Bila sebut pasal iklan raya, pasti ramai akan ingat tentang iklan-iklan raya seperti Iklan Raya Petronas, Iklan Raya daripada TNB, dan Iklan Raya Telekom Malaysia. Memang best iklan-iklan hari raya derang ni, ada cerita syahdu, ada yang gembira ... memang terbaiklah.

Antara iklan raya yang menggamit ingatan saya ialah iklan raya 7 beradik dan antara yang paling syahdu dan terkesan di hati saya ialah iklan Hari Raya 2012 The Journey daripada Bernas. Itu antara banyak yang berjaya memikat hati walaupun footage diberikan memang sedih. Ada mesej. Ada perkara yang ingin disampaikan, bukan satu iklan raya kosong hanya mahu meriahkan suasana sahaja.

Itu antara iklan Hari Raya yang kita dapat tonton di kaca TV. Sebenarnya ada banyak lagi kisah-kisah filem pendek, iklan raya yang diterbitkan oleh ramai. Cerita yang tidak ada pelakon hebat, cerita yang nampak real, cerita yang diolah dan digubah atas cerita dan pengalaman sebenar. Kalau anda Google, mesti boleh jumpa punya, in Sha Allah.

Ok. Cerita sedih, sedih juga, berlinangan air mata ... paling tidak bergenang di kelopak mata. Bukan tak ada iklan gembira, memang ada sepertimana iklan TVC Raya 2014 dari RTM. Tapi yang saya nak kongsikan ini, memang buat saya pecah perut gelak tak sudah.
Parody Iklan Raya Paling Pecah Perut
Parody iklan raya paling pecah perut yang saya pernah tengok, walaupun skripnya guna kata kunci yang sama - "Siput Apa?" . Perody iklan raya original daripada "Burung Apa?"...

Parody Iklan Raya Paling Pecah Perut

Dah tengok? Sebuah produksi penuh kreatif daripada CandidSyndrome. Terbaik tak?

Dan itu antara iklan atau filem pendek terbaik daripada CandidSyndrome. Ada lagi, yang ini meruntun jiwa bila tengok, filem pendek berkaitan raya ... "Surat dari Emak".

Surat Dari Emak - Filem Pendek Hari Raya Meruntun Jiwa


Apa pendapat, kenangan dan komen anda? Bercampur-baurkan perasaan anda? Semoga apa yang dipaparkan ini memberikan sesuatu kepada anda hari ini.


9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. mmg kelakar..sekarang ni CN suka iklan TM,comey betul budak pompuan mata besar tu ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) wahh DP baru yang memikat .. suka DP CN yang nampak smart ni ..

      Padam
  2. setakat ni, iklan yang diorang buat memang mantap lah. tak adalah mengarut entah apa-apa.

    BalasPadam
  3. iklan maxis tahun lepas ok jugak. :).. ce ushar balik bro HH :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh terima kasih Naim sebab berikan idea lagi bernas ...

      Padam
  4. Trimas Bro HH! Hahaha.. Suka iklan "Siput apa?" tu.. Tapi masih tunggu Parody "Kiki Steering Lock" Harap2 lepas raya ni ada la tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ishh hang ni ... iklan tu gak yang nak ditunggu-tunggu...

      Padam
  5. hehe buat kerap-kerap bulan puasa leh makan lempang percuma Bro HH

    BalasPadam
  6. siput apa? siput babi... siput apa? siput babi... hahahahha!
    www.kaio.my

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement