Langkau ke kandungan utama

Brazil Kalah Jaringan Terbanyak FIFA World Cup 2014 Separuh Akhir Menentang Jerman

Satu kejutan yang tidak disangka. Saya sendiri terkejut. Pasukan yang pernah menjuarai Piala Dunia FIFA 2014, kalah dengan jumlah gol cukup besar dalam pusingan separuh akhir menentang German. Manakala German seolah menggila dengan jaringan demi jaringan membuatkan ramai penyokong dan peminat pasukan Brazil melopong tak percaya.

Hanya dalam separuh masa pertama, pasukan Brazil sudah hilang arah. Bagai segala tidak kena, gawang Brazil bolos sebanyak 5 kali. Tiada nampak tarian samba. Tiada nampak sorakan gembira, hanya kesedihan dan kehampaan. Gadis-gadis seksi penyokong Brazil muram durja, tak ada senyuman dan aksi gedik yang selalunya jadi perhatian kamera siaran langsung Piala Dunia 2014.

Brazil Kalah Jaringan Terbanyak FIFA 2014

Brazil kalah jaringan terbanyak FIFA 2014
Brazil kalah jaringan terbanyak FIFA 2014
Foto Germany vs Brazil 7-1 Fifa 2014
Dalam masa separuh pertama gol-gol German telah diledakkan oleh Muller (11'),  Klose (23'), Kroos (24', 26') dan Khedira (29').

Nampak benar ketiadaan Neymar dalam pasukan Brazil melumpuhkan serangan.

Memang benar pentingnya kerja berpasukan dan bukan bergantung harap pada skill individu. Jika tidak, beginilah yang berlaku. Tentu kekecewaan tak dapat nak dibendung bagi Neymar yang selama ini telah membawa pasukan bolasepak Brazil FIFA 2014 sehingga ke saat ini.

Babak separuh masa kedua lebih memeritkan bagi pasukan Brazil. Gol-gol bagai meluru masuk ke gawang tanpa sekatan daripada pasukan bolasepak FIFA 2014 German.
Foto Germany vs Brazil 7-1 Fifa 2014
Schurrel menambah jaringan ke enam pasukan German sebaik sahaja separuh masa kedua bermula di minit ke 69. Dan pada minit ke 79, satu lagi gol oleh Schurrel; membawa German mendahului 7 gol berbalas tiada.
Foto Germany vs Brazil 7-1 Fifa 2014 Foto Germany vs Brazil 7-1 Fifa 2014
Bagai diberikan simpati, akhirnya gol pertama pasukan Brazil dibenarkan pada minit akhir, iaitu minit ke 90. Ledakan gol tunggal dari pasukan Brazil dihasilkan oleh Oscar.

Akhirnya, selesai dan tamat perlawanan separuh akhir FIFA World Cup 2014 antara Brazil menentang German berakhir dengan jaringan terbanyak setakat ini iaitu 1 - 7.

Tahniah buat pasukan German.

Kemungkinan Anugerah Kasut Emas FIFA World Cup 2014 juga akan dimiliki oleh pemain German. Jika ya, Piala Dunia 2014 bakal menampakkan satu tahun penuh gemilang bagi pasukan German, lebih-lebih lagi seandainya menang perlawanan akhir samada menentang Belanda atau Argentina.
Foto Germany vs Brazil 7-1 Fifa 2014
Mungkinkah perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2014 akan menampakkan pasukan German menentang pasukan Belanda? Kita tunggu separuh akhir kedua antara pasukan favourite saya iaitu pasukan Netherlands menentang Argentina.

Sekali lagi, jangan bersedih ehh buat penyokong Brazil, meh pakat sokong pasukan Orangje pulak .. hoho ...

Brazil - 1 vs German - 7

Foto Germany vs Brazil 7-1 Fifa 2014

Kredit Foto: Getty Images/FIFA 2014

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. kan sokong germany
    http://www.kucinghitam.net/2014/07/sapa-nak-kad-raya.html

    BalasPadam
  2. ish memng teruk brazil diayamkan!! :(

    BalasPadam
  3. menangis tak berlagu la fan brazil..huhuhu

    BalasPadam
  4. Kesian kt brazil.. huhu

    BalasPadam
  5. Senarai pemain-pemain Brazil kali ini dibarisi nama-nama yang ganjil dan pelik. Dari awal lagi Brazil tiada aura hebat untuk menjulang Piala Dunia kali ini. Tahniah Jerman Takziah Brazil..;)

    BalasPadam
  6. Assalammualaikum... bro HH,

    mselim3 penyokong Brazil.. sedih hoo kalah teruk ..hhahahah bola bulat macam boleh jadi..

    BalasPadam
  7. penyokong brasil jgn keciwa haaa.

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Selamat buat Jerman dan para penyokongnya! Jerman memang layak ke Final dan bertemu Argentina ... opppss .. hehehe..

    BalasPadam
  10. German pun terkejut. agak-agak ada kejutan juga pagi nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ayat tak habis...heee. kejutan Argentina vs Belanda...harap tak lah macam German vs Brazil...

      Padam
  11. Tanpa NamaJulai 10, 2014

    mana perginya pemain-pemain brazil yg pernah bermain pada piala dunia 2010 yang lalu?kaka?cafu?
    semua pemain baru yg tiada pengalaman.
    perhatikan pemain jerman klose.dia telah bermain utk jerman sejak piala dunia 2002 lg.pemain yg penuh dengan pengalaman....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital. Pekerjaan doktor dianggap mulia dan banyak menyumbang dalam masyarakat hari ni. Mereka terpaksa belajar lebih kurang 5 hingga 6 tahun untuk mendapatkan ‘title’ doktor tersebut dan kebanyakan mereka dianggap tak da ‘life’ dan sangat ‘nerd’.

Tapi tahukah anda bahawa ada juga dikalangan mereka yang yang sangat handsome dan menarik hingga membuatkan anda hari-hari nak buat check up kat hospital. Jom kita kenali 6 doktor kacak di Malaysia.
6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital 1- Dr Syed Ahmad Murthada

Beliau merupakan model utama untuk jubah furby and sugar dan sangat aktif ke gym.  Walaupun doktor kerjanya sangat sibuk untuk merawat dan melayani pesakit, mereka juga ada kehidupan sendiri. Sibuk-sibuk pun sempat ke Gym tu ... hoho. Jangan cakap doktor tak da life ye. Dan pada saya, memang haruslah seorang doktor menjadi contoh kepada orang lain, nampak sihat, sasa,…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …