Permohonan Mikro-i Bazar Ramadan 2014

Mikro-i Bazar Ramadan 2014 - Saya akan kongsikan cara permohonan ke skim Mikro-i Bazar Ramadan 2014 yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini. Skim ini bertujuan untuk bantu modal permulaan bagi peniaga-peniaga kecil terutama di Bazar Ramadan 2014 di seluruh negara.

Sehingga setakat entri ini ditulis, dilaporkan sebanyak 75 000 permohonan Mikro-i Bazar Ramadan 2014 telah diluluskan. Skim Mikro-i Bazar Ramadan 2014 diurus dan disediakan menerusi Bank Kerjasama Rakyat (Bank Rakyat), dan disokong oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Jumlah peruntukan keseluruhan skim ini yang diperuntukan oleh kerajaan adalah sebanyak RM45 juta.
Cara Permohonan Mikro-i Bazar Ramadan 2014

Menerusi skim ini, peniaga diberi pinjaman berlandaskan syariah tanpa cagaran sehingga RM3,000 untuk dijadikan modal perniagaan pada bulan Ramadan dengan kadar bayaran balik dua bulan selepas pinjaman.

Permohonan Mikro-i Bazar Ramadan 2014

Peniaga dan penjaja kecil skim ini yang berjaya disyaratkan untuk menjelaskan 50 peratus bayaran sebelum berakhirnya bulan Syawal manakala baki pinjaman pula perlu diselesaikan dalam tempoh sebulan (30 hari) selepas bulan Syawal mengikut jumlah pinjaman yang telah diterima.

Kepada yang mahu memohon, syarat yang telah ditetapkan adalah seperti berikut - warganegara Malaysia dan merupakan penjaja dan peniaga kecil.

Info Skim Mikro-i Bazar Ramadan 2014

Syarat

  • Warganegara Malaysia.
  • Penjaja dan peniaga kecil berdaftar di bawah persatuan masing-masing.

Jumlah Pinjaman

Bayaran Balik Pinjaman

  • 50% bayaran pinjaman sebelum habis bulan Syawal.
  • 50% baki lagi sebulan atau 30 hari selepas bulan Syawal.

Cara Memohon

Permohonan perlu dibuat melalui Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil atau pergi ke cawangan-cawangan Bank Rakyat.
Borang Permohonan Skim Pembiayaan Miro-i Bank Rakyat

Jadi, ini peluang yang sangat bagus kepada rakan-rakan yang mahu bisnes sempena bulan Ramadan 2014. Pinjaman tanpa faedah berlandaskan syarak dengan tanpa cagaran sangat bagus.


4 comments.. read them below or add one

Umi Nazrah Umi Nazrah June 13, 2014
oh baru tau. takda alasan lagi dah kalau nak berniaga
Salam Yahya Salam Yahya June 13, 2014
nice sharing.......alhamdulillah ada jugak usaha kerajaan nak bantu peniaga kecil
yang baik Ishak yang baik Ishak June 13, 2014
untunglah mereka dapat pinjaman mudah... selamat maju jaya kepada mereka yang memohon, semoga perniagaan mereka maju dan mendapat keuntungan yang diharapkan. Jangan letak harga tinggi sudah lah ehh

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.