Iklan Raya 2014 Daripada Maxis

Iklan hari raya 2014 daripada Maxis. Ok. Kali ini saya nak kongsikan satu lagi video, lebih kepada satu filem pendek mengenai Hari Raya 2014 yang diterbitkan oleh Maxis. Sebuah kisah yang agak lain sedikit pada pandangan lapan kupang saya ni.

Iklan raya 2014 daripada Maxis ni menceritakan satu pasangan suami isteri yang sudah berumur, dalam perjalanan ke satu tempat untuk berhari raya. Tiba-tiba dalam perjalanan, boleh pulak kereta yang dinaiki kehabisan minyak.
Iklan Raya 2014 Daripada Maxis
Tengah dok menahan mencari simpati orang lain yang lalu jalan yang sama, berhentilah satu pasangan bermotorsikal besar. Si Buncit nama penunggang motorsikal ni .. hehehe.. leh pulak cari nama si Buncit.... ada daaa ...

Apa lagi yang best ehhh?

Iklan raya ini juga menampakkan penggunaan satu aplikasi yang saya fikir mungkin Waze kot ...  terkebil-kebil jugaklah pasangan warga emas ni .. hehehe..

"Turn Left..."
"Apa ke benda turn left tu?"

Adeh.

Ok, malah nak ulas panjang-panjang, saya tau ada yang skip baca entri ni nak tengok video iklan raya Maxis yang baru ni kan .. hoho ...

Video Iklan Raya 2014 Daripada Maxis

Di mana kasih bertemu, di situlah keluarga bersatu .. gitulah tajuk video filem pendek Hari Raya 2014 daripada Maxis ni.

Terhibur? Apa komen anda?

p.s: Errr macam tau-tau je saya dan famili nak berhari raya di Kuala Lumpur .... jeng jeng jeng ...


5 comments.. read them below or add one

BM BM July 26, 2014
Assalamualaikum, banyak sekali iklan2 menarik diterbitkan tahun ini.

Salam Lebaran buat HH sekeluarga. Semoga Syawal ini disambut dengan gembira bersama insan2 tersayang. Mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan.
Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin... :)
Nadia Dscarnia Nadia Dscarnia July 26, 2014
Assalamualaikum HH,

Rasanya tahun ni banyak sangat iklan yg happy dan menyentuh hati dlm pada masa yg sama. contohnya mcm iklan RTM, iklan Media Prima, dan iklan Nissan. Mengalir air mata tengok. Ditambah pula apabila mengenangkan saudara kita di Gaza dan keluarga mangsa Nahas MH17 beraya tanpa insan tersayang, bertambah sebak jadinya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri HH, maaf zahir dan batin :)
Ainim Suju Ainim Suju July 26, 2014
terharu pulak tengok iklan ni.
Eshamz Halim Eshamz Halim July 27, 2014
ahahahahaha... tiap2 tahun iklan raya memang terbaekkk dengan mesej yang berguna.... :D .. Selamat Hari Raya Bro HH.... :D

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.