

Madu Warisan ada, mudah cepat halal bermutu. Madu terbaik daripada lebah madu asli pokok Tualang.

Dapatkan menerusi:
Puan Raha Kamal
SMS/ Whatsapp 012-205 8864
https://www.facebook.com/MaduTualangWarisan
Boleh terus beli online di www.maduwarisan.my
Madu lebah asli pokok tualang



Cara Letak Borang Google Form Dalam Entri

Ada rakan blogger bertanyakan cara nak letakkan borang Google Form dalam entri, seperti yang saya gunapakai dalam entri Kontes Tiket Percuma The Bidadari 2014. Haa .. meh la join kontes tu, ada dua tiket percuma saya nak berikan disamping wang tunai. Mana tahu, leh jumpa saya nanti, lepak-lepak di Putrajaya.

Ok. Bagaimana nak letakkan borang Google Form dalam entri? Caranya tidak susah tetapi jika tidak faham boleh haru biru dan tunggang langgang jadinya. Jadi, ikuti tutorial langkah demi langkah ini supaya anda boleh cipta satu borang Google Form yang baik dan kemudian diletakkan di dalam entri blog.
Cara Letak Borang Google Form Dalam Entri
Perkara pertama kena buat ialah anda perlu cipta dulu borang yang ingin anda gunakan. Misalnya anda mahu dapatkan butiran pembeli produk yang anda jual dalam blog, atau mungkin nak buat kontes macam saya, atau segmen atau apa-apa sahajalah yang boleh difikirkan oleh anda yang perlu gunakan borang.

Saya syorkan anda gunakan borang Google Form sebab ia adalah percuma, dan mudah nak handle. Tak perlu nak daftar semua sebab ia memang telah tersedia di dalam Google Drive. Yeap, ia merupakan satu aplikasi dalam Google Drive anda. Jika anda pengguna blogger.com atau gmail.com memang mudahlah. Hanya dengan satu klik, anda akan dibawa ke laman Google Drive seperti ditunjukkan di bawah ini.

Langkah Demi Langkah Untuk Letak Borang Google Form Dalam Entri

Pergi ke Google Drive. Klik butang warna merah Create. Akan keluar menu seperti di bawah ini.

Cara Letak Borang Google Form Dalam Entri
Cara Letak Borang Google Form Dalam Entri
Pilih Form iaitu untuk cipta borang anda. Paparan di bawah akan keluar selepas anda pilih Form pada menu yang disediakan. Sila letakkan tajuk borang nada, dan pilih tema atau theme yang ingin digunakan. Pilih tema yang sesuai dengan tujuan anda wujudkan borang tersebut.
Cara Letak Borang Google Form Dalam Entri
Selepas itu, tekan OK dan paparan dibawah ini akan muncul. Anda perlu isi perkara-perkara yang anda ingin di dalam borang tersebut. Contohnya seperti Nama, No Telefon, Email, Alamat Rumah, Nama Blogger, Nama Produk dan macam-macam lagi. Sekali lagi, ikut keperluan yang anda inginkan.
Cara Letak Borang Google Form Dalam Entri
Anda boleh letak seberapa banyak pertanyaan yang anda mahukan. Sesuai dengan penampilan sebuah borang. Nanti saya cerita lain tentang nak buat borang guna Google Form ini. Bila dah siap letakkan butiran yang anda mahu dalam borang, klik Send Form.
Cara Letak Borang Google Form Dalam Entri
Apabila butang Send Form anda klik, paparan di bawah pula akan kelihatan. Bagi membolehkan anda masukkan borang yang telah anda cipta itu ke dalam entri blog anda, klik butang Embed.
Cara Letak Borang Google Form Dalam Entri
Apabila butang Embed itu anda klik, maka terpacullah pula paparan di bawah ini. Sekarang, anda letakkan nilai yang sesuai pada ruang Custom Size. Jangan sesekali anda ambil nilai yang disediakan. Penting anda sesuaikan dengan penampilan dan saiz kelebaran entri anda, kalau tidak nanti borang akan kelihatan pelik dalam entri blog.
Cara Letak Borang Google Form Dalam Entri
 Bila dah pilih dan masukkan nilai kelebaran dalam Custom size tadi, klik kotak yang ada kod HTML (Selalunya dalam bentuk iFrame). Bila klik sahaja, muncullah tetanda hitam macam di bawah ini. Tekan Ctrl-C untuk salin kod HTML yang diberikan.
Cara Letak Borang Google Form Dalam Entri
Dah salin (ctrl-C), buka entri anda dalam blogspot anda. Pilih edit dalam HTML, dan paste (ctrl-V) kod HTML tadi dalam entri. Lihat contoh di bawah ini, dan lihat hasilnya ...dengan klik butang Compose.
Cara Letak Borang Google Form Dalam Entri

Selesai. Mudah je kan? Tutup telinga mesti leh buat punyalah...cuma lambat sebab kena suruh orang lain taip dan klik-klik .. hehehe...

Selamat mencuba.

p.s: Borang kahwin satu lagi hanya sekadar contoh, tiada niat pun .. hehhee...