Shopping Raya adalah salah satu aktiviti tahunan Projek Iqra yang sentiasa mendapat sambutan menggalakkan saban tahun. Ia merupakan satu projek memberikan kegembiraan buat anak-anak yang mungkin tidak senasib baik seperti anak-anak kita. Dan pada tahun 2014, saya telah diberi peluang dan kesempatan untuk menyertai Projek Iqra sebagai rakan media sosial.

Shopping Raya merupakan satu aktiviti yang dilakukan di bulan Ramadhan setiap tahun, dianjur dan digerakkan oleh Projek Iqra. Ia merupakan satu inisiatif kebajikan dibuka kepada orang ramai untuk menaja persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk anak anak yatim, fakir miskin dan asnaf dibawah jagaan rumah kebajikan yang menyertai. Projek ini telah dijalankan selama 4 tahun melibatkan rumah-rumah kebajikan di semenanjung Malaysia.

Shopping Raya Pulau Pinang 2014 Projek Iqra

Shopping Raya 2014
Untuk info, Projek Iqra adalah sebuah badan NGO tiada kepentingan dan tidak bermotifkan keuntungan. Ia digerakkan oleh 3 orang anak muda yang hebat jiwa mereka iaitu Muhammad Solleh Mahfoz, Suhaimi Abdul Manan dan Sharifah Sharina Syed Aswad . Mereka anak muda tekun yang dedikasikan diri untuk membantu memberikan sinar masa hadapan buat anak-anak yatim, fakir miskin dan asnaf di negara ini.

Alhamdulillah, saya telah berkesempatan untuk sertai Shopping Raya 2014 di Sungai Dua, Seberang Perai Utara, Penang pada 6 Julai 2014. Saya ada ceritakan sedikit mukadimah program di entri ini - Projek Iqra' Shopping Raya 2014 Sungai Dua, Pulau Pinang.

Menjadi Sukarelawan Shopping Raya 2014 Projek Iqra'

shopping raya 2014 penang
Shopping Raya 2014 di Sungai Dua telah disertai oleh seramai 30 orang sukarelawan sebagai pilot dan co-pilot membawa anak-anak bershopping raya, di samping seorang jurugambar Siti Yong Nazirah bt Mohamad Shukor. Ia juga turut disertai oleh Sharifah Sharina Syed Aswad dan beberapa sukarelawan lain dari Projek Iqra.

Senarai Sukarelawan Pilot dan Co-Pilot Shopping Raya 2014 Sungai Dua

  • Muhammad Ashraf Bin Khairul Azmi Dan Fatin Iman Bt M. Zamri
  • Ain Sabrina Bt Mohamed Amiruddin Dan Siti Noraieza Ahmad
  • Nurul Nadhirah Binti Othman Dan Nor Shahida Bt Ishak
  • Fauziah Hassan Dan Suzlee Safarin Bin Mazlan
  • Reani Azwina Binti Azmin Dan Nur Husni Izzati Binti Hasim
  • Nur Syafawati Bt Halim Dan Nurul Syazni Bt Azmi
  • Siti Yong Nazirah Bt Mohamad Shukor Dan Nur Atiqah Shahida Binti Abd. Rahman
  • Noor Ainina Binti Mohamad Zuki Dan Noor Aina Binti Mohamad Zuki
  • Mohamad Airil Nazreen B. Mohamad Shukor Dan Anishartini Bt Azizan
  • Siti Nur Izzati Binti Mohd Fadhil Dan Nur Atikah Bt Roslan
  • Amirul B Bakar Dan Muhammad Hafizul Bin Md Hadzir
  • Suhaida Binti Sulaiman Dan Noor Ashikin Binti Amran
  • Ilyia Sahimi Binti Ismail Dan Ahmad Zaki Bin Abbas
  • Noorashela Binti Amran Dan Noorazah Binti Azhar
  • Khadijah Qistina Bt Mat Shaleh Dan Nurshila Binti Umar

Shopping Raya 2014 di Sungai Dua, Pulau Pinang agak berbeza dengan tempat-tempat lain kerana inilah pertama kali pihak Projek Iqra' tidak memilih anak-anak dari Rumah Kebajikan. Kali ini, dengan bantuan Adun Sungai Dua, anak-anak yang terlibat adalah daripada anak-anak yatim dan miskin, kebanyakan dari keluarga ibu tunggal.
Pasaraya Hari Hari Sungai Dua Projek Iqra Shopping Raya 2014
Shopping Raya kali ini memilih dan mendapat kerjasama dari Pasaraya Hari Hari sebagai penaja lokasi Shopping Ray 2014. Walaupun tidak banyak pilihan bergaya buat anak-anak ini, tetapi ia telah cukup memadai memberikan mereka senyuman dan kegembiraan membeli belah keperluan hari raya Aidilfitri yang kian tiba.

Terima kasih pada bantuan, keikhlasan dan senyuman yang diberikan oleh kakitangan Pasaraya Hari Hari. Dan terima kasih juga pada semua sukarelawan yang hadir dan telah membantu melancarkan Projek Shopping Raya 2014 di Pulau Pinang ini. Saya juga sangat gembira dapat memberikan sesuatu dalam projek ini, dan in Sha Allah, tahun mendatang saya akan sertai dan terus menyokong selagi ada daya.

Jom layan beberapa gambar hasil bidikan saya yang tak seberapa menggunakan Sony A200 DT 1.8/50 SAM.

Gambar Shopping Raya 2014 Sungai Dua Pulau Pinang

Shopping Raya 2014 Projek Iqra Sukarelawan Pasaraya Hari Hari Sungai Dua
Shopping Raya 2014 Projek Iqra Sukarelawan Pasaraya Hari Hari Sungai Dua
Shopping Raya 2014 Projek Iqra Sukarelawan Pasaraya Hari Hari Sungai Dua
Shopping Raya 2014 Projek Iqra Sukarelawan Pasaraya Hari Hari Sungai Dua
Shopping Raya 2014 Projek Iqra Sukarelawan Pasaraya Hari Hari Sungai Dua
Shopping Raya 2014 Projek Iqra Sukarelawan Pasaraya Hari Hari Sungai Dua
Shopping Raya 2014 Projek Iqra Sukarelawan Pasaraya Hari Hari Sungai Dua
Shopping Raya 2014 Projek Iqra Sukarelawan Pasaraya Hari Hari Sungai Dua
Shopping Raya 2014 Pulau Pinang
Shopping Raya 2014 Pulau Pinang
Shopping Raya 2014 Pulau Pinang
Shopping Raya 2014 Pulau Pinang
Shopping Raya 2014 Pulau Pinang
Shopping Raya 2014 Pulau Pinang
Untuk anda yang mungkin berniat untuk menjadi sebahagian daripada Projek Iqra' di masa akan datang, boleh dapatkan butiran di sini, malah ada banyak lagi aktiviti yang boleh anda libatkan diri bersama Projek Iqra':



3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. seronok tengok diorang dapat baju baru. ^^,

    BalasPadam
  2. Budak-budak ni seronok kalau dapat baju baru. Memang meriah sakan ni. :)

    BalasPadam
  3. semoga projek iqraq yang baik ni terus berjaya dan semakin ramai yang akan menaja.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement