Langkau ke kandungan utama

Senarai Tabung Derma Palestin

Senarai Tabung Derma Palestin - Kelansungan kepada entri sebelum ini, saya war-warkan mengenai banner khas untuk digunakan blogger Malaysia bagi tunjukkan bantahan terhadap Israel dan SaveGaza; entri atau blog post kali ini saya ingin kongsikan saluran senarai tabung derma Palestin yang sah untuk anda semua hulurkan sumbangan. Sumbangan adalah untuk membantu rakyat Palestin dan penduduk Gaza yang kesekian kalinya dizalimi oleh tentera-tentera Zionis Israel.
savegaza prayforgaza - senarai tabung derma palestin-malaysia

Senarai Tabung Derma Palestin-Malaysia


OrganisasiNama BankNama AkaunNombor Akaun
AMAN PALESTINBank Islam12029010047880
Maybank562263010787
CIMB8600460353
Bank Muamalat12070005133717
RHB Bank21245760004907
Bank Rakyat220806195922
AQSA SYARIFMaybank Islamic551575004299
Bank Islam12092010034904
MERCY MalaysiaMaybankMERCY Humanitarian Fund562179504126
CIMBMERCY Malaysia14240006561053
RHB BankMalaysian Medical Relief Society21227300009257
MEDIA PRIMAMaybankTabung Kemanusiaan Palestin564276510331
Viva Palestina MalaysiaMaybankPertubuhan Viva Palestina Malaysia564324601324

Kepada anda yang ingin hulurkan sumbangan mana yang termampu, bolehlah melakukannya menerusi mana-mana saluran yang saya tampilkan di sini.

Sebelum anda menghulurkan sumbangan, pastikan anda periksa ia adalah akaun yang betul. Apa yang saya kongsikan ini, in Sha Allah; adalah betul dan sah setakat entri ini ditulis.

Awas Penipuan Tabung Derma Palestin

Awas. Jangan terpedaya dengan individu yang datang kepada anda mengatakan mereka wakil untuk mengutip sumbangan derma Palestin ini, kerana semua sumbangan adalah dimestikan dan hanya boleh dilakukan menerusi akaun bank yang tertera di atas.

Jika ada di kawasan dan tempat anda didatangi individu atau kumpulan tertentu, atau yang menggunakan lokasi seperti Pasar Malam, Pasar Minggu, Pekan Sehari, Bazaar Ramadhan, mahupun perkarangan masjid, sila rujuk dengan pihak berkuasa, atau paling tidak dapatkan kepastian dahulu sebelum memberikan sumbangan.
savegaza prayforgaza - senarai tabung derma palestin-malaysia

Ada berlaku penyelewengan menggunakan nama Aman Palestin yang seperti saya paparkan di entri ini - Berapa Aman Palestin Dapat Dari Derma Masyarakat

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan boleh dimanfaatkan. Kongsikan kepada yang lain, tunjukkan bahawa anda prihatin.

#SaveGaza #DoakanGaza

Palestine - Tomorrow Will Be Free






Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. MasyaAllah, Ada juga insan hina yang mengambil kesempatan dari perkara ini...

    p/s: Salam Nuzul Al-Quran 1435H buat HH sekeluarga... Bersama kita menghayati dan mengamalkan Al-Quran sebagai rujukan dan panduan dalam kehidupan kita. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT agar beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. InsyaAllah...

    BalasPadam
  2. Alhamdullilah, terima kasih tuan hasrulhassan membantu compile senarai tempat utk memudahkan kita menderma dengan tanpa perlu rase was2 derma x sampai kepada saudara kita di gaza.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya lakukan apa yang saya mampu lakukan

      Padam
  3. :) bila melibatkan duit... kezaliman terhadap sesama manusia pun buat tak nampak... semoga banyak dana yang akan disumbangkan pada anak2 Palestin.. insyaAllah...

    BalasPadam
  4. Mari kita derma setakat yang termampu, RM1 sekalipun akan membawa perbezaan yang besar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu .. Rm1 kalau banyak orang derma ikhlas .. in Sha Allah, banyak juga hasilnya.

      Padam
  5. Perkongsian berguna dari HH, semoga dpt menarik lebih ramai lg org utk membantu saudara islam kita di Palestine

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan harapan saya dapatlah entri ini dikongsikan ... agar semua orang tahu dan boleh memanfaatkannya.

      Padam
  6. Jom sama-sama kita membantu..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…