Langkau ke kandungan utama

Kisah Meraba di Bulan Puasa

Adeh. Tak sangka pula ramai yang respon tentang kisah meraba di bulan puasa. Kisah meraba adalah kisah zaman kecil, waktu sekolah rendah. Semasa itu, saya bersekolah di Kuantan, Pahang. Nak lebih spesifik, bersekolah darjah 1-5 di Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Tentera, Kem Batu 10, Kuantan, Pahang.

Kisah meraba di bulan puasa, tetiba tulis status di Facebook sebab lihat anak-anak saya dok kenan beli pemadam kat koperasi sekolah. Bila ada pemadam versi baru yang dijual di koperasi, mesti nak beli, mahu dijadikan koleksi. Tapi, itulah ... beli, kata nak kumpul tapi bersepah sana sini. Geram juga. Dalam dok geram melihatkan raba atau pemadam terletak sana sini dalam rumah, terus ingatkan zaman waktu sekolah rendah di Kuantan.
Kisah Meraba di Bulan Puasa
Saya pun terfikir, kenapakah saya waktu tu panggil pemadam pensil atau pen ni sebagai raba?

Kisah Meraba di Bulan Puasa

Dan selepas naikkan status berkaitan raba di dinding Facebook, barulah saya tahu kenapa dan mengapa saya waktu tu panggil pemadam sebagai raba.


Sebelum ini, saya tak pernah tahu pun. Dan hari ini, saya dah pasti asal usul perkataan yang saya gunakan untuk rujuk kepada pemadam. Di bawah perkongsian cerita oleh rakan blogger +Ladfe Amir Zakaria

Cerita Pasal Raba

Ni kisah betul, tapi diolah kembali dengan ayat yang baru.
A pelajar perempuan, B pelajar lelaki
A: Raba aku B. Raba aku B.
B: (tunjuk muka heran dan pelik.)
A: Raba aku B.
B: Giler kau , ada ke mintak aku raba kau. (terkejut si B)
A: alah ko ni B..isshhh.. Aku nak getah pemadam aku yang kau pinjam. Bukannya suruh raba aku.
B: Hahaha..ingatkan kau suruh aku meraba kau.
C yang duduk kat belakang mereka berdua cuma senyum aje...lalala

Raba yang saya gunakan merujuk kepada pemadam pensil adalah asalnya dari perkataan rubber. Kan ke pemadam diperbuat dari getah. Dan menurut rakan-rakan dari pantai timur, memang pemadam dipanggil sebagai roba. Dah duduk dan sekolah rendah di Kuantan, sah-sah la lidah saya dah ada campur dengan bahasa dan loghat dari sana, cuma saya jadikan ia dalam bahasa Perak, jadi perkataan pemadam yang disebut roba terkalih sebut raba.

Kumpul Pemadam Pensil

Cam anak saya, dulu masa zaman sekolah rendah, saya pun kaki gak kumpul raba ni. Lagi-lagi raba atau pemadam yang papar gambar koleksi bendera negara-negara, tak pun transformer, tak pun gambar silverhawk, tak pun gambar dinosour. Semua watak dan karektor serta perkara yang dibuat dalam koleksi. Tak mampu beli sekotak, belilah setiap hari, satu biji sampai lengkap koleksi pemadam tu. Harga, paling murah 10 sen dapat dua bijik. Sekarang, tak dapat dah harga tu, paling kurang pun 30 sen, kalau popular sikit macam Ben 10, harga dalam 50 sen.
Kisah Meraba di Bulan Puasa
Kadangkala dok beli makanan ringan pun ada koleksi pemadam ni. Macam dalam Ding Dang dan Tora. Macam best je kalau dapat pemadam yang gambar rare sikit. Ada rakan sekolah dok kumpul sampaikan ada macam-macam saiz dan bentuk.

Masa bulan puasa, permainan raba adalah permainan yang popular, sebab main benda ni tak guna tenaga, tak keluar peluh. Jadi, bila time rehat atau reses, mana-mana geng yang ada koleksi pemadam, mulalah main benda ni. Motifnya, siapa yang menang akan dapat pemadam tu ... hoho .. selalu, siapa ada pemadam yang besar, dia akan ada kebarangkalian untuk menang sangat cerah.

Cara Permainan Raba di Bulan Puasa

Cara main raba masa bulan puasa; main tekan pemadam tu, mana-mana pemadam yang dapat berada atas atau tindih pemadam lawan, dia dikira menang dan boleh ambil pemadam yang kalah tu.
 
Heh. gitulah adanya kisah meraba di bulan puasa.

Bulan puasa, teringat kisah dalam kelas semasa darjah 4 ... duduk berhadapan dengan rakan sekolah bernama Habsah.

"Habsah .. aku nak raba ko ..."

Adeh.... hohoho ....masa tu yelah ingat benda tu pemadam. Cer sekarang sebut macam tu gak, mau saya kena pelempang oleh Habsah.

p.s: Mana la gamaknya pergi si Habsah ni ehh...



Dah baca post berikut:

advertisement


Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…