Borang Permohonan Bantuan Zakat Fakir Miskin Asnaf

Borang permohonan bantuan zakat fakir miskin serta asnaf untuk memanfaatkan bantuan daripada Jabatan Agama Islam Negeri dan juga Pusat Zakat. Setiap tahun, malah sepanjang tahun, fakir miskin serta asnaf penerima zakat termasuklah mualaf boleh dipohon menggunakan borang permohoanan yang telah disediakan oleh pusat-pusat zakat dan jabatan agama Islam negeri. Borang ini diberikan secara percuma. Borang tersebut boleh juga dimuat-turun secara percuma di laman sesawang pihak-pihak berkaitan.

Saya dengan rasa tanggungjawab cuba untuk permudahkan mana-mana pihak yang mahu mendapatkan borang permohonan bantuan zakat fakir miskin serta asnaf ini. Keperluan ini sangat penting bagi fakir miskin mudah dan segera mendapatkan borang, mengisi dan melengkapkan borang permohonan sebelum dihantar ke pejabat agama mahupun pusat zakat di tempat masing-masing.

Muat Turun Borang Permohonan Bantuan Zakat Fakir Miskin Asnaf

Borang Permohonan Bantuan Zakat Fakir Miskin Asnaf perak

Tanggungjawab Menyebarkan Maklumat

Ia juga untuk membolehkan mana-mana pembaca blog ini untuk bantu mana-mana individu, keluarga, malah sesiapa sahaja yang difiirkan layak untuk menerima bantuan zakat dan pembelaan yang sepatutnya. Paling tidak, ia tidak akan menyulitkan golongan ini untuk mendapatkan borang di Jabatan Agama Islam Negeri dan Pusat Zakat, sehingga terpaksa turun naik pejabat atau mencari kos pengangkutan untuk hanya mendapatkan borang permohonan bantuan.

Sebagai seorang blogger, saya terasa terpanggil untuk bantu dengan daya yang ada. Agak mengecewakan sebenarnya bila mengetahui mereka yang tergolong dalam asnaf penerima zakat perlu dapatkan borang permohonan untuk melayakkan diterima bantuan ini. Apatah lagi, apabila borang permohonan bantuan zakat fakir miskin asnaf perlu dikepilkan dengan beberapa borang sokongan lain. Apalah kemampuan yang ada pada golongan fakir dan miskin ini. Aduhhhh ....

Saya tak pasti, adakah kapasiti pihak yang menguruskan zakat dari muslimin-muslimat tidak dapat mempermudahkan urusan menetapkan siapa golongan ini di Malaysia. Saya fikir perlu ada pendekatan lain agar dipermudahkan untuk pihak-pihak ini menetapkan siapa golongan asnaf penerima bantuan zakat.
Fakir miskin Malaysia
Fakir Miskin - Boleh Dapatkan Bantuan Baiki Rumah - Gambar Sekadar Hiasan
Dan dalam aspek lain, saya fikir elok dilibatkan masyarakat umumnya agar membantu fakir miskin ini. Seperti mana rancangan BersamaMu TV3, pihak berwajib perlu dapatkan bantuan orang lain untuk melapor dan mendapatkan borang bagi golongan ini supaya nasib mereka terbela. Pihak Jabatan Agama Islam Negeri mahupun Pusat Zakat perlu memohon bantuan masyarakat dalam soal mengenalpasti golongan asnaf dan fakir miskin di tempat masing-masing.

Ini harapan saya, sebab saya melihat betapa sukarnya untuk golongan ini mendapat bantuan yang sepatutnya. Moga perkongsian untuk mendapatkan borang permohonan bantuan zakat fakir miskin dan asnaf ini setidak-tidaknya berikan kemudahan untuk orang awam, in Sha Allah.

Pendaftaran dan permohonan bantuan zakat juga boleh dilakukan menerusi ketua kampung, imam masjid kariah, ahli dewan undangan atau wakil rakyat, pejabat-pejabat agama daerah dan badan-banda NGO Islam tertentu.

Borang permohonan selalunya memerlukan perkara-perkara berikut, bergantung dengan syarat ditetapkan bagi setiap majlis agama dan pusat zakat negeri masing-masing:
  • salinan kad pengenalan pemohon dan tanggungan
  • salinan sijil surat beranak dan tanggungan (jika berkenaan)
  • salinan dan perakuan sebagai mualaf (jika mualaf)
  • salinan dan perakuan pendapatan/slip gaji - boleh disahkan oleh ketua kampung, imam dan juga adun kawasan jika tiada penyata pendapatan atau gaji.
  • gambar pemohon dan tanggungan
  • salinan bil air/elektrik
  • penyata bank atau salinan buku bank
  • pendaftaran persekolahan anak-anak (jika berkaitan)

Mohon anda kongsikan artikel ini.


3 comments.. read them below or add one

Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz July 22, 2014
Alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian ini..sama2 kit bsntu fakir miskin insyaallah dpt jugak sedikit pahala
Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim July 22, 2014
semoga diberi ganjaran yang sewajarnya di akhirat kelak.
AnonymousAnonymous March 10, 2015
Sy nak tanya..haritu sy pergi ke cawangan pusat zakat negeri smbilan dn sy tanya mereka ada tak bantuan zakat utk belajar tapi mereka jwb tiada dan kene ambil dekat wisma negeri then sy pergi wisma negeri dan hanya ada borang bantuan untuk semester oertama belajar itupun under menteri besar..rasa mcm putus asa sgt penat naik teksi kesana sini.lepas kita isi borang mains ni .sy perlu hanta ke alamat mana ya?..terima kasih

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.