Kadar Zakat Fitrah Seluruh Malaysia 1435H / 2014

Salam Ramadhan 1435H. Saya sukacita sekali ingin kongsikan kadar zakat fitrah bagi seluruh Malaysia untuk tahun 2014 bersamaan tahun 1435 Hijrah. Kadar zakat fitrah tahun 2014 kali ini tidak jauh bezanya dengan kadar zakat pada tahun 2013.

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri. Ia berbeza mengikut makanan ruji sesebuah tempat itu.

Kadar Zakat Fitrah Seluruh Malaysia 1435H / 2014

Kadar Zakat Fitrah 1435H
Bagi negeri Terengganu dan juga Johor, kadar zakat adalah berbeza mengikut bahagian di negeri-negeri tersebut.

Untuk semakan terkini kadar zakat di Terengganu, anda boleh semak di sini - Maidam
Untuk semakan terkini kadar zakat di Johor, anda boleh semak di sini - MAIJ

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:
“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya” – Riwayat Muslim 

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Kaunter zakat fitrah pandu lalu
Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5

Waktu Wajib

Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

Waktu Paling Afdal

Sebelum sembahyang Hari Raya

Waktu Sunat

Sepanjang bulan Ramadhan

Waktu Makruh

Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

Waktu Haram

Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.


2 comments.. read them below or add one

Admin Kereta Sewa Admin Kereta Sewa June 29, 2014
Rate lebih kurang sama antara negeri beza 0.50sen je insyaallah tahun ni kena bayar awal.

Entri terbaru saya dalam blog Harga Kereta Sewa
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN June 29, 2014
Hmm jangan jadi seperti saya dulu dulu, pernah hampir kena tampo sbb lambat bayo .,..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.