Langkau ke kandungan utama

Video Penerangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah 2016 (KSSR)

Kurikulum Sekolah Baru Sekolah Rendah Mulai Tahun 2016 - Rasanya semua sudah sedia maklum mengenai hasrat Kementerian Pelajaran yang akan melaksanakan kurikulum persekolahan baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 2016 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada 2017 dalam usaha melonjak sistem pendidikan negara.

Kurikulum yang akan diperkenalkan pada tahun 2016 merupakan kurikulim KSSR yang telah disemak semula oleh pihak kementerian, yang difahamkan telah mengambil input dan maklum balas daripada guru-guru dan golongan pendidik di Malaysia.
Video Penerangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah 2016 (KSSR)
Saya tak pasti samada anak saya sekarang yang sedang berada di tahun 4 Sekolah Permatang Tok Mahat, Penang terlibat dalam kurikulum baru ini. Namun berdasarkan maklumat yang saya peroleh dari bahagian kementerian, perlaksanaan KSSR akan melibatkan beberapa fasa.

Fasa KSSR

Ia akan melalui tiga fasa iaitu gelombang satu (2012-2015) iaitu fasa persediaan, gelombang kedua (2016-2020) iaitu fasa pelaksanaan dan gelombang ketiga (2021-2025) iaitu fasa pentaksiran.

Kurikulum baru ini adalah sejajar dengan pemansuhan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai 2014 serta perubahan penilaian ke atas murid tahun enam yang tidak lagi dibuat berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semata-mata.
Saya difahamkan kurikulum baru itu dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi memastikan murid dan pelajar yang dilahirkan oleh sistem persekolahan di negara ini memiliki kemahiran yang diperlukan untuk bersaing di peringkat global.

Ia merangkumi dimensi intelek, emosi dan fizikal setiap murid serta menekankan aplikasi pengetahuan serta perkembangan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif selain memberi peluang melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan kurikulum.

UPSR Mansuh?

Mulai tahun 2016 juga gred pencapaian UPSR murid tahun enam tidak akan lagi ditentukan melalui peperiksaan awam sahaja tetapi digabung sekali dengan pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat.

Jika anda ada baca perkongsian saya mengenai Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, anda akan sedia maklum akan perancangan teliti yang telah dibuat. Menurut Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, sebagai persiapan sebelum memperkenalkan kurikulum baru itu kementerian akan memurnikan kurikulum sedia ada dan mempergiatkan sokongan kepada guru bagi meningkatkan sistem penyampaian.

Video Penerangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah 2016 (KSSR)

Ok, jika anda kurang faham, boleh tonton video yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia ini.


Semoga informasi ini bermanfaat buat semua bagi memastikan terutama ibu bapa memahami konsep KSSR seperti juga saya yang mahu tahu akan arah tuju pendidikan formal anak-anak saya kelak. Saya tidak mahu anak-anak saya ketinggalan dalam pelajaran dek kerana ketidak-fahaman saya sebagai bapa dalam hal pendidikan anak-anak di sekolah.

Seharusnya ibu bapa ambil tahu mengenai apa yang dipelajari oleh anak-anak supaya kita boleh sama-sama kembangkan ilmu pengetahuan yang anak-anak kita diajar di sekolah dengan persekitaran di rumah.

In Sha Allah, moga apa yang dihasratkan dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah 2016 ini akan tercapai dengan jayanya, asalkan kita semua berganding bahu merealisasikannya.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…