Anugerah Golden Boot FIFA 2014 World Cup

Tahniah kepada James Rodríguez kerana dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kasut Emas atau Golden Boot FIFA 2014 World Cup Brazil kali ini. James David Rodríguez Rubio atau lebih dikenali sebagai James Rodríguez dari pasukan Colombia telah menyumbat sebanyak 6 gol sepanjang pusingan akhir temasya bolasepak 4 tahun sekali ini.

Kali ini, pemenang kasut emas Piala Dunia FIFA 2014 dimenangi oleh penjaring terbanyak yang bukan daripada pasukan 4 kelompok teratas, iaitu Brazil, Netherlands, Argentina dan German. James Rodriguez adalah penyerang daripada pasukan Colombia.

Winner of FIFA 2014 World Cup Golden Boot

Winner of FIFA 2014 World Cup Golden Boot

Pemenang kasut emas FIFA 2014 World Cup diadili berdasarkan kepada jumlah jaringan terbanyak yang dilakukan oleh pemain bolasepak yang bertanding dalam temasya ini. Hanya seorang pemain yang bakal mendapat gelaran penjaring terbanyak, dan yang bakal bergelar pemenang kasut emas piala dunia edisi 2014.

James Rodríguez telah menjaringkan 6 gol, diikuti oleh Thomas Mueller daripada pasukan Jerman sebanyak 5 gol, dan Neymar daripada pasukan Brazil sebanyak 4 gol.

Senarai rasmi penjaring gol Piala Dunia FIFA 2014 boleh anda lihat di sini - Penjaring Gol World Cup FIFA 2014.

Jadual Kedudukan Penjaring Terbanyak FIFA 2014

Saya kongsikan carta 15 penjaring terbanyak sepanjang kempen pusingan akhir Piala Dunia FIFA 2014 ini kepada anda.
    Anugerah Golden Boot FIFA 2014 World Cup

    Daripada sejarah pemenang anugerah Kasut Emas FIFA, penjaring terbanyak setakat ini adalah dari Just Fontaine. Pemain lagenda Peranchis ini pada ketika persaingan pusingan akhir Piala Dunia 1958 telah menyumbat 13 gol.

    Senarai Pemenang Kasut Emas (Golden Boot) FIFA World Cup 2014


    • 2014: James Rodriguez (Colombia) 6 Goals
    • 2010: Thomas Muller (Germany ) 5 Goals
    • 2006: Miroslav Klose (Germany) 5 Goals
    • 2002: Ronaldo (Brazil) 8 Goals
    • 1998: Davor Suker (Croatia) 6 Goals
    • 1994: Histro Stoichkov (Bulgaria), Oleg Salenko (Russia) 6 Goals
    • 1990: Salvatore Schillachi (Italy) 6 Goals
    • 1986: Gary Lineker (England) 6 Goals
    • 1982: Paolo Rossi (Italy) 6 Goals
    • 1978: Mario Kempes (Argentina) 6 Goals
    • 1974: Gregorz Lato (Poland) 7 Goals
    • 1970: Gerd Muller (Germany) 10 Goals
    • 1966: Eusebio (Portugal) 9 Goals
    • 1962: Florian Albert (Hungary), Valentin Ivanov (Soviet Union), Drazen Jerkovic (Yugoslavia), Leonel Sanchez (Chile), Vava (Brazil), Garrincha (Brazil) All 4 Goals
    • 1958: Just Fontaine (France) 13 Goals
    • 1954: Sandor Kocsis (Hungary) 11 Goals
    • 1950: Ademir (Brazil) 9 Goals
    • 1938: Leonidas (Brazil) 8 Goals
    • 1934: Oldrich Nejedly (Czechoslovakia), Edmund Conen (Germany), Angelo Schiavio (Italy) All 4 Goals
    • 1930: Guillermo Stabile (Argentina) 8 Goals 
    Anugerah Golden Boot FIFA 2014 World Cup tahun ini dimenangi oleh James Rodriguez dari pasukan Colombia dengan jaringan terbanyak 6 gol dari 5 perlawanan.


    { 8 comments.. read them below or add one }

    Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah July 07, 2014
    Wah..semuanya hebat-hebat ini.
    ✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ July 07, 2014
    Wahh siapakah agaknya yang dapay kasut emas fifa 2014.. ena kot... hahaha gurau
    Prince Duyong Prince Duyong July 07, 2014
    tinggal muller dan messi je boleh beat james rodriguez... neymar dah out... ;)
    TunSha Ayunie TunSha Ayunie July 07, 2014
    tak sabar nak tunggu final..... (berlagak macam tau pasal bola je) hakhak
    HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN July 09, 2014
    Hahaha.. nak pakai kasut emas ke?
    Denaihati Denaihati July 14, 2014
    paling best banner yang gerak-gerak dan naik turun bila scroll sebelah ni... heee
    HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN July 15, 2014
    Heee... harap adalah duit raya tu nanti .. hoho

    Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

    Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.