Pemain Terbaik Piala Dunia FIFA 2014

Pemain terbaik Piala Dunia FIFA 2014 telah pun diumumkan sebaik sahaja tamat temasya bolasepak terbesar dunia ini, dengan menyaksikan pasukan Germany menewaskan pasukan Argentina, dengan kemenangan 1 - 0. Kemenangan itu diperoleh setelah tamat 90 minit perlawanan, dan jaringan diperoleh pada minit-minit akhir separuh masa kedua tambahan.

Walaupun pasukan Germany telah berjaya merangkul kejuaraan Piala Dunia FIFA 2014 kali ini, namun pemilik Golden Ball FIFA 2014 atau pemain terbaik bukanlah dimenangi oleh pemain pasukan itu. Hanya penjaga gol Germany sahaja berjaya dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik, iaitu Golden Glove - Manuel Neuer.

Pemain Terbaik Piala Dunia FIFA 2014

Pemain terbaik Piala Dunia FIFA 2014 kali ini dimenangi oleh Lionel Messi daripada pasukan Argentina, dan diikuti pula oleh Thomas Mueller dan Arjen Robben di tempat ketiga. Thomas Mueller adalah penyerang pasukan Germany manakala Arjen Robben daripada pasukan Netherlands (Belanda).
Pemain Terbaik Piala Dunia FIFA 2014
Lionel Messi dalam pusingan akhir Piala Dunia telah berjaya menyumbat sebanyak 4 gol, jumlah sama yang dijaringkan oleh penyerang sensasi pasukan Brazil Neymar. Penjaring terbanyak Piala Dunia FIFA 2014 kali ini atau Golden Boot ialah James Rodriguez diikuti Silver Boot; Thomas Mueller, dan Neymar sebagai penerima Bronze Boot.
Pemain Terbaik Piala Dunia FIFA 2014
Lionel Messi dinobatkan sebagai pemenang Adidas Golden Ball atau pemain terbaik dengan penampilan 7 perlawanan tanpa sebarang kad kuning atau merah, walaupun terbabit dengan 6 kali kesalahan. Penyerang dari Argentina ini telah melakukan banyak cubaan ke gawang pasukan lawan dengan 26 daripada adalah tendangan ke arah kotak penalti.

--

Dalam seronok kita dok sorak kemenangan pasukan Piala Dunia FIFA 2014 ini, jangan dilupa ketika perlawanan ini berlangsung, ada umat muslimin muslimat, sedara seagama Islam sedang hadapi saat-saat sukar. Bantu mereka.



{ 9 comments.. read them below or add one }

Aniq Bukhary Aniq Bukhary July 14, 2014
This comment has been removed by the author.
Aniq Bukhary Aniq Bukhary July 14, 2014
Berakhir sudah piala dunia.. :)
Ezlaila Ezlaila July 14, 2014
Akhirnya juara piala dunia berpihak kepada Jerman. Yang lain2 cuba lagi lain tahun.
Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim July 14, 2014
Tahniah messi...tahniah Jerman
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN July 14, 2014
Tunggu lagi 4 tahun... hmm Malaysia nak jadi tuan rumah ni .. :)
AUC AUC July 14, 2014
kesian tu yg bagi jg sebagai pemain terbaik hehehe
Denaihati Denaihati July 14, 2014
Tahniah German dan semua yang dapat anugerah wc2014. jumpa lagi 2018 di Rusia jika panjang umur...heeee

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.