Kain pelikat lalala .. kain pelikat lalalala ... kain pelekat diguna beraneka cara ...Itu antara lirik Kain Pelekat nyanyian Annuar Zain masa zaman dia remaja muda. Sekarang sudah ada tren baru iaitu Seluar Pelikat atau Pelikat Pants. Pernah pakai? Tak pernah? Jika belum, anda perlu dan harus dapatkan seluar pelikat anda sendiri sekarang!

Seluar pelikat, tak ada beza sangat dengan mana-mana seluar. Kecuali, ia dibuat daripada material yang selalunya ada pada kain pelekat. Bila dah cakap soal material kain pelekat, tentu sekali ia dah sinonim dengan keselesaan. Kaum lelaki patut angguk dah dengan kenyataan saya ni.

Seluar Pelikat HEYdotMY Selesa dan Bergaya

Seluar Pelikat HEYdotMY
Memang selesa. Tak ubah macam kita pakai kain pelekat biasa. Cumanya, seluar pelikat nampak lebih trendy, dan paling penting sekali, ia bukan kain yang mudah terselak menampakkan apa yang disembunyikan. Seluar pelikat membolehkan bergerak dengan bebas selesa laksana memakai seluar yang biasa. Ada poket di bahagian belakang. Ada jerut getah di pinggang.

Keistimewaan Seluar Pelikat HEYdotMY

Saya ada beberapa pasang seluar pelikat. Paling best ialah seluar pelikat daripada HEYdotMY. Sebab apa? Sebab ia menggunakan material kain pelikat yang bermutu tinggi, halus buatan, dan berganda-ganda lebih selesa daripada seluar pelikat lain yang saya beli.

Saya pernah pakai seluar pelikat semasa ke Kelantan baru-baru ni ... siyes ditegur orang. Ketika itu, baru keluar hotel untuk menyeberang jalan ke Pasar Wakaf Che Yeh ..

"Bang, ok tuh bang ... " kata Pegawal Keselamatan tempat saya menginap.
"Apa yang ok?" tanya saya.
"Tu la ... hok abang pakai tu la ... suar pelikat .. nampak bergaya bang .." katanya lagi sambil tunjukkan tanda bagus kat saya.

  Kelebihan dan Keistimewaan Seluar Pelikat HEYdotMY

  • diperbuat daripada kain pelikat berkualiti tinggi cap Gajah Duduk. Cap Gajah Duduk antara cap atau jenama kain pelekat yang halus tenunan dengan jumlah benang tenunan yang selalunya lebih daripada 4000 benang.
  • setiap corak seluar pelikat adalah eksklusif untuk saiz tertentu sahaja. Jadi, kemungkinan untuk berjumpa orang lain pakai yang sama tu adalah tipis.
  • ada dua poket belakang.
  • menggunakan jerut getah di pinggang untuk keselesaan dan 'keselamatan' pemakai. 
  • jahitan tepi yang kemas dan rapi.
  • labuh tetapi tidak meleret.
  • cawat seluar besar dan selesa. 
  • kain tidak mudah luntur warna dan dijahit sempurna mengikut corak.
Takkan seluar pelikat je ada? Seluar untuk kaum hawa tak ada ke? Maksudnya seluar batik?

Aha, istimewa sekali HEYdotMY juga menyediakan jualan seluar batik, yang sebenarnya pada saya boleh je dipakai baik lelaki mahupun perempuan, tak ada salahnya pun. Ia masih lagi tidak mengubah seorang lelaki menyerupai perempuan, dan perempuan menyerupai lelaki. Tetap selesa, dan sama juga dengan seluar pelikat, seluar batik juga dihasilkan dari kualiti kain dan material terbaik.
Seluar Batik HEYdotMY

Saiz Seluar Pelikat dan Seluar Batik HEYdotMY

  • saiz berdasarkan ukur lilit pinggang seperti berikut; Saiz S (26-30), Saiz M (29-33), Saiz L (32-36), Saiz XL (35-40), Saiz XXL (38-45)
  • saiz seluar batik adalah seperti berikut; Saiz S (25-29), Saiz M (28-32), Saiz L (31-35), Saiz XL (35-39), Saiz XXL (38-45).
Saya gunakan seluar pelikat ini hampir setiap hari. Saya bersantai di rumah saya pakai, saya pergi shopping pun saya pakai, malah ke masjid pun saya akan pakai. Memang nyata buktilah ia selesa dipakai ke mana sahaja, dalam apa jua acara. Ia bukan kain, ia seluar .... yang bezanya hanyalah corak dan jenis kain atau material.
Seluar Pelikat HEYdotMY selesa dan berkualiti
Dalam bulan Ramadan, saya memang pakai Seluar Pelikat HEYdotMY untuk sholat sunat Terawih di masjid. Nyata penampilan saya ini mengundang perhatian. Tak perlu risau andai kain terselak dek kipas yang memutar dari belakang. Tak perlu risau andai tetiba terasa terlondeh. Tak perlu risau mana nak simpan kunci kereta atau duit RM50 bagi tabung masjid. Seluar pelikat memang best.. tak percaya, cubalah dapatkan sepasang dari HEYdotMY.

Bagi anda yang mungkin berminat nak tengok corak-corak Seluar Pelikat dan Seluar Batik dari HEYdotMY, anda boleh follow Instagram @HEYdotMY

Bagi membuat tempahan dan pembelian, anda boleh WhatsApp taukey dia +Ejam Othman di 012-3142179

Seluar Pelikat HEYdotMY

  • Instagram/heydotmy
  • WhatsApp 0123142179 - Ejam


13 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Dulu trending seluar Aladdin Dan palazo....
    Elok juga seluar pelikat nie sifu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try la dapatkan seluar batik tu ... sesuai gak pe .. trendy weihhh anak dara pakai suar batik.

      Padam
  2. Matching warna baju tu dengan seluar pelikat tu.
    Betul ler tu kalau ke masjid mesti orang pandang pelik jer pada kita macam ada benda yang tak kena pada kita kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm tetiba je matching, cam magik lak .. hahaha... tapi suar pelikat ni memang best la ... :) bangun2 tidur .. basuh muka .. tak yah tukar2 dah .. leh kuar jenjalan .. hahaha

      Padam
  3. wah,,smpai g shopping pun pkai..heheh..teruja hbs tu..nnti nk beli ngk la..permintaan en suami suruh crikan..thnkz share

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm betul Nurul, suar ni sebab ia selesa. Benda selesa, pakai mana mana pun best, termasuk mandi dalam kolam renang ... opppsss ... hehehe

      Padam
  4. secara kebetulan pula... entri saya bukan ciplak entri sesiapa ya... :D

    BalasPadam
  5. baru ni jalan2 kat pasar payang ganu, berlambak seluar cam gini, masa tu x teringin pulak nak beli.
    tengok kat sini, menyesal x beli dulu hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.... jangankan tuan Auc .. saya pun cam nyesal beli sikit .. hoho.

      Padam
  6. raya tahun ni nak pakaai seluar raya kain pelikat

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement