Pasar Kemboja Bandar Baharu Nan Sepi

Pasar Kemboja Bandar Baharu Kedah, Pasar Kemboja Sekitar Parit Buntar

Sejak Pasar Kemboja Parit Buntar mula dikenali sebagai salah satu Lubuk Bisnes Tudung di Malaysia, semakin banyak pula wujud pasar kemboja baru. Tak perlu lihat jauh, klon-klon pasar kemboja mula wujud di kawasan Nibong Tebal dan terbaharu di Bandar Baharu, Kedah.

Pekan Sempadan Dua Negeri

Bandar Baharu adalah sebuah pekan kecil yang bersempadanan dengan Parit Buntar. Kedua pekan kecil ini hanya dipisahkan oleh Sungai Kerian yang mengalir lesu antara keduanya. Dan ia dihubungkan oleh sebuah jambatan yang dibina setahun selepas tragedi hitam yang terjadi di Sungai Kerian pada tahun 1972.
Pasar Kemboja Bandar Baharu Nan Sepi
Tragedi itu telah menjadi satu titik hitam dalam sejarah kedua-dua pekan kecil ini. Dan tragedi itu juga menyingkap kisah keberanian seorang wira yang sanggup menggadai nyawa untuk menyelamatkan mangsa feri karam tanpa mengira bangsa dan agama. In Sha Allah, nanti saya akan kongsikan cerita ini kepada anda.

Sejak dari itu, Parit Buntar telah berkembang dari sebuah pekan kecil menjadi sebuah bandar yang lengkap kemudahan. Manakala Bandar Baharu pula menjadi sepi seolah sebuah pekan koboi yang ditinggalkan. Aktiviti di Bandar Baharu terutama perniagaan, saya fikir kurang daripada 10 peratus. Jauh sangat beza dengan bandar Parit Buntar yang berkembang pesat.

Pasar Kemboja Bandar Baharu

Pasar Kemboja Bandar Baharu Nan Sepi
Mungkin dek kerana popularnya Pasar Kemboja Parit Buntar sehingga berdozen bas persiaran dan bas sewa memenuhi suasana Parit Buntar setiap sabtu, maka wujudlah Pasar Kemboja Bandar Baharu ini. Saya fikir ia usaha pihak berwajib agar aktiviti di Bandar Baharu dihidupkan. Mungkin mahu menjadikan Bandar Baharu sebagai Lubuk Bisnes Tudung terbaru di utara Semenanjung.

Setakat ini, sambutan ke atas Pasar Kemboja Bandar Baharu ini masih sepi, tidak semeriah dengan apa yang berlaku setiap Sabtu, di Parit Buntar sehingga menyebabkan jalan utama sesak luar biasa.
Pasar Kemboja Bandar Baharu Nan Sepi

Pasar Kemboja Bandar Baharu dibuka perniagaannya setiap Jumaat dan Isnin, mengambil idea asal Pasar Kemboja Parit Buntar yang dibuka 2 kali seminggu sebelum ini. Namun, mungkin kerana tumpuan lebih kepada Pasar Kemboja Parit Buntar, ramai peniaga khususnya pemborong kain, tudung, telekung dan aneka pakaian tidak begitu berminat untuk berniaga di Bandar Baharu, apatah lagi ia bukan hotspot bagi warga kemboja yang menjadi 'tulang belakang' perniagaan Pasar Kemboja ini.

Mungkin ada yang tidak tahu, lokasi ini adalah lokasi ketiga untuk Pasar Kemboja. Satu lagi lokasi terletak di sebelah Kampus Kejuruteraan, atau lebih spesifik di perkarangan Masjid Putih, Transkerian, Nibong Tebal.


Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,124,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,363,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,300,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,42,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,53,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,621,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,576,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,9,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,34,Kekeluargaan,90,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,82,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,301,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,359,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,66,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,494,Semesti,2,SENI,3,Shopping,117,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,181,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,100,Tips Blogging,315,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,53,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,131,VIDEO,125,Video Best,37,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,108,Work From Home,13,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM™: Pasar Kemboja Bandar Baharu Nan Sepi
Pasar Kemboja Bandar Baharu Nan Sepi
Pasar Kemboja Bandar Baharu Kedah, Pasar Kemboja Sekitar Parit Buntar
http://1.bp.blogspot.com/-kGtoiMK9WUw/U9CorKORvGI/AAAAAAAA45w/6acT6gl9XPY/s1600/pasar-kemboja-bandar-baharu-kedah.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-kGtoiMK9WUw/U9CorKORvGI/AAAAAAAA45w/6acT6gl9XPY/s72-c/pasar-kemboja-bandar-baharu-kedah.jpg
HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2014/07/pasar-kemboja-bandar-baharu-nan-sepi.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2014/07/pasar-kemboja-bandar-baharu-nan-sepi.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy