Kad Ucapan Hari Bapa Pertama Kali Dalam Hidup!

Terharu. Inilah pertama kali dalam hidup saya selama 3X tahun, dan selama 10 tahun menjadi bapa, saya menerima kad ucapan Selamat Hari Bapa. Serius. Saya tak sangka akan dapat kad ucapan tersebut daripada anak-anak dan isteri. Terima kasih kepada mereka yang menghargai.

Saya keluar. Saya mencari adunan dan bahan untuk isteri nak masak Pecal hari ini. Almaklumlah, dah berminggu ada sambal pecal yang isteri belikan yang memang sedap. Setelah sekian lama, kelmarin terdetik hati nak makan Pecal sedap.

Saya pun cari bahan-bahan sayuran untuk Pecal - Sengkuang, Kacang Panjang, Tempe dan Taugeh, sebagai tambahan bahan sebelum ini yang telah isteri sediakan - Kangkung, Pucuk Ubi Kayu dan Timun. Gunakan perencah Pecal buatan tempatan, siap mudah cepat Pecal sedap.

Kad Ucapan Selamat Hari Bapa Pertama Kali Dalam Hidup!

Oh ya, kad ucapan Selamat Hari Bapa hasil kreativiti anak sulong saya buat sendiri gunakan Microsoft Word. Isteri saya pun kagum yang anak sulong saya tu boleh buat kad ucapan sendiri. Alhamdulillah, turun gak bakat saya sikit-sikit pada anak-anak yang memang gemar melukis, mewarna dan design benda-benda macam ni.
Kad Ucapan Selamat Hari Bapa Pertama Kali Dalam Hidup!

Saya pun tak sangka sebenarnya.

Terima kasih pada Hasif Amri anak sulong saya yang dengan kreatifnya buat kad ucapan, dan terima kasih pada isteri saya yang selama ini berada di belakang saya, dan memberikan idea ini untuk anak saya berikan sesuatu sempena Hari Bapa.

Dan sementelaah itu juga, saya bacakan Al Fatihah buat arwah ayah saya yang pergi sebelum sempat melihat saya beristeri dan beranak pinak.

Al fatihah buat arwah abah - Marhum Hassan bin Hashim.


{ 12 comments.. read them below or add one }

timm bill timm bill June 15, 2014
happy father day bro HH!
aisyah ambris aisyah ambris June 15, 2014
Happy fathers day abg HH
Cik Matahariku Cik Matahariku June 15, 2014
Hpy fathers Day HH..:) semoga terus cemerlang dan murah rezeki sebagai Abah Blogger:)
tenku butang tenku butang June 15, 2014
Selamat hari bapa yea..
Eshamz Halim Eshamz Halim June 15, 2014
Wahhhh.... Selamat hari bapa wahai bro abah blogger.. semoga bertambah maju jaya walaupun skrg sdg berjaya...ekekekeke.. :D
Jia Rizaira Jia Rizaira June 15, 2014
Happy Father day bro HH...semoga bertambah hensem dan sihat selalu.
Entri terkini MINDAKABUR : Berangan Nak Jadi Perisik
Siti Anirah Azuri Siti Anirah Azuri June 16, 2014
Wah.. anak HH memang kreatif no.. :)
selamat hari bapa juga bro..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.