Selamat Hari Raya 1435H

Selamat Hari Raya 1435H daripada saya sekeluarga. Seandainya ada salah silap, saya mohon dimaafkan, dan jika ada hutang piutang saya kepada anda, jangan segan silu untuk nyatakan kepada saya.

Hari Raya 2014 kali ini, saya dan keluarga, in Sha Allah akan beraya di Parit, Perak dan kemudian di Ampang, Kuala Lumpur. Parit adalah kampung halaman isteri saya, dan tahun ini merupakan giliran berhari raya di sana.

Selamat Hari Raya 1435H Maaf Zahir dan Batin

Selamat Hari Raya 1435H

Tahun ini juga merupakan pertama kali saya dan keluarga akan berhari raya di Kuala Lumpur. Memang tidak pernah seumur hidup saya beraya di kota besar, apatah lagi ibu negara Malaysia. Jujur saya katakan, memang dah menjadi satu impian saya sejak dari kecil untuk berhari raya di kota besar.

Jika selalunya hari raya, saya dan keluarga akan berhari raya akan bergilir menyambut lebaran samada di Parit atau Batu Gajah. Jarak keduanya tidaklah jauh mana, boleh katakan dua-dua tempat disambut pada hari raya pertama. Jika pagi di kampung isteri saya di Parit, maka petangnya jika tiada aral, akan berhari raya di Batu Gajah, dan gitulah sebaliknya.

Saya boleh anggap tak ada masalah pun nak bincang atau pilih tempat hari raya pertama. Cuma mungkin kalau ada agenda istimewa, kena beralah apa yang patut.

Agaknya bagaimana suasana hari raya di bandar besar seperti Kuala Lumpur ehh? Ramai akan kata, ia akan jadi lengang dan dipenuhi oleh warga asing yang tidak berpeluang pulang ke kampung halaman masing-masing.

Saya akan berhari raya di Kuala Lumpur pada esok, iaitu hari raya kedua. Cadangan nak ikut jalan persekutuan, nak singgah berhari raya di Sungai Besar, tempat isteri saya membesar dan bersekolah di sekolah rendah. Mungkin akan bertemu rakan-rakan lama di sana. Saya ok je, sebab rakan-rakan isteri saya .. juga merupakan rakan-rakan dan sahabat saya.

Doakan saya sekeluarga selamat sampai ye. In Sha Allah.

Sekali lagi, terimalah ucapan sembah salam ampun maaf daripada saya sekeluarga- Hasrul, Linda, Amri, Zikri dan Humaira.

Tahun ini tak ada kad raya custom made seperti sebelum-sebelum ini .. huhu ...