Langkau ke kandungan utama

Jadual Perlawanan Piala Dunia FIFA 2014 Waktu Malaysia

Jadual perlawanan Piala Dunia FIFA 2014 waktu Malaysia memang saya cari untuk ketahui waktu sebenar perlawanan bagi membolehkan saya tidak terlepas peluang menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan bolasepak terbaik dunia. Bagi yang bukan kaki bola tegar seperti saya, jadual ini membolehkan saya buat pilihan mana satu siaran langsung yang ingin saya tonton di RTM1.

Nasib baik saya jumpa blog yang memberikan jadual perlawanan Piala Dunia FIFA 2014 dalam waktu Malaysia. Jadi bolehlah saya berkongsi dengan rakan-rakan lain dan pengunjung blog ini supaya boleh tahu waktu tepat satu-satu perlawanan mendebarkan Piala Dunia 2014 ini.

FIFA 2014 Pasukan Belanda (Netherlands)


Daripada senarai pasukan bolasepak gergasi dunia FIFA 2014  yang berjaya ke peringkat pusingan akhir ini, saya memilih untuk menyokong pasukan Belanda, atau lebih tepat pasukan bolasepak Netherlands atau juga dikenali sebagai Holland.

Netherlands unik kerana negara kecil ini berada di bawah paras laut. Walaupun negara kecil, tetapi ia merupakan antara negara yang kaya dengan teknologi terkini. Banyak lagi aspek-aspek unik yang ada di negara oren ini, anda boleh Google sendiri jika mahu tahu .. hehehe..

Preview Pasukan Bolasepak FIFA 2014 Holland


Ok secara jujurnya saya tidaklah kenali semua pemain dalam pasukan Belanda ini, namun saya percaya ramai pemain berkualiti berada dalam pasukan yang gemar dikenali sebagai pasukan oren ini. Aha .. memang sesuailah tu, kena dengan tema warna blog ini yang menerapkan unsur-unsur warna oren.

Jadual Penuh Perlawanan Piala Dunia FIFA 2014 Waktu Malaysia

Jadual Perlawanan Piala Dunia FIFA 2014 Waktu Malaysia Jadual Perlawanan Piala Dunia FIFA 2014 Waktu Malaysia Jadual Perlawanan Piala Dunia FIFA 2014 Waktu Malaysia Jadual Perlawanan Piala Dunia FIFA 2014 Waktu Malaysia
Jadual penuh perlawanan FIFA 2014 Piala Dunia ini disediakan oleh MalaysiaTercinta.com.

Kepada yang ingin mengetahui keputusan terkini dan jaringan gol yang telah dibuat dalam kempen Piala Dunia FIFA 2014 ini, boleh memasang widget khas dalam blog masing-masing. Cara nak pasang widget boleh anda tengok di entri ini - Widget Keputusan LIVE Piala Dunia FIFA 2014

Pada yang tidak melanggan TV satelit berbayar atau hadapi masalah untuk streaming LIVE perlawanan bolasepak Piala Dunia ini, bolehlah jadi seperti saya yang menonton menerusi RTM1 secara percuma... hehehe...

Contest Piala Dunia FIFA 2014 USD100K

Jadual siaran langsung FIFA 2014 Piala Dunia di RTM1 boleh anda lihat seperti saya lampirkan di bawah ini.

Jadual Perlawanan Siaran Langsung Piala Dunia FIFA 2014 di RTM

Jadual Perlawanan Siaran Langsung Piala Dunia FIFA 2014 di RTM




Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. salam singgah. musim ni la banyak kedai makan tempek jadual perlawanan yg saiz poster tu ^_^

    BalasPadam
  2. Hehe masa game tuh agak kritikal time student rasenya ok lagi nk layan waktu tu, dah ada family pakat tengok siaran ulangan la jawabnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm saya lagi la, tak ada Astro, harap RTM1 je la nak tgk perlawanan, tapi widget keputusan LIVE FIFA 2014 dah ada dalam blog, senang sikit tahu keputusan terus lihat di situ.

      Padam
  3. Terbaik... senang nak set masa

    BalasPadam
  4. Pasukan pilihan saya BRAZIL....
    http://khudri2337.blogspot.com/2014/06/demam-piala-dunia-2014-kembali-mengegar.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... :) adakah nanti ada gol sendiri lagi dari Brazil?

      Padam
  5. Tanpa NamaJun 16, 2014

    ORanje3x!!!!!!..thanx bro for info...

    BalasPadam
  6. Terima kasih HH. Dah download, agak2 team
    mana la yang akan jadi juara tahun ini :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm orangje la menang .. hehehee

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…