Salah satu cara untuk membolehkan blog anda memaksimakan iklan-iklan ialah dengan memasang widget khas untuk iklan. Antara widget yang popular ramai blogger gunakan ialah dengan memasang iklan di blog dengan teknik pop-up windows.

Teknik ini digunakan agar tidak ganggu paparan di blog anda. Secara automatik, iklan akan keluar di satu windows lain atau dengan kata lain, akan terbit satu pelayar internet yang tidak menghalang blog anda.
Cara Pasang Pop Up Iklan Windows

Cara Pasang Pop Up Iklan Windows dalam Blogspot

Teknik ini juga banyak digunakan oleh platform pengiklanan seperti H12 Media Ads, PopAds dan beberapa yang lain. Kini, anda boleh gunakan teknik yang serupa untuk pengiklanan sendiri anda, contohnya untuk mewar-warkan mengenai giveaway atau mungkin sponsored post.

Mudah sahaja, hanya copy-paste kod HTML di bawah ini dan letakkan sebagai widget di blog.

Jangan lupa untuk letakkan URL IKLAN yang telah disediakan. Saya hadkan pilihan hanya dua jenis atau bentuk iklan pop up yang akan keluar setiap kali pengunjung singgah ke blog anda. Kalau mahu letak lebih, hanya salin bahagian popurls = 'URL IKLAN' dan tambah pada jujukan yang disediakan tu.

Namun, saya juga nak ingatkan bahawa bukan semua pengunjung suka dengan teknik ini. Anda yang merasakan sangat jengkel apabila tanpa diminta keluar iklan secara tiba-tiba di skrin komputer walaupun adakala si pengunjung tak sedar pun ia keluar dek kerana singgah di blog anda.

Apapun, saya kongsikan kepada anda supaya anda boleh gunakan dengan cara terbaik.

Jangan lupa ehh berikan sedikit kredit untuk entri ini dengan kongsi pada kawan-kawan anda yang mungkin cari teknik nak tambah income menerusi iklan di blog.

Selamat mencuba.


1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement