Langkau ke kandungan utama

MAS MH17 Terhempas Ditembak

Pesawat MAS MH17 terhempas ditembak. Satu berita penuh kejutan yang saya terima lebih kurang jam 12:30 malam tadi (18 Julai 2014), selepas selesai membeli lauk pauk untuk sahur. Bagai tidak percaya ia merupakan satu tragedi buat Malaysia, apabila tatkala misteri MH370 yang masih belum terungkai, kita seluruhnya dikejutkan dengan berita ini.

Saya mendapat kepastian MAS MH17 terhempas apabila tiba-tiba terasa mahu melihat apa berita mutakhir berkaitan serangan darat oleh pihak Israel ke atas Gaza dan Palestin, dan terkejut apabila berita mutahir beberapa media massa tempatan memaparkan tragedi MH17 terhempas di Ukraine.

Daripada sumber-sumber berita yang saya dapat, pesawat malang Boeing 777-200 ini terhempas di sempadan Ukraine, berdekatan Russia di kawasan yang bergolak dengan perang.

Pesawat MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan dijangka tiba di KLIA jam 6:00 pagi ini. Pesawat ini membawa seramai 298 penumpang termasuk 15 kru. Dan dikhuatiri, kesemua penumpang maut dalam insiden malang ini. Angka yang saya dapat ini merupakan angka kenyataan rasmi daripada pihak MAS; sedikit berbeza dengan angka korban yang dilaporkan awal oleh beberapa media tempatan dan antarabangsa.

Pesawat MAS Boeing 777 MH17 Terhempas di Ukraine

Gambar pesawat MH17 terhempas
Pesawat MAS MH17 terhempas di Ukraine
Pesawat MAS MH17 ini terhempas dekat bandar Donetsk, kubu kuat pemisah pro Russia, Anton Gerashchenko. Ia dikatakan ditembak menggunakan peluru berpandu dari darat ke udara. Sehingga kini, saya masih lagi belum pasti siapa pihak yang bertanggungjawab menembak pesawat penumpang milik Malaysia Airlines ini.

Reaksi Awal PM Najib Berkaitan MH17 Terhempas

Najib shocked MH plane crashed MH17
Memetik berita terkini daripada sumber laman Yahoo Inc.
A Malaysian passenger liner flying from Amsterdam to Kuala Lumpur has crashed in insurgency-wracked east Ukraine, regional officials said Thursday, as Ukraine's president said the jet may have been shot down. Malaysia Airlines said it had "lost contact" with the Boeing passenger liner, which Ukrainian officials said had come down in a rebel-held zone in the Donetsk region.

"Malaysia Airlines has lost contact of MH17 from Amsterdam," the airline, still reeling from the disappearance of flight MH370, said on its Twitter account.

"The last known position was over Ukrainian airspace," it said, promising more details soon. Ukrainian President Petro Poroshenko said the jet may have been shot down.

"We do not exclude that the plane was shot down and confirm that the Ukraine Armed Forces did not fire at any targets in the sky," Poroshenko said in a statement posted on the president's website.

Regional officials in Donetsk confirmed the plane had come down near the town of Shaktarsk.
"The number of dead is not yet known," the administration said in a statement.

Emergency services were rushing to the scene, a security source told Interfax

The incident comes just months after Malaysia's Flight MH370 disappeared on March 8 with 239 on board. The plane diverted from its Kuala Lumpur to Beijing flight path and its fate remains a mystery despite a massive aerial and underwater search.

Video MH17 Terhempas Ditembak

Gambar pesawat MH17 terhempas

Satu kenyataan rasmi daripada pihak MAS berkaitan tragedi ini telah dikeluarkan, dan satu sidang akhbar melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib juga telah dilakukan pada jam 4:45 pagi tadi 18 Julai 2014.

Kenyataan Rasmi MAS Berkaitan MH17 Terhempas di Ukraine


Untuk mengikuti perkembangan terkini tragedi ini dari sumber MAS yang telah disahkan, anda boleh layari laman web berikut - http://www.malaysiaairlines.com/my/en/site/mh17.html

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa terlibat dalam nahas tragedi MAS MH17 ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Terkini Berkaitan MH17 Terhempas di Ukraine



Untuk maklumat lanjut:
Malaysia: +603 7884 1234
Netherlands: +317 03487 770
Press/Media: Malaysia: +603 8787 1276 +603 8777 5698




Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. ya allah..terkejut saya baca,..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya juga sangat terkejut dengan berita tragedi MH17 ini.

      Padam
  2. Konspirasi terbaru atau kesilapan manusia?

    BalasPadam
  3. Hurmmm heart break melihat semua ni... ya Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tentu rasa haru biru tak keruan buat keluarga mangsa #MH17 ini. Saya tak dapat nak bayangkan perasaan keluarga mangsa terlibat tragedi ini.

      Padam
  4. Pray for MH17. Kita tunggu berita sahih daripada kementerian.

    BalasPadam
  5. al fatihah .. sungguh terkejut bila dapayt tahu pasal MH17 nie .
    hope rakyat malaysia kali ini lebih matang dalam mengulas .. jangan membabi buta membuat sebarang spekulasi yg mampu mengnggu proses yg bakal di lakukan kerajaan ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita lihat saja nanti teori-teori yang bakal keluar.

      Padam
  6. Tanpa NamaJulai 18, 2014

    Muhasabah diri...

    BalasPadam
  7. Tanpa NamaJulai 18, 2014

    No words can be used to represent this difficulties. Hope malaysian n mas stay strong. May all victims be blessed by god. Really, speechless.

    BalasPadam
  8. Perkongsian yang terbaik, tepat dan padat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Mungkin kerana ada aspek sentimental yang membuatkan saya menulis entri jam 3 pagi ini dengan penuh hati2 dan bersumber

      Padam
  9. sedih & tumpang simpati dengan apa yang terjadi pada negara Malaysia..
    semoga rakyat malaysia bersatu padu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, itulah yang kita harapkan Zaza .. semoga rakyat Malaysia henti berkata benda2 yang merugikan terutama cemuhan, maki hamun dan sebagainya, lebih baik doa kesejahteraan Malaysia.

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…