Langkau ke kandungan utama

Kepentingan Social Sharing Tambah Trafik Blog

Tips blogspot kali ini saya nak kongsikan mengenai kepentingan meletakkan social sharing. Social Sharing adalah teknik untuk tambah trafik blog. Saya akan tulis panduan khas untuk blogger yang mahukan blog ada pengunjung lagi dan lagi dengan bantuan pengunjung yang lain. Tidak dinafikan, laman sosial, seperti Facebook dan juga Twitter, memang medium penyampaian yang boleh saya katakan sebagai sangat efektif. Hampir 30 peratus dari trafik ke blog saya adalah menerusi laman Facebook dan juga 5 peratus adalah dari twitter.

Kepentingan Social Sharing Tambah Trafik Blog

Oleh kerana itulah, blogspot sendiri menyediakan platform perkongsiaan itu dengan menggunakan servis widget AddThis. Anda boleh letak widget itu yang telah tersedia dalam blogpost agar mudah ia dikongsikan dan menarik pengunjung ke blog.

Namun, ia mungkin kurang menarik bagi sesetengah blogger untuk aplikasikan apa yang telah blogspot atau blogger sediakan. Mereka lebih suka menggunakan widget luar seperti yang saya lakukan dalam blog ini.

Harus diingat, apabila anda menggunakan widget perkongsian luar, kemungkinan besar widget dalaman yang disediakan oleh blogspot tidak berfungsi. Maka, pilih salah satu yang anda rasa lebih efektif.

Kepada mereka yang mahu meletakkan widget seperti yang saya lakukan ini, anda boleh rujuk beberapa blog tutorial berikut:

Cara Letakkan Widget Social Sharing Terapung

  • http://templates-widgets.blogspot.com/2011/03/floating-share-button-for-blogger.html
  • http://www.newbloggingtipz.com/2011/06/floating-share-buttons-with-counter.html
  • http://www.simplebloggertutorials.com/2010/07/add-floating-share-buttons-like.html
  • http://www.mybloggertricks.com/2011/08/add-floating-facebook-share-1-button.html
  • http://www.ar-rifke.com/2011/09/letak-butang-terapung-share-facebook-tweet-dan-google-1-di-blog.html

atau boleh juga gunakan cara berikut:
  • http://paktamdude.blogspot.com/2011/04/tutorial-widget-fb-twitter-dan.html

Ok, selamat mencuba.

Oh ya, sebelum terlupa, anda kena pastikan samada anda dan pengunjung punyai akaun twitter dan facebook sendiri. :)



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. tweet dengan fb dah ada, hehe XD

    BalasPadam
  2. salam

    Naim letak button fb je.. :P

    BalasPadam
  3. Waa..nice 'petua'...terutama bg newbie mcm sy..thanx ya!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sebb sudi baca blog saya yang tidak seberapanya ni ..

      Padam
  4. penting untuk tambah pengunjung bagi meningkatkan PR ... terima kasih untuk info

    BalasPadam
  5. Ikut saya cuba, #TabikSpring

    BalasPadam
  6. Yeayyyy... saya dah ada juga. Terima kasih sifu beri penjelasan yg sangat izhar... Hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Gembira saya ianya dapat dimanfaatkan dengan baik.

      Padam
  7. cool pulak tgk widget ni..

    BalasPadam
  8. salam tuan..mintak pendapat..

    macam blog saye kurang content pasal info atau maklumat ni..kadang2 lebih kepada blog personal..so ape rasionalnya widget social share ni..perlu ke tidak??mintak pendapat sket..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok. Seandainya dalam blog post itu anda ceritakan pengalaman anda kena ragut di shopping mall di lokasi sekian-sekian contohnya, ada modus operandi peragut anda kongsikan. Jadi cerita personal anda itu boleh dijadikan rujukan orang lain, maka wajarlah ada social sharing ini.

      Satu lagi, jika pembaca blog terdiri dari kawan-kawan jauh, atau sanak sedara ... social sharing boleh bantu mereka semasa saudar, kenalan, rakan untuk share cerita anda itu pada kawan2 yang lain.

      Padam
    2. Tq bro..info yang sangat berguna..mesti apply..

      Padam
  9. Banyak pautan yang dikongsikan boleh skodeng ke sana nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan bro .. tak tahu samada ok lagi ke tak link tersebut

      Padam
  10. Setakat ni duk guna Sharing Button yang didatangkan bersama plugin Jetpack je, sebab pernah blog saya hang disebabkan plugin sharing yang makan I/O usage di cpanel.. apapun cantik floating sharing button ni.

    BalasPadam
  11. saya suka jenis wiget yang disediakan..tak tau pula dengan oranga lain

    Entri terbaru saya dalam Blog Hero Borneo

    BalasPadam
  12. terima kasih.... jom follow blog saya http://popcorneater1.blogspot.com/

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …