"Keyword Entri SEO Tu Macamana?"

Ada yang tak berapa faham mengenai keyword atau kata kunci yang diguna pakai dalam membuat entri yang bercirikan SEO (Search Engine Optimization). Untuk yang masih kurang pengetahuan mengenai SEO, SEO ialah salah satu cara untuk penulis blog memastikan entri-entri yang ditulis berada di enjin carian Google, Yahoo, Bing dan sepertinya.

Keyword atau kata kunci adalah perkara utama yang kita mahu orang baca di blog kita. Kata kunci ialah perkataan atau ayat yang akan ditaip oleh pencari maklumat di kotak carian Google atau Yahoo mahupun Bing bagi mencari informasi. Jika kata kunci tersebut merupakan kata kunci yang digunakan dalam entri blog kita, maka blog atau entri kitalah yang akan berada paling atas di enjin carian tersebut.

"Keyword Entri SEO Tu Macamana?" - Tips SEO Blogspot

Saya sertakan contoh-contoh di bawah ini untuk anda lebih faham mengenai kata kunci atau keyword. Perlu diingatkan, kata kunci boleh jadi satu huruf, satu perkataan, dua perkataan, satu baris ayat malah satu perenggan ayat sekalipun.
Tips SEO Blogspot
Tips SEO Blogspot
Tips SEO Blogspot
Tips SEO Blogspot
Di atas adalah contoh-contoh kata kunci yang mungkin pencari maklumat gunakan. Apabila blog anda ada ciri-ciri SEO yang bagus, entri akan berada di paparan paling atas, yang memungkinkan blog anda mendapat trafik hanya kerana kata kunci tadi.

Tidak Perlu Jadi Popular Untuk Ciri SEO

Blog anda tidak perlu ada ramai pengikut, banyak follower atau menjadi blogger terkenal untuk SEO ini. Apa yang perlu anda tahu ialah menggunakan kata kunci dalam penulisan entri di blog anda.

Sekarang, dah faham apa itu kata kunci? Kalau dah faham .. bagus, sekarang boleh la aplikasikannya dalam blog ehh.

p.s: Cuba tengok contoh-contoh di atas, lihat dan cuba selidik sendiri kenapa entri tersebut berjaya di enjin carian, lihat cara penulisan dan di mana letaknya kata kunci dikatakan itu dalam entri yang ditulis.


{ 11 comments.. read them below or add one }

nor hidayah mohd nor nor hidayah mohd nor June 21, 2014
Best betul kalau pandai pilih keyword and main seo, then terpampang kat page yang pertama dalam carian. kena belajar lagi guna seo ni. Hehehe
eimah siti eimah siti June 21, 2014
ok...dah faham...nak naikkan traffik balik...kebelakangan ni asyik merundum ja
Hero Borneo Hero Borneo June 21, 2014
saya belasah sahaja..patutlah susah nak naik 1st page
Kereta Sewa Selangor & KL Kereta Sewa Selangor & KL June 21, 2014
Terima kasih tuan tips yg menarik, jadi lagi banyak entry berkaitan keyword tu lagi tinggi seo kita akan berada diatas kan?
Abdul Halim Ismail Abdul Halim Ismail June 21, 2014
terima kasih tuan HH atas perkongsian yang menarik ini, maknanya kita kena tahu apa keyword yang orang nak cari baru kita tulis artikel tu? selalunya berapa panjang artikel yang google suka?
mama ka0ri mama ka0ri June 22, 2014
Terima kasih dgn perkongsian yg amat berguna ni...
Hasnieda Hasnieda August 30, 2014
Good article!... tq

Saya baru start belajar2 tentang SEO ni... sebelum ni buat entry main hentam jer.. hehee... hopefully lepas ni boleh apply teknik ni...
hpmurah2u hpmurah2u October 08, 2014
memang terbaik..tengah praktikkan atleast jadi top 20 search untuk satu-satu tajuk entri/keyword..
Erica belinda Erica belinda February 06, 2015
Terima kasih y gan atas info y ,maklum aku baru tahu ttng ini artikel

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.