Saya ingin kongsikan satu lagi tips blogspot dan panduan menulis blog untuk anda. Ia berkaitan cara penulisan sebuah entri personal tetapi ada informasi dan boleh memberikan manfaat terbaik. Bukan apa, takut nanti ada blogger yang cap blog dan entri anda sebagai entri sampah yang hanya syok sendiri. Saya tahu, ada blogger yang beranggapan demikian, jadi supaya anda tidak kena cop dan cap oleh sesetengah blogger ini, maka saya berikan solusinya, in Sha Allah boleh diguna pakai.

Sebagai blogger yang ada blog bersifat personal atau peribadi, bagaimana anda nak tulis satu entri blog personal tetapi ada informasi untuk dimanfaatkan. Bukan satu cerita kosong tanpa ada satu benda yang boleh diguna-pakai dan membantu yang lain?
Cara Tulis Entri Blog Personal Tapi Berinformasi
Contoh Blog Personal - www.ziezah.com

Cara Tulis Entri Blog Personal Tapi Berinformasi

Ok, mudah sahaja.

Sebagai contoh, anda menulis mengenai kisah kecewanya anda dalam bercinta.

Anda boleh bercerita soal kisah hati duka lara anda segala bagai. Boleh je cerita anda menangis sedu sedan dari pagi sampai malam, tapi dalam entri tersebut, boleh sahaja anda selitkan doa untuk tenangkan hati, atau tips bagaimana nak redakan kegelisahan dan kesedihan. Boleh ikut cara anda atau anda kongsikan sahaja daripada sumber-sumber yang boleh menjadi rujukan sahih.
Cara Tulis Entri Blog Personal Tapi Berinformasi
Contoh Blog Personal - amysigadisweird.blogspot.com
Tak jelas lagi?

Sebagai contoh kedua, anda menulis mengenai anda tersesat jalan semasa nak pergi kenduri kahwin seorang rakan yang duduk ceruk kampung mana ntah.

Anda boleh cerita kisah perjalanan anda dari A sampai Z, cerita kawasan mana anda sesat larat sampai anda pening dan jadi risau. Boleh sahaja selitkan penggunaan teknologi yang anda guna dalam hadapi sesat larat tersebut, contohnya macam guna aplikasi Waze atau Google Maps sebagai contoh. Paling tidak, ada yang tak tahu boleh tahu ada aplikasi yang boleh guna untuk mencari jalan atau destinasi tertentu - walaupun hakikatnya kat tempat anda sesat tu tak ada line internet atau coverage telefon... hehehe...

Ok, satu lagi contoh.

Katakan anda menulis sebuah entri personal mengenai gelagat anak-anak anda bermain pasir di pantai. Anda boleh sahaja kongsikan peta ke pantai yang anda dengan anak-anak anda suka ria. Atau anda boleh berikan tips untuk para ibu bapa boleh bermain sama dengan anak-anak di pantai.

Berikan Nilai Kepada Pembaca

Anda boleh tulis secara terus atau boleh dalam bentuk point. Jadi, penulisan entri masih lagi bersifat personal, tetapi ada informasi yang boleh dimanfaatkan oleh sesiapa jua yang baca blog anda.

Tips menulis entri personal berinformasi ini saya dah pernah cerita, jadi entri kali ini bolehlah anggap sebagai tambahan perisa atau sebagai ulang ingat apa yang dah saya beritahu sebelum ini. In Sha Allah, dengan cara penulisan begini, entri anda lebih nilai kepada pembaca blog anda. Tiada akan ada lagi cakap-cakap mengatakan .. "Buat apa baca blog tu .. blog sampah je semata .. pui..."

Erkk .. aishhh .. tak jelas lagi ke camner nak tulis entri personal yang ada informasi ni?

Ok ... saya berikan satu tajuk entri dari blog rakan blogger ...
Harap dah jelas kot bagaimana nak tulis entri blog personal yang berinformasi.

In Sha Allah. Menulis biar memberikan sesuatu. jika tidak dapat segunung, berikan sebukit, jika tidak dapat sebukit, berilah sebusut .. jika tidak mampu berikan sebusut, cukuplah berikan hamparan butiran pasir.


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

28 Komen

Perkongsian yang menarik :) Boleh cuba.

Reply

Terima kasih .. cuba je .. in Sha Allah, akan nampak hasilnya dalam jangka panjang

Reply

Terima kasih berkongsi...harus dipraktikkan ni...

Reply

terima kasih bro hasrulhassan....tips yang sangat menarik dan berguna bagi blogger personal

Reply

terima kasih..satu panduan yang berguna nie tuan!

Reply

InsyaAllah boleh cuba buat camnie...tapi kadang2 terlepas pandang jugak jadi entri syok sendiri hehe...

Reply

PERKONGSIAN YG BAIK BRO HH :)

Reply

trima kasih atas perkongsian nie..sungguh bermanfaat buat Cik Nur :-)

Reply

terima kasih atas cadangan tersebut HH.. boleh apply lepas nih..:)

Reply

Sangat bagus dan mudah dimengerti penjelasan tentang bagaimana kita menulis entri blog personal yang berinformasi, terima kasih bro

Reply

erk.. terkejut ada gambar saya punya blog dekat sini. haha. thanks for the tips anyway. biasalah, kita manusia ni bila dah start menulis, kadang-kadang boleh melencong juga kan. kena selalu ingatkan diri.

Reply

Sama-sama, harap penerangan yang ada ini cukup jelas buat mereka yang mahu tahu cara penulisan terbaik bagi sebuah blog personal.

Reply

Melencong? Apa yang dipaparkan dalam sebuah blog personal, ada informasi adalah sesuatu yang bagus.

Reply

Alhamdulillah, semoga apa yang saya sampaikan ini dapat bantu Cik Nur hasilkan lebih banyak entri bersifat personal tetapi dalam masa sama beri manfaat kepada yang lain.

Reply

thanks for da tips mr HH^^

Reply

nice sharing..terima kasih :)

Reply

Terima ksih atas perkogsian Bro HH

Reply

Terima kasih HH perkongsian yg baik untuk blog personal/ entry personal. Boleh gunakan untuk entry berikutnya

Reply

itulah yang sedang saya fikirkan bila line celcom mula meragam.berusaha membuat entry yang berinformasi meskipun cuma blog personel.Thanks for this tips.

Reply

berguna sangat entry ni.. boleh majukan lagi dalm berblog. :)

Reply

Hai tuan...jika tuan inginkan contoh lagi pada masa akan datang, bolehlah ambil dari blog saya ya..sangat dialu-alukan...terima kasih tuan...

Reply

Perkongsian yang menarik. Tq for sharing. Lepas ni boleh tingkatkan usaha.. xD

Reply

Setuju! Entri kodong akan membuatkan hilang minat utk membaca

Reply

betul. penulisan dari hati lebih menarik daripada sharing macam robot. :)))

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.