Wajah ensem pakwe baru Hanis Zalikha didedahkan! Ok, saya amat terkejut apabila telah mendapati bahawa pakwe baru Hanis Zalikha juga merupakan seorang blogger ensem yang terkenal di Malaysia. Malah blogger ini tanpa segan silu, menamakan dirinya sebagai blogger paling ensem di Malaysia - Blog Abang Ensem.

Memang tak sangka.

Wajah Ensem Pakwe Baru Blogger Cantik Hanis Zalikha?

Penemuan gambar yang memaparkan seorang lelaki yang merupakan peminat pasukan Jerman FIFA 2014 ini, bersama blogger dan pelakon cantik Hanis Zalikha seperti mengiyakan gossip hangat ini. Kebenaran masih lagi menjadi tanda tanya adakah lelaki ini merupakan pakwe terbaru Hanis Zalikha yang sedang hot sekarang ini?
Gambar di atas telah dirakamkan pada 21 hb Jun 2014 di rumah Hanis Zalikha. Mungkinkah kehadiran lelaki Abang Ensem ini ke rumah Hanis Zalikha sebagai proses merisik gadis blogger, pengacara Mad Market serta pelakon cantik ini? Satu tanda tanya yang membuatkan ramai lelaki di Malaysia ingin tahu.

Adakah Hanis Zalikha bercadang menamatkan zaman bujangnya pada tahun 2014 dan menjadikan lelaki ini yang digelar Abang Ensem sebagai pasangan hidupnya?
Saya masih lagi cuba mendapatkan pengesahan dari blogger ensem di dalam gambar ini. Dan masih juga mendapat pengesahan dari Hanis Zalikha sendiri yang saya harap akan membaca entri ini dan komen samada ia benar atau tidak.

Blogger lelaki yang saya maksudkan ini bukan sebarangan blogger Malaysia. Anda boleh jengok blog blogger lelaki yang 'dikaitkan' dengan Hanis Zalikha, baca blognya di sini - Blog Abang Ensem Dikaitkan Dengan Hanis Zalikha.

Ini bukan sebarangan gossip. Ia mungkin menjadi berita paling gempar dalam dunia blog Malaysia!

Bukan pertama kali lelaki di dalam gambar di atas datang ke rumah Hanis Zalikha. Malah pada hari raya tahun 2011; lelaki bergelar Abang Ensem ini pernah juga datang. Datang bersama kaum keluarga pulak tu! Boleh baca di blog lelaki yang saya maksudkan ini.

Anggapan bertiup kencang apabila ada ura-ura yang blogger lelaki ini sedang dalam cubaan untuk menjual blognya kepada sesiapa yang berminat, sebagai salah satu langkah untuk siap sedia dengan kenduri perkahwinan besar-besaran yang pastinya akan membabitkan ramai blogger Malaysia, apatah lagi kedua-dua blogger ini mempunyai pengikut dan peminat tersendiri yang sangat ramai dan luar biasa!

Kisah dan enrti mengenai blogger ini  yang akan menjual blognya boleh anda baca di sini -- Klik Sini.

Kita nantikan perkembangan terbaru. Mungkin blogger lelaki ensem ini akan mendedahkan segalanya. Pastikan anda tidak terlepas peluang membaca entri-entri terbaru dari blog Abang Ensem .. ... oppsss ... dan blog Hanis Zalikha.

Apa kata anda mengenai berita ini?


12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wow.. betul ke nie? kalau betul, mmg bertuah la abang ensem .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah nak jadi artis dah skrang ni .. jangan tak tau .. :)

      Padam
  2. Assalammualaikum...bro HH,

    tu lah tgk2 macam kenal aje... hehehe conform 'abg encem'... gosip2 nie...hhehehe

    mselim3

    BalasPadam
  3. meletopsss...

    salam kutoo kembali dengan contest terbaru disini http://kutooobamboo.blogspot.com/2014/06/contest-kisah-di-bulan-puasa-jom.html

    BalasPadam
  4. Wowowow mcm tak caya je abang ensem dalam diam2 dia cuba2, nnt jumpa dia nk tanya direct le hehe

    BalasPadam
  5. harap tiada yang terjun gaung bila dengar berita ni...heee

    BalasPadam
  6. hehehe... if betul,, sy doakan yg terbaik bt keduanya.. :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement