Pemangkin Untuk Berjaya

Pemangkin Untuk Berjaya

Pemangkin untuk berjaya. Apakah yang menjadikan pemangkin atau katalis diri anda untuk beranjak dari satu yang tiada apa-apa kepada seseorang yang berjaya? Saya kerap tanya pada diri, apakah yang mendorong diri untuk lebih berjaya dari semalam, dan lebih berjaya esok hari berbanding hari ini? Ramai yang sebenarnya tidak ada pemangkin untuk berjaya, jadi apa sahaja yang mereka lakukan untuk mendapatkan kejayaan, tidak dalam keadaan berusaha bersungguh-sungguh.

Saya ingin kongsikan satu cerita benar yang berlaku pada diri saya. Lebih kurang mengenai pemangkin kejayaan, tetapi dalam aspek lain sedikit, tetapi boleh dikaitkan. Harap anda sudi baca sehingga habis dan hadam apa yang cuba saya sampaikan ini.

Pemangkin Untuk Berjaya

Sekadar Hiasan
Kisah ini berlaku beberapa tahun dahulu.

Saya telah didatangi seorang warga Pakistan berpakaian serba putih di sebuah restoren nasi kandar di Penang satu ketika dahulu. Warga Pakistan ini sangat tua, dan pertuturan juga tidak jelas, apatah lagi kebolehan bercakap dalam bahasa yang mudah faham - bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

Saya keseorangan ketika itu, sedang hendak mula menjamu selera dengan nasi Kurma Kambing. Baru sahaja hendak mula menyuap, lelaki tua warga Pakistan ini datang dengan menghulurkan sebuah pelekat kereta yang mengandungi doa-doa dan ayat-ayat suci Al Quran. Dia mula menegur dengan memberikan salam, sapaan internasional bagi seorang Muslim.

Dalam rasa teringin amat untuk meratah Kurma Kambing yang sedang terjamu di depan mata, saya luangkan juga masa yang ada untuk dengar apa yang ingin disampaikan oleh warga Pakistan berbaju jubah putih berketayap lusuh itu.

Katanya, belilah pelekat yang dia jual. Dia bermodal sendiri, bukan main pinjam-pinjam. Tujuannya satu, mahu dapat sedikit wang untuk sara diri dan hantar kepada keluarga yang jauh di kampung. Katanya juga, dia tidak tahu benda lain mahu dijual, hanya kemahiran menjual pelekat dengan ayat-ayat Al Quran serta doa sahaja yang boleh dia lakukan. Katanya lagi, kerja ini lebih berkat kerana boleh buat amal kepada umat muslimin yang lain.

Saya belek satu persatu pelekat kereta yang cukup elok buatannya. Bukan sebarang pelekat biasa. Tulisan khat cantik dengan menggunakan warna keemasan.

Saya pilih satu. Pelekat kenderaan yang ada doa naik kenderaan. Saya beli dengan harga RM10.

Ketika sibuk saya belek, tak habis-habis mulut si tua itu berkumat-kamit dalam bahasa yang sukar nak saya faham. Cuma sesekali saya dapat tangkap ... "alhamdulillah, alhamdulillah, Allah bersama dengan tuan..."

Sejuk hati saya.

Selesai urusniaga, lelaki tua itu kemudian menadah tangan dan berdoa. Lelaki warga Pakistan itu mendoakan kesejahteraan saya. Alhamdulillah. Doa diberikan hanya kerana saya beli pelekat kenderaan berharga RM10.

Lelaki tua itu kemudian berlalu pergi.

Apakah yang mendorong lelaki tua warga Pakistan itu untuk tegur dan hulurkan pelekat kenderaan yang dijual?

Tanpa rasa segan di sebalik kekurangan yang kurang mahir untuk berbahasa Melayu, dia hampiri saya. Dia berikan sesuatu yang orang lain tak buat, iaitu doa dan ingatannya pada Allah yang memberikan rezeki.

Allah pemangkin dirinya berjaya menjual apa yang dia ada. Dan kerana Allah, saya terdetik untuk membeli pelekat kenderaan. Dan kerana Allah, dia mendoakan kesejahteraan saya. Ucap syukur berkali-kali walaupun saya belum pun membeli apa yang dijual.

Itu kejayaan baginya hari itu. Mungkin semalam dia tak berjaya jual dan dapatkan rezeki. Tetapi hari itu, dia telah berjaya. Allah pemangkinnya.

Pemangkin untuk berjaya. Semua orang perlukan pemangkin dan katalis diri untuk berubah menjadi lebih baik. Niat dalam diri, usaha dengan sehabis baik, dan ingat bahawa Allah yang akan bantu anda merubah diri dan bangsa.



COMMENTS

BLOGGER: 7
Loading...
Rahsia Lulus Temuduga Kerja
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,122,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,363,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,298,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,42,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,53,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,621,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,577,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,9,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,33,Kekeluargaan,87,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,83,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,297,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,355,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,60,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,492,Semesti,2,SENI,3,Shopping,114,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,176,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,98,Tips Blogging,314,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,52,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,125,Video Best,37,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,107,Work From Home,13,
ltr
item
Lifestyle, Family, Shopping - HASRULHASSAN.COM™: Pemangkin Untuk Berjaya
Pemangkin Untuk Berjaya
Pemangkin Untuk Berjaya
http://2.bp.blogspot.com/-TtrDdshMo2E/U46xxiJFDTI/AAAAAAAA22I/y_zm7UDWNKE/s1600/IMG_9391.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-TtrDdshMo2E/U46xxiJFDTI/AAAAAAAA22I/y_zm7UDWNKE/s72-c/IMG_9391.jpg
Lifestyle, Family, Shopping - HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2014/06/pemangkin-untuk-berjaya.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2014/06/pemangkin-untuk-berjaya.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy