20 Jun 2014

Cara Tukar Permalink untuk SEO Blogspot

Tips SEO Blogspot - Cara menukarkan permalink atau URL entri lebih mesra SEO. Saya ingin kongsikan satu tips berkaitan SEO (Search Engine Optimization) yang boleh anda gunakan. Teknik ini boleh anda gunakan samada untuk entri baru mahupun entri lama. Ia juga salah satu cara untuk anda tukarkan URL entri blog kepada URL yang lebih bermakna.

Cara Tukar Permalink untuk SEO Blogspot

Cara menukarkan permalink atau URL entri kadangkala perlu jika mahu ubah satu-satu entri lama menjadi entri yang ada ciri-ciri SEO, atau digunakan untuk entri-entri baru.

Langkah pertama yang perlu anda buat ialah dengan edit entri blog anda. Daripada dashboard blogspot anda, pilih entri yang anda mahu buat pembetulan atau ubahan ini. Klik edit yang ada pada senarai entri yang telah diterbitkan itu.

Untuk menukarkan permalink entri-entri lama atau yang telah diterbitkan, entri tersebut perlu ditukar menjadi draft. Klik butang Revert to Draft yang tersedia di bahagian tepi semasa anda berada di editor blogspot. Lihat contoh di bawah ini.
Cara Tukar Permalink untuk SEO Blogspot
Setelah anda klik Revert to Draft, bahagian permalink seperti di bawah akan kelihatan. Anda kini sudah boleh menukar URL entri tersebut dengan URL yang lebih mesra SEO. URL yang mesra SEO mesti menggunakan kata kunci yang anda mahu untuk enjin carian letakkan entri ini di halaman mereka.
Cara Tukar Permalink untuk SEO Blogspot

Selepas anda ubah permalink, boleh tekan butang Publish untuk membolehkan entri tersebut dipaparkan kembali di blog dengan URL entri yang baru.

Kekurangan dan Keburukan

Peringatan, cara ini juga akan mewujudkan broken link atau dead link dalam blog serta dalam enjin carian (jika entri telah berada dalam enjin carian). Ia juga akan menyebabkan Error 404.

Jadi, setelah anda melakukan ubahsuaian URL terhadap entri-entri lama untuk tujuan SEO, anda disarankan supaya hantar sitemap blog anda semula ke enjin carian dan juga menerusi Google Webmaster Tools. Ping URL blog anda di servis ping seperti Auto-Ping, FeedShark dan sebagainya untuk menambah kebarangkalian dead link dikeluarkan dari enjin carian.

Jika anda menggunakan linkwithin, nrelate atau outbrain sebagai pembina linking dalaman, sila login kembali ke akaun anda, dan buat reindeks.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda. Banyak lagi perkongsian ilmu berkaitan SEO blogspot boleh anda baca. Senarai entri-entri lain yang berkaitan ada di akhir entri ini, boleh dijadikan pembacaan susulan anda jika mahu.


Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

11 Komen Cara Tukar Permalink untuk SEO Blogspot

Tapi dengan menukar entri lama kepada permalink baru akan menyebabkan error kepada url link entri lama dan ianya tidak bagus untuk SEO pula. HH kena beritahu sekali bagaimana nak hapuskan url link lama dari di indeks oleh enjin carian. Sekadar pandangan.... :)

Tuan, kenapa dah tak ada list entri terbaru di sidebar? ianya amat berguna buat saya...

Deadlink setakat apa yang saya tahu tiada kesan untuk SEO, tetapi memberikan kesan kepada tingkahlaku pengunjung. Pengunjung boleh rasa kecewa dan klik pangkah, yang secara langsung memberikan efek kepada bounce rate blog.

:)

Jika ia ada kesan pun, ia disebabkan oleh internal link yang kita lakukan kepada setiap link tersebut. Jika guna linkwithin atau nrelate, masalah boleh selesai dengan reindeks balik entri2 ... dan ping semula rss dan sitemap blog ke enjin carian.

tapi saya rasa total pageview pada post tersebut akan jdi 0 kan?

http://seindahcintawanie.blogspot.com

Assalammualaikum... bro HH,

terima kasih ilmu nie... pernah buat dan pernah mengalami kesannya.. dan byk setting yang perlu dibuat..

mselim3

Salam Tuan,

Maaf nak bertanya,

" Jika anda menggunakan linkwithin, nrelate atau outbrain sebagai pembina linking dalaman, sila login kembali ke akaun anda, dan buat reindeks "

Boleh terangkan sedikit bagaimana caranya untuk buat reindeks? Terima kasih :-)

Jika dalam akaun nrelate atau outbrain, ada fungsi reindeks entri-entri blog. Klik butang disediakan dalam dashboard mereka, dan ia akan buat automatik, jika entri banyak, ia akan ambil masa berhari2.

jika untuk linkwithin.Anda buang dulu linkwithin selama 3 hari ... dan kemudian pasang balik.

Salah satu cara alternatif lain untuk reindeks ialah gunakan Google Webmaster Tools, ada submit Sitemap, gunakan fungsi tu untuk resubmit/reindeks. Ia akan buang link yang tidak wujud dan perbetulkan fungsian linkwithin ..etc yang secara amnya guna rss untuk capai entri.

Alhamdulillah.. dapat juga tahu camana nak edit permalink..
TQ HH..


EmoticonEmoticon