Widget keputusan goal score FIFA 2014 World Cup - Widget khas sempena bolasepak Piala Dunia #FIFA2014 yang boleh anda guna dan letakkan di dalam blog. Kemeriahan FIFA 2014 semakin hangat apabila perlawanan awal telah berlangsung dengan menampakkan keunggulan pasukan Brazil menewaskan pasukan Croatia.

Saya sendiri tidak melepaskan peluang untuk menonton siaran langsung percuma menerusi RTM1 dengan pasukan pilihan warna oren sebagai dijangkakan menjadi juara Piala Dunia 2014 kali ini.

Ok, saya mengakui bukanlah seorang peminat tegar bolasepak, namun FIFA 2014 menjadikan saya teruja untuk melihat pasukan dunia manakah yang hebat dalam permainan yang menjadi kesukaan seluruh dunia ini.

Widget Keputusan FIFA 2014 World Cup untuk Blog

Widget blog papar keputusan terkini FIFA2014 World Cup

Widget keputusan FIFA 2014 Piala Dunia boleh digunakan untuk melihat skor terkini pasukan yang bertanding dalam pertandingan ini. Apatah lagi andai anda bukan peminat tegar yang sanggup sengkang mata mahu menonton perlawanan bolasepak FIFA 2014 secara Live. Maka, paling tidak dengan widget ini tahulah serba sedikit jaringan dan keputusan perlawanan ini dengan mudah di blog anda.

Cara nak pasang mudah sahaja, anda hanya perlu copy-paste kod HTML di bawah ini dan letakkan di sidebar blog anda.


Widget ini akan paparkan skor dan keputusan terkini perlawanan bolasepak Piala Dunia 2014. Anda juga boleh melihat kedudukan pasukan-pasukan dalam kumpulan.

Widget ini juga boleh bantu anda untuk teka keputusan dalam peraduan ini - Contest USD100K Piala Dunia FIFA2014

Seandainya widget ini tidak berjaya atau tidak berfungsi dengan baik di blog anda. Anda boleh buat modifikasi tertentu dan dapatkan kod HTML widget keputusan FIFA 2014 World Cup ini di sini - Whats The Score Anda perlu mendaftar dahulu untuk modifikasi yang diinginkan.

Dengan adanya widget ini, tak perlu lagi nak Google cari keputusan perlawanan FIFA 2014 World Cup, hanya dengan blog anda sahaja, dah boleh tahu .... dan dengan ini dapatlah anda sembang kencang pasal bola dengan jiran sebelah sebab anda tahu berapa skor terkini termasuk mata dalam kumpulan .. ye tak?

Keputusan Penuh LIVE #FIFA2014 Piala Dunia

Football results provided by whatsthescore.com

Untuk melihat jadual perlawanan waktu Malaysia dan juga siaran langsung disiarkan oleh RTM1, boleh rujuk entri ini - Jadual Perlawanan Piala Dunia FIFA 2014 Waktu Malaysia

Bagi mengetahui kedudukan mata pasukan bolasepak FIFA 2014 terkini, boleh lihat jadual tersebut yang update LIVE selesai sahaja perlawanan di entri ini - Jadual Terkini Kedudukan Mata Pasukan FIFA Piala Dunia 2014

Selamat menggunakan widget ini.

p.s: Saya vote for Holland... sebab ... teknologi orang Holland antara yang hebat ... walaupun penduduk dan negara mereka kecil ... :)

14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Balasan
    1. Sama-sama. Moga dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam musim FIFA2014 ni ...

      Padam
  2. menarik...peminat world harus ada ni...

    BalasPadam
  3. jumpa jga menda nhe...huhu thanks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama ... :) salah satu usaha perkongsian yang boleh dimanfaatkan blogger terutama blogger sukan.

      Padam
  4. dulu perlu google atau tengok di tv, sekarang install widget sahaja. mudah sungguh dengan teknologi. siapakah juara tahun ini.

    BalasPadam
  5. dah pakai dah, rugilah kalau tak letak...heee

    BalasPadam
  6. Minat Brazil sebab tarian samba mereka best

    BalasPadam
  7. thanks for the info.. :)

    blogwalking sini.. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement