Ada blogger yang baru sahaja mendaftar sebagai affiliate dengan Ashadee.com; telah bertanyakan kepada saya bagaimana nak cash out earnings dari Ashadee. Hmm nampaknya ada yang tidak tahu cara untuk keluarkan duit komisen yang telah diperoleh menerusi Ashadee. In Sha Allah, dalam entri ini saya akan ceritakan bagaimana nak membolehkan anda menerima income online anda dari Ashadee terus ke akaun bank anda.

Buat mereka yang masih lagi tak tahu cara buat duit online menerusi Ashadee, saya syorkan anda muat turun Panduan Affiliate untuk Newbie (klik).  Benda percaya je kot .. huarghhh tak mo? Ada penerangan ringkas mengenai affiliate, dan cara untuk dapatkan pendapatan online menerusi affiliate seperti Ashadee.

Cara-Cara untuk Cash Out Earnings Ashadee

Cara Cash Out Earnings Ashadee
Ok, bagaimana nak keluarkan earnings atau komisen dari Ashadee? Pertama sekali, jika anda sudah mendaftar, saya ucapkan tahniahlah, sebab anda sudah ada satu sumber untuk jana income online anda, yang boleh anda lakukan terus menerusi blog anda. Dan sekali lagi tahniah jika anda telahpun menerima komisen pertama menerusi Ashadee.

Komisen Dijana Diberitahu Menerusi Email

Untuk info, setiap komisen yang berjaya anda dapat, satu email pemberitahuan akan dihantar kepada anda. Jadi, pastikan anda masukkan email dari Ashadee sebagai bukan Spam. Periksa bahagian Spam inbox email anda supaya tidak terlepas pemberitahuan komisen diterima dari Ashadee ini.

Untuk yang telah mendaftar, perkara pertama untuk membolehkan anda keluarkan earnings dari Ashadee ialah dengan mengisi butiran akaun bank seperti di bawah ini. Untuk pergi ke bahagian ini, sila klik profile anda - iaitu nama anda di sudut atas akaun Ashadee selepas anda login.
Cara Cash Out Earnings Ashadee
Skroll ke bawah dan anda akan nampak bahagian Payment Info. Isikan semua butiran yang dikehendaki. Untuk metod pembayaran komisen, ada disediakan 4 cara iaitu menerusi Paypal, ATM, CDM dan juga cek.

Tetapkan juga Minimum Cashout dengan 4 pilihan iaitu lebih daripada RM50, RM100, RM500 dan RM1000. Dan isikan butiran tepat di bahagian Bank Account Details termasuk juga nombor kad pengenalan.

Komisen Dimasukkan Terus ke Akaun Anda

Jumlah komisen akan dimasukkan ke akaun bank seperti mana yang telah anda berikan. Ia akan diberikan mengikut tempoh dua minggu selepas pengesahan, dan dua minggu untuk urusan pengiraan komisen. In Sha Allah, jika ada produk terjual, anda akan terima komisen terus ke akaun bank anda tanpa anda sedari pun!
Bagaimana nak keluarkan income dari Ashadee
Untuk yang telah mendaftar, saya syorkan anda certify identiti anda. Anda perlu scan kad pengenalan anda depan belakang untuk tujuan ini. Ianya adalah penting sebagai salah satu langkah untuk mengelakkan penipuan berlaku dalam transaksi. Anda boleh pilih tab atau bahagian Certification untuk memuat naik pengesahan diri anda.

Ada juga tab Payments untuk melihat jumlah komisen terkumpul anda serta tarikh komisen dibayar kepada anda.

Untuk sebarang kemuskilan lain, boleh rujuk sini - http://ashadee.com/user/help

Kepada rakan-rakan yang masih lagi belum peroleh apa-apa komisen daripada program affiliate Ashadee ini, saya sangat syorkan anda ikuti video atau webinar ini - Make $65,000 This Year From Automated Websites!

Dan kalau betul nak buat duit dengan Ashadee atau mana-mana program affiliate; cuba guna Mesin Komisen ini sebagai panduan langkah kanan anda dalam affiliate di Malaysia (dan juga luar negara!)

Selamat keluarkan earnings daripada Ashadee ...

p.s: Belanja aaa saya chicken chop kurang lemak boleh? hehehe...



4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Balasan
    1. Haaa ..salah satu program affiliate di Malaysia. Ramai blogger buat duit dengan Ashadee ni.

      Padam
  2. dah daftar ashadee tapi x pernah guna pun. kalau letak kat blog jejas gliterati nuffnang x abg?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak, ia tak jejaskan status Geli Geli Nuffnang ...

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement