Langkau ke kandungan utama

Salam Ramadan 1435H Ampuni Segala Salah dan Dosa

Salam Ramadan 1435 Hijriah buat semua pengunjung dan pembaca blog ini. Sementelaah kehadiran Ramadan mubarak penuh berkah ini, saya dan keluarga terutamanya ingin menyusun sejuta kemaafan andai dalam masa saya menulis blog selama lebih daripada 5 tahun ini (sejak 2008) ada terkasar bahasa, tersenda gurau tak hingat dunia, tersilap fakta, cuba memperdaya, letak gambar ntah apa-apa, tersilap tulis dan segalanya.

Mohon kemaafan agar rasa diri dapat melaksana tanggungjawab ibadah ini dengan sempurna, tidak ada rasa berat atau beban. Mohon kemaafan dari lubuk hati seorang insan yang sentiasa memaafkan, mengikut apa yang Nabi Muhammad S.A.W telah syorkan. Silaturrahim kita teruskan walau ada kala tak saling sama pendapat dan idea.

Buat semua, saya dengan ini melepaskan rasa segala, jika anda rasa ada salah dan silap pada saya sekeluarga, saya ampunkan dan langsaikan dunia akhirat. Tak perlu mohon maaf kerana kemaafan dari anda telahpun saya terima sebelum ia menjadi timbangan amal di akhirat kelak, in Sha Allah.

Salam Ramadan 1435 H ampunilah segala salah dan dosa. Moga Ramadan tahun ini lebih baik dari sebelumnya, lebih berkah, lebih mulia, lebih diterima, lebih banyak amalan in Sha Allah, agar Allah selamatkan kita semua dari azab api neraka.

Salam Ramadan 1435H Ampuni Segala Salah dan Dosa

Komen

  1. Ahlan wa Sahlan wa Marhaban yaa Ramadhan! Alhamdulillah..
    Ya Allah Open for me the doors to everything good dan The Night of Destiny Lail al-Qadr. Ameen..

    BalasPadam
  2. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..... selamat menempuhi alam puasa abang Hasrul :)

    BalasPadam
  3. Salam ramadhan Bro HH sekeluarga

    BalasPadam
  4. Salam Ramdhan bang Hasrul..semoga Ramadhan ini bawa erti bermakna

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum...HH
    Salam Ramadan 1435H. Semoga Ramadan tahun ini menjadi yang terbaik dalam hidup anda, Amiin. Dikesempatan ini juga saya memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap mahupun kekhilafan yang mengguris hati... Maaf zahir dan batin.

    BalasPadam
  6. Selamat berpuasa dan salam ramadan bro Hasrul...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.