Langkau ke kandungan utama

Kadar Caj Istimewa Kad Raya 2014 Pos Malaysia

Setiap tahun, tradisi menghantar kad ucapan selamat hari raya pasti akan dilakukan. Cuma mungkin, jumlah penghantaran sudah tidak sehebat dahulu, masa zaman saya sekolah menengah, zaman belajar yang mana internet, sms, mms, whatsapp belum lagi wujud secara meluas. Jadi, untuk semarakkan rakyat Malaysia kembalikan tradisi hantar kad selamat hari raya, pihak Pos Malaysia telah menyediakan kadar caj istimewa untuk penghantaran kad raya 2014.

Dulu, memang meriah bab-bab hantar kad raya ni. Lepas sahaja malam ke 15 Ramadhan, pasti kedatangan posmen akan dinanti-nantikan. Kalau ada ramai kawan yang dok berjauhan, bolehlah dapat kad raya ini. Saya pernah bercerita kisah kad raya di sini - Hilangnya Kad Raya di Ramadhan
Kadar Caj Istimewa Kad Raya 2014 Pos Malaysia

Kadar Caj Hantar Kad Raya Pos Malaysia 2014

Kadar caj istimewa untuk penghantaran kada raya 2014 adalah sebanyak RM0.50 satu kad. Ia boleh dihantar tanpa mengira bentuk, saiz dan warna asalkan tidak lebih berat dari 50 gram. Kad raya boleh dihantar ke mana-mana destinasi di Malaysia dengan kadar caj istimewa ini. Satu kenyataan akhbar telah dikeluarkan oleh Pos Malaysia Berhad pada 7 Julai 2014 berkenaan kadar caj istimewa ini.
Kadar caj hantar kad raya pos malaysia 2014

Tips Hantar Kad Raya Sampai Destinasi

Namun begitu, pihak Pos Malaysia menasihatkan pengguna supaya hantar kad ucapan selamat hari raya sebelum 22 hb Julai 2014 untuk membolehkan kad ucapan hari raya sampai sebelum ketibaan hari raya Aidilfitri.

Bagi memastikan kad raya dengan kadar caj istimewa ini dihantar sebelum Hari Raya Aidilfitri, pengguna dinasihatkan untuk mematuhi peraturan ini:
  • Tulis dengan jelas nama penerima.
  • Tulis dengan jelas nombor rumah, nombor lot atau nombor kediaman.
  • Tulis dengan jelas dan betul poskod alamat penerima.
Tradisi hantar kad raya sebenarnya masih lagi ada, walaupun sudah tidak sehebat dahulu. Banyak sektor korporat khasnya yang masih menggunakan pendekatan ini supaya nampak lebih intim dan mesra, selain ada nilai-nilai sentuhan peribadi yang sentimental.

Ada yang saya kenal merupakan pengumpul kad-kad raya diterima. Saya sendiri satu waktu dulu memang kumpul kad raya bertahun-tahun. Bukan apa, bila tiba hari raya, saya akan keluarkan balik dan hias di satu sudut di rumah, sekali pandang nampak banyak kad raya yang diterima, walhal ada tu dari tahun-tahun sudah .. hahaha... konon bajet retis .. kah kah kah.

Tapi serius, dulu memang rajin hantar kad raya kat kawan-kawan. Almaklumlah dulu belajar kat asrama, jadi siap-siap ambil alamat dan pos dari sekolah tak pun dari rumah bila ada kesempatan pulang.

Hantar kad raya juga salah satu teknik mengorat yang amat efisien dulu ... samada terus pos atau bagi by-hand. Zaman percintaan saya dulu memang gunalah kad raya, siap kad raya special ada lampu, ada muzik.

Dok dah besar panjang beranak pinak ni, dah jarang dapat kad raya. Tapi tahun-tahun sudah, saya ada juga dapat kad raya dari blogger... hoho.... :) rasanya tahun ni pun ada dapat kot, mungkin dari Fatin Liyana ... hhehehe...




Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. TERBAIK .. Tq Bro HH sudi berkongsi INFO !!!

    BalasPadam
  2. zaman sekarang tak ramai woooo nak hantar kad raya abang Hasrul... semuanya nak tag kat FB ! cissss... kahkahkah

    BalasPadam
  3. masih relevan lagi cara ini... nampak klasik... baru terasa hari rayanye
    ni kang ucap kat tepon nak gantung kat mana hehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…