Cara Buat FB Fanpage Like Latar Gelap - Saya mahu kongsikan kepada rakan blogger bagaimana nak buat pop up Facebook Fanpage Like yang berlatar gelap bagi menambah jumlah like pada FB fanpage blog. Cara ini saya kongsikan atas permintaan ramai blogger baru yang sudah mula berjinak untuk mempunyai fanpage blog sendiri di Facebook.

Oh ya, sebelum itu, jangan lupa ehh untuk Like FB Fanpage blog ini dulu ye, alaa .. sebagai tanda penghargaan kat saya yang kongsikan cara buat FB Fanpage Like latar gelap ni... boleh kan?

Cara dan Teknik Buat FB Fanpage Like Latar Gelap

Teknik ini antara cara berkesan untuk tambah Like pada FB Fanpage blog anda. Saya menggunakannya untuk blog ini, dan lihat hasil yang telah diberikan menerusi widget ini, seperti ditunjukkan di bawah.
Cara Buat FB Fanpage Like Latar Gelap

Caranya cukup mudah, dan in Sha Allah, saya permudahkan lagi untuk anda.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah salin kod HTML yang saya berikan di bawah ini, dan letakkan di dalam blogspot anda. Untuk letakkan kod HTML ini ada dua cara, samada anda letak di dalam HTML blogspot anda iaitu di bahagian Template - Edit HTML atau dengan hanya Add HTML/Javascript menerusi widget blogspot.

Sebelum anda gunakan widget ini, pastikan anda telah menukar URL-FACEBOOK-FANPAGE dengan url milik anda, contohnya seperti ini - http://www.facebook.com/bloghasrulhassan

Mudah je kan?

Antara kelebihan menggunakan cara buat FB Fanpage Like latar gelap ini ialah;
  • Tiada pemasa digunakan untuk paksa pengunjung Like Fanpage anda. Sesetengah pengunjung rasa tersinggung dengan adanya pemasa ini; contoh Wait 200 secs.
  • Ada fungsi pangkah jika pengunjung tidak mahu Like. Ia berikan ketelusan dan kebebasan buat pengunjung blog untuk buat pilihan.
  • Latar belakang digelapkan.
  • Pop up ini tidak akan muncul berulang dalam tempoh 7 hari untuk pengunjung yang sama.
  • Pop up ini juga tidak akan berfungsi jika pengunjung belum login ke akaun FB.
  • Rekabentuk lebih menarik selain kedudukannya yang berada di tengah-tengah blog anda.
  • Tidak ganggu SEO blogspot anda.

Semoga perkongsian mengenai cara membuat pop up FB Fanpage Like ini boleh anda manfaatkan dengan sebaiknya, in Sha Allah.

Selamat mencuba.



Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement