Langkau ke kandungan utama
Ramadan 2017 Promo

4 Sebab Blog Saya Terbaik

Ada 4 sebab blog hasrulhassan.com ini merupakan blog terbaik. Saya nyatakan fakta tak boleh blah ini sebagai syarat untuk menyertai Pertandingan Blogku Terbaik yang dianjurkan oleh teaoais.com. Ramai juga blogger Malaysia yang telah menyertai pertandingan yang agak unik ini.

Hadiah yang ditawarkan juga akan lumayan, iaitu berupa wang tunai RM500 bagi tempat pertama, RM300 bagi tempat kedua dan RM100 untuk tempat ketiga. Pertandingan Blogku Terbaik ini juga memberikan saguhati hadiah bernilai RM10 untuk 10 pemenang.
hasrulhassan.com blog terbaik - pertandingan blogku terbaik

Pertandingan Blogku Terbaik Bersama Tea'O'Ais

Pertandingan Blogku Terbaik ini mengenakan syarat untuk saya bercerita mengapa saya perlu berkata ... "Blog saya blog yang terbaik". Uhh .. agak sukar sebenarnya untuk saya buat review sendiri mengenai blog ini dan kemudian gah-gahkan ia untuk bacaan anda semua. Bukan apa, takut nanti ada yang cebik bibir dan angkat kening; tanda rasa kurang setuju.

Tapi kata orang, jika diri sendiri tidak yakin dengan blog sendiri, bagaimana nak menjadi contoh terbaik kepada blogger lain? Dek kerana itulah, saya dengan bangganya berkata, blog ini adalah blog terbaik saya, apatah lagi ia hanya sebuah blog daripada platform percuma blogspot yang sebenarnya agak sukar nak bersaing dengan blog-blog yang lebih profesional daripada platform lain terutama hosting sendiri.

Saya mahu berikan anda 4 sebab mengapa saya katakan blog ini adalah blog terbaik. Nak setuju atau tidak, itu terpulang. Jika rasa betul dan benar, nanti bolehlah tunjukkan sokongan dengan LIKE dan Share entri ini ye ... tak susah mana, hanya klik benda warna biru di akhir entri ini ....

4 Sebab Blog HasrulHassan.com Terbaik

Ini Blog Blogspot

Blog hasrulhassan.com adalah terbaik disebabkan ia sebuah blog blogspot. Ini adalah antara sebab utama. Blog ini adalah sebuah blog blogspot; bukan blog hosting sendiri. Ia adalah blog yang menumpang ehsan blogger.com (blogspot.com). Ramai yang akan bangga dengan blog sendiri yang berbayar, yang ada nama domain terbaik dengan hosting yang dibayar setiap tahun sampai ada yang cecah ratusan ringgit. Tapi blog saya ini hanya perlu renew nama domain sahaja iaitu sebanyak RM34 setahun.

Cara saya menulis blog, buka dashboard, setting blog, buat SEO semuanya adalah merupakan asas-asas dan ilmu blog blogspot, bukan blog selainnya.

Mengapa ia penting dan dijadikan sebab utama menjadi alasan untuk jadi blog terbaik? Ok, baca sebab seterusnya pula.

Berada Rank Alexa 300 Ke Bawah Malaysia

Blog ini adalah terbaik sebab sebagai sebuah blog yang dibina atas asas blogspot yang percuma, berada di ranking trafik Alexa bawah 300 adalah sesuatu yang boleh saya banggakan. Bukan mudah. Malah, blog ini pernah berada di tangga bawah 150 ranking Alexa Malaysia; sesuatu yang sebelum ini saya tidak pernah terfikirkan pun. Rank Alexa penting untuk menunjukkan kekuatan sesebuah blog berdasarkan jumlah trafik dan juga jumlah backlinks.
Rank Alexa 142 Malaysia - 4 Sebab Blog Blogspot Saya Terbaik

Berada dalam 300 senarai blog dan laman web terbaik yang terima trafik antara paling tinggi di Malaysia menjadikan blog ini adalah blog terbaik.

Blog Berunsurkan Pendidikan dan Ilmu

Alhamdulillah, setakat ini saya boleh katakan bahawa blog ini telah berjaya membawa 'kejayaan' tersendiri buat blogger Malaysia. Walaupun tiada statistik atau bukti sebenar yang boleh saya tunjukkan., saya percaya ramai blogger Malaysia yang telah mendapat manfaat dengan membaca blog ini.

Bukan mudah sebuah blog yang berunsurkan pendidikan dan ilmu mendapat tempat di hati blogger Malaysia. Berada sebagai Top 3 Blog Pendidikan Pilihan MSMW 2013 adalah satu-satunya yang boleh menampakkan bahawa blog ini ada kualiti blog terbaik.
Panduan blogger hasrulhassan

Tiada lebih baik daripada membina dan menulis sebuah blog yang boleh sampaikan ilmu. Ilmu itu adalah saham-saham yang akan membawa keuntungan di masa hadapan. Jika lokek ilmu, maka ilmu itu akan hilang. Jika kita sudi kongsi, in Sha Allah, hidup akan jadi lebih berkat. Saya selalu ingat ... "Ilmu menjaga kau, dan kau menjaga harta". Mahu buat blog terbaik, pastikan ia boleh memberikan kebaikan kepada pengunjung dan pembaca, tak gitu?

