Tak pandai berblog? Hmm susah sangat ke nak menulis seperenggan ayat? Bagi saya, memang akan pandang senget sikit pada mereka yang kata tak pandai berblog, almaklumlah ... dah lama sangat menulis sampai lupa diri bahawa dulu pun, saya pun kira tak pandai juga.

Mengata orang, diri pun lebih kurang sama juga .. lebih 5 tahun dahulu. Ya, saya pun bukan pandai berblog, memang susah betul rasanya nak menulis seperenggan ayat. Kala itu, jalan mudah saya buat ialah copy-paste. Tapi bukan copy-paste entri dari blog orang lain, tetapi copy-paste dari direktori ezine atau majalah online yang percuma.
Tak Pandai Berblog? Susah Betullah!

Tak Pandai Berblog? Susah Betullah!

Saya memang tak pandai berblog, tak macam sesetengah blogger yang 'seusia' yang telah hebat sekarang yang memang awal berblog tulis boleh jadi buku kitab. Saya tiada skill penulisan yang bagus. Saya tiada keyakinan apa yang akan saya tulis dibaca orang.

.... tapi

Apabila saya dah kena maki, dah kena 'bancuh' oleh mereka yang memang pakar menulis; saya belajar untuk menulis sesuatu yang baik. Bukan setakat bercerita tetapi menyampaikan sesuatu yang boleh orang lain manfaat. Tulis sendiri, dan bukan main cedok dari orang lain.

Tulis Entri 'Sampah' Dalam Blog

Tulis pastikan orang faham apa yang disampaikan. Jika tulis tapi buat orang keliru dan sesat, maka apa yang ditulis adalah sampah! - Itu antara intipati saya kena maki dan kena 'bancuh'.

Saya suka positifkan diri, walaupun sumbernya tu tak berapa nak positif. Yelah, kena kata-kata kesat, kena maki .. uhhh ayat-ayat negatif semua keluar terkena sebijik-sebijik kat muka. Memang betul pun, tulis benda buat orang keliru, lagi dasat dari menulis ibarat cakar ayam. Cakar ayam tak pe, awal2 memang dah tak faham. Tapi jika menulis dengan tertib punya tertib, ayat baikkk punya .. tapi akhir .. ntah mana isi, ntah mana cerita... ntah mana benda yang nak disampaikan... kerja sia-sia.

Saya tak mahu menulis perkara sampah lagi.

Tak pandai berblog, maka belajarlah. Cara nak belajar ialah dengan kerap menulis. Tak ada idea, jadi anda kena rajin singgah ke blog-blog yang dah mantap penulisannya. Bukan minta anda tiru dan copy-paste ayat tuan punya blog yang anda seronok baca itu, tetapi belajar bagaimana penulisan itu disukai.
Susah betul nak tulis blog - Panduan Blogger

Ya, memang susah betul awalnya. Saya pun banyak merungut begini dulu. Rungut kenapa tak ada orang baca blog, kenapa tak ada komen, kenapa trafik tak naik, kenapa tak ada follower .. ishh macam-macamlah rungutan saya. Banding pula, kenapa blog tu popular, kenapa ramai yang ikut. Siap ada sekelumit rasa iri hati dan dengki.

Nasib baik saya ingat kata-kata guru, ustaz, ustazah dan emak.

Main Basikal Guna Basikal Kawan Roda Tiga

Saya fikir, jika masa kecil rasa susah betul nak main basikal sebab tak tahu dan tak ada basikal; saya pun belajar guna basikal kawan dengan roda tiga. Alhamdulillah, masa darjah empat, arwah abah belikan basikal besar kat saya, sebab berjaya dapat nombor satu dalam kelas; dapat-dapat je dah terus boleh kayuh basikal sendiri. Arwah abah tak perlu buang duit nak beli basikal kecik roda tiga sebab saya dah tahu kayuh basikal besar sendiri. Oh ya, arwah abah belikan basikal besar sebab selama ini, saya hanya dapat tempat kedua, ketiga akhir dalam kelas. Jadi macam satu keajaiban bila dapat nombor satu dalam kelas .. hehehe...

Itu satu cerita hidup saya.

