Langkau ke kandungan utama

TVC Raya Aidilfitri 2014 Petronas Ke Pangkuan Bonda

Satu lagi video Raya 2014 ingin saya kongsikan kepada anda semua. Video atau TVC terbaru Hari Raya 2014 ini adalah dari Petronas. Sebelum ini, saya ada kongsikan TVC Raya 2014 daripada Telekom Malaysia yang pada saya cukup sweet menampilkan kisah budak perempuan comel yang berikan pelbagai alasan dengan mesej bermaafan atas salah dan silap.

TVC Raya 2014 daripada Petronas kali ini menampilkan mesej pulang berhari raya ke pangkuan bonda. Satu iklan raya berdurasi penuh 2 minit 57 saat memaparkan suasana hari raya di kampung. Suasana ceria, gembira, seronok serta keterujaan berhari raya dijadikan sumber dalam video ini.
TVC Raya Aidilfitri 2014 Petronas Ke Pangkuan Bonda

Jom layan TVC ini dengan rasa syukur.

TVC Raya Aidilfitri 2014 Petronas Ke Pangkuan Bonda


Bercakap soal berhari raya, saya dan famili akan pertama kali berhari raya di Kuala Lumpur. Ini adalah pengalaman saya secara peribadi berhari-raya di sebuah kota metropolitan, tak pernah selama hampir 40 tahun usia saya ada pengalaman berhari raya di Kuala Lumpur.

Jujurnya, memang telah menjadi satu keinginan untuk saya berhari raya di Kuala Lumpur, dan nampaknya 2014 merupakan tahun pertama saya.

Raya di Kuala Lumpur Ke Pangkuan Bonda

Oh ya, saya berhari raya di KL sebab bonda tercinta saya berada di sana bersama adik tunggal saya yang terpaksa berhari raya di samping bayi kembar yang baru lahir tidak cukup bulan. Bonda saya telah berada di Ampang, Kuala Lumpur sejak dari sebelum Ramadhan 2014 lagi.

Dua kegembiraan, berhari raya di KL dan berhari raya dengan kehadiran dua ahli baru dalam keluarga kecil saya. Seronok seronok sudah ada dua anak buah baru...kembar seiras pulak tu. Pasti satu pengalaman sangat baru bagi saya.

Dan ini juga pertama kali dalam hidup saya berhari raya bersama keluarga di kotaraya. Anak-anak saya juga teruja nak berhari raya di KL. Gamaknya nanti mesti terkejut sebab Kuala Lumpur lengang dengan kenderaan yang sesak .. hoho ...

--------

Takziah pada keluarga mangsa MH17 yang terhempas di Ukraine, berhampiran sempadan Russia. Ulasan, gambar dan video tragedi 17 Julai 2014 ini boleh dilihat di sini - Gambar, Foto dan Video Tragedi MH17 Terhempas





Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri..

    BalasPadam
  2. Selamat Hariraya HH. Kalau raya kat KL nanti sure lengang jalan dan boleh tangkap gambar banyak2 freestyle kat Dataran Merdeka, KLCC dan di mana2 shj. Kita orang balik kg!

    BalasPadam
  3. Dah datang KL bagi tahu ye Abang HH.. weeeeeeeeee

    BalasPadam
  4. bestnya dapat raya kat KL... jalan pun lengang silap2 terasa seperti di Indon atau Bangla... hehehe

    BalasPadam
  5. Tengok video ni rasa dah rasa suasana raya lah. selamat beraya di KL, suasana memang berbeza dengan kampung.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…