Blog Yang Membantu Orang Lain

Dengan blog terbaik ini, saya boleh bantu orang lain. Saya bantu orang lain pasarkan produk dan servis menerusi peluang pengiklanan. Saya bantu orang lain untuk jana income dengan blog menerusi perkongsian program-program buat duit online yang sah dan berbaloi. Saya bantu blogger lain untuk capai impian dalam dunia blog. Saya bantu promosikan blog dan blogger baru.
hasrulhassan.com bantu ramai blogger baru berjaya

Semua ini saya lakukan menerusi penulisan di blog. Saya jadikan blog ini sebuah blog yang boleh membantu orang lain, samada secara langsung mahupun secara tidak langsung.

Menjadikan blog sebagai sebuah blog terbaik merupakan satu matlamat saya. Saya seperti anda juga mahukan kejayaan tersendiri dalam dunia blog Malaysia.

Setakat ini, blog yang saya anggap terbaik ini telahpun berjaya mencapai lebih daripada 6.5 juta pageviews sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2010. Blog ini merupakan blog terbaik pernah saya hasilkan dari pengalaman dunia blog saya yang tak semana pun sejak 2008. Alhamdulillah, blog yang saya anggap terbaik ini telah bantu ramai blogger Malaysia, yang lebih hebat daripada saya.

Komen-komen rakan blogger dan pembaca blog ini antara menjadikan lebih semangat untuk menulis. Malah sokongan rakan-rakan blogger telah bantu banyak menjadikan blog ini menjadi apa yang tercapai sekarang.
komen blogger mengenai hasrulhassan.com


hasrulhassan pakar seo malaysia - blog blogspot
Saya tahu ada banyak blog lain yang lebih baik daripada blog ini. Tetapi bagi saya; dari hasil usaha sendiri, dengan penat berjaga malam, dengan letih belajar ilmu blogging sana sini ... saya berbangga dengan kejayaan blog ini dan menjadi sebab ia adalah blog blogspot saya yang terbaik.

Psstt .. menerusi blog terbaik ini, saya juga dapat menang beberapa hadiah, baca sini - Hadiah Terbaik Sebagai Blogger

Ok. Selesai dah. Harap tak ada yang muntah hijau baca blog post ini. Tapi inilah hakikat dan sebab saya anggap blog ini blog terbaik. Nak setuju atau tidak, hak anda menentukan.

Terima kasih kerana membaca dari awal sehingga akhir entri. Terima kasih kerana memberikan sokongan. Dan .... akhir sekali, doakan saya menang Pertandingan Blogku Terbaik ini.

Pertandingan Blogku Terbaik adalah anjuran TeaOAis.com.




Komen Pembaca ...

  1. Balasan
    1. terima kasih ... :) memang boleh buat GA nanti ...

      Padam
  2. woww..satu review yg mengagumkan bro. dan bro layak dpt tmpt dlm kalangan blogger terbaik atas usaha yg telah bro jlnkan..jazakallah khair.

    BalasPadam
  3. perghhh HH mmg pakar SEO terbaik :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin. In Sha Allah ... sesiapa pun boleh menjadi pakar seo malaysia jika ada keazaman untuk belajar dan amalkan dalam penulisan di blog.

      Padam
  4. Balasan
    1. Terima kasih banyak-banyak kerana memberikan sokongan kepada saya ... saya amat hargainya.

      Padam
  5. Semoga usaha dan pengorbanan tuan memberi ilmu diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.. Amin Ya Rabb..

    BalasPadam
  6. tak nampak pun HH memegahkan blog sendiri, semuanya dengan bukti dan disampaikan dengan sederhana sekali, terbaik! dan semoga berjaya meraih hadiah utama ya.amin:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak-banyak AMinnn ... menang hadiah mungkin satu bonus buat saya,

      Padam
  7. tahniah blog sampai tahap yang sangat membanggakan, banyak nak kena belajar dari bro ni...

    BalasPadam
  8. Gudluck bro HH !! ameen ~

    BalasPadam
  9. terbaik dari tuan empunya blog.. dan terima kasih, kasutmerah banyak belajar dari sini jugak..

    BalasPadam
  10. Tuan Hasrul takde terbitkan ebook panduan SEO ke?
    Kalau ada,saya nak beli..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah sebenarnya nak terbitkan panduan SEO ini memandangkan hal SEO sering berubah ... kena tanya pihak Google ..:P

      Padam
  11. Tahniah Tuan HH atas kejayaan dan pembakar semangat kepada kami.Menarik entri ini. Banyak tunjuk ajar yang diberikan :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Azzahairi ... alhamdulillah, mana yang saya dapat kongsikan, saya kongsikan.

      Padam
  12. tahniah dan all the best ^_^

    BalasPadam
  13. tanpa segan dan silu saya setuju blog tuan adalah yang terbaik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hero Borneo, terima kasih atas sokongan yang diberikan.

      Padam
  14. Memang blog sifu ni blog terbaik. Banyak ilmu saya dapat dari sini. Walaupun kunjungan saya mungkin tak terbalas, namun saya tetap berkunjung ke mari bila berkelapangan. hehe... Mekasih sifu... :D

    BalasPadam
  15. Salam.

    Selamat Hari Raya. Tahniah bro!

    Kalau nak promote blog ni boleh la share link kat sini ye:
    http://free-unlimited-backlinks.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Buat Duit Dengan Lynk.my? Jana Income Tanpa Modal

Wow .. Gaji MYR 3,164 Sebagai Tukang Cuci di Singapore !!

Kesempatan Belajar Forex Trading Online