Ini merupakan tips blogspot. Saya mahu jawab persoalan yang bermain di fikiran rakan blogger - "Boleh berjaya ke buat blog personal?". Saya dengan ringkas dan yakin, "Ya, boleh!". Blog personal boleh berjaya sepertimana blog-blog lain, malah saya boleh katakan ... blog personal ada peluang sangat cerah untuk berjaya. Mengapa? Boleh baca blog post saya ini sehingga habis, dan kemudian boleh kongsikan pula pendapat anda. Blog anda, boleh menjadi best personal blog!

Boleh Berjaya Ke Buat Blog Personal?

Boleh berjaya ke buat blog personal? Sebenarnya apa yang anda ukur sebagai kejayaan? Jika anda buat blog untuk jana income, in Sha Allah ... anda boleh jana income online pertama anda menerusi blog kurang daripada sehari! Ini saya pasti. Mengapa saya begitu pasti? Sebab saya sendiri dah berjaya buat ... mengapa anda tidak?
Boleh Berjaya Ke Buat Blog Personal?
Blog personal boleh berjaya dengan cara tersendiri. Seperti awal saya beritahu, apakah kayu pengukur yang anda gunakan untuk menunjukkan sebuah blog personal itu berjaya?

Jika mahu blog ada pengikut ramai. Saya sendiri dah berikan tips dan panduan yang mudah untuk dapatkan pengikut blog yang ramai dalam masa singkat. Bagaimana caranya? Anda boleh gunakan sendiri kotak carian yang sudah saya sediakan di bahagian atas blog ini. Anda rajin, anda cari. Saya berani jamin, anda boleh dapat sekurang-kurang 10 pengikut blog kurang