19 Jun 2014

Widget Entri Terkini

Widget entri terkini - Sebuah widget asas yang boleh anda letakkan di blog untuk paparkan entri-entri terkini di sidebar. Widget ini menggunakan javascript dan ia akan paparkan entri-entri terkini yang telah diterbitkan dengan menggunakan sumber feed blog anda.

Sesuai untuk blog menambah trafik, dan juga untuk menurunkan kadar bounce rate blog secara purata. Ia juga bertujuan supaya pengunjung blog akan kekal lama membaca entri-entri menarik, terkini dan terbaru di blog anda.
Widget Entri Terkini
Dari sudut SEO, ia membantu blog anda membina backlinks secara dalaman, dan membantu sesuatu entri tersebut menerima pagerank flow yang baik.

Widget Entri Terkini Untuk Blogspot

Untuk menggunakan widget ini, apa yang perlu anda lakukan ialah salin kod HTML di bawah dan letakkan di sidebar blog seperti biasa menggunakan Add HTML/Javascript. 


Untuk memberikan lebih variasi paparan, anda boleh cuba ubah pembolehubah dalam kod HTML yang disediakan.

Sebelum anda simpan dan lihat samada widget ini berfungsi di blog, pastikan anda telah gantikan URL-BLOG-ANDA dengan URL milik blog sendiri; contoh http://www.hasrulhassan.com.

Untuk variasi, anda boleh ubah jumlah post terkini yang mahu dipaparkan dengan var numposts = (jumlah post)

Jika mahu entri tersebut paparkan tarikh ia diterbitkan, gantikan false kepada true pada pembolehubah showpostdate.

Boleh juga ubah showpostsummary, numchars, dan standardstyling.

Cubalah.

Boleh tengok contoh di http://ibiasiswa.blogspot.com

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

11 Komen Widget Entri Terkini

menarik juga neh... mesti cuba...
sebelum tu... wiget ni tak ganggu loading ker ??

Tips terbaru dari sifu.... Terima kasih...

sudah lama dipasang:)
mmg berguna untuk pengunjung baca entry yg mereka terlepas.

lebih kurang macam linkwithin ye abg hasrul?

Tidak. Lain. Linkwithin hanya berpandukan kepada keyword tertentu atau label pada entri. Tapi ini akan paparkan entri-entri terkini mengikut tarikh ..

syira dah ada..tips bgus ni sifu hh ! terima kasih ^_^

wow! Hebat widget ni. Trima kasih sifu :)

Memang hebat widget ni. Syukran sifu ^__^

Tip yang membantu...keep it up


EmoticonEmoticon