Macam dunia blog juga, tak pandai berblog .. belajarlah. Mungkin rasa susah awalnya, tetapi kalau ada minat dan azam, penulisan anda boleh dan akan jadi tatapan ramai satu masa kelak. Blogger yang terkenal hari ini takkan terkenal selama-lamanya, akan tiba masa, akan undur diri. Akan tiba masa dunia kata pergi, kubur kata mari. Dan pada ketika itu, mungkin waktu anda untuk lebih 'mari' dalam dunia blog Malaysia.

Fikir. Anda bukan keluar dari rahim ibu dengan berlari dan melompat.

32 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. antara satu motivasi untuk saya bertahan dalam dalam dunia blogging..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin dan semoga ia terus bertahan menempuh arus dan badai kehidupan

      Padam
    2. aamiin dan semoga ia terus bertahan menempuh arus dan badai kehidupan

      Padam
  2. terima kasih atas motivasi tuan blog...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-Sama... moga sama lebih maju dalam dunia blog Malaysia. In Sha Allah.

      Padam
  3. Balasan
    1. Belajar mana setakat kemampuan, selagi boleh belajar..kita belajar... ada nikmat dan anugerah diberikan oleh Allah jika kita sentiasa nak cari ilmu ni.

      Padam
  4. terima kasih kerana berkongsi

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Amat setuju.. cuma nak tambah kalo buat entry copy-paste, saya cadangkan kita rephrase ayat atau buat rumusan macam SPM sebab ia lagi mudah di samping mengelakkan masalah writer block.. my two cent dari kacamataview.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Perlu tahu teknik bagaimana nak olah sesuatu entri itu yang mungkin ada ditulis oleh blogger lain.

      Padam
  7. Perkongsian yang menarik bro... saya pun baru nak berjinak-jinak semula berblogging setelah sekian lama stop dulu.... disebabkan susah dan tak tau apa yg nak ditulis terus hilang mood tp skrg pulak banyak entri nak di kongsi tp masa untuk menulis pulak takde...ahahahaha.. saya buat sekadar yg termampu jer... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Slow and Steady bradaa .. jgn gopoh2 ...

      Padam
  8. huhu..dah kene tampar ni..sangat terasa..hahaha..kene blajar lebih ni..

    BalasPadam
  9. terima kasih atas perkongsian....dan membantu memotivasikan diri untuk berblogging...

    BalasPadam
  10. terima kasih atas perkongsian HH. penulisan ini memberi motivasi untuk saya menulis lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, saya suka dengan komen ini. Saya harap lebih ramai blogger akan dapat kesempatan dnegan perkongsian ini untuk mantapkan blog masing2 ...

      Padam
  11. Salam Abg Hasrul.. Blog abg banyak membantu saya untuk dapatkan tip-tip... Saya pon memang baru mula nak belajar sikit sebanyak selok belok berbloging nie...Banyak masalah yang saya hadapi terutama idea, cara penulisan dan yang paling utama focus utk terus berblog nie... Selalunya macam org cakap.. hangat hangat tahi ayam je....cepat panas dan cepat sejuk.. bila dah tingal, terus malas nak mula balik...abg ada guideline x bgi motivasi supaya blogger baru masam saya nie terus istiqamah.. hehehe..

    BalasPadam
  12. Memang susah nk menulis mulanya..tulis pun cincai boncai je..hehe..lama2 pndai
    A

    BalasPadam
  13. banyak tips yang dikongsikan..buat saya bersemangat nak buat entry baru,huhu.lama dah tinggal blog ni

    BalasPadam
  14. Thanks for the tips. Saya baru nak berjinak-jinak dalam dunia blog ni. Kekadang sampai tak tahu nak tulis apa. Rasa down. Taknak tulis dah. Tapi bila baca blog orang lain yang dah berjaya, semangat nak menulis blog terus jadi up balik. Hehe :D

    BalasPadam
  15. mula mula memang susah.. kadang2 ambil masa 3 hari utk siapkan satu entry

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, selalunya untuk sebuah entri yang berkualiti memang ambil masa.

      Padam
  16. Sampai sekarang saya masih belajar lagi menulis blog. Tak pandai lagi. Ada aje yang tak kena..hoho..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uh, saya pun masih juga belajar. Dah belajar tak praktik, terus hilang ..jadi noob balik. kah kah kah.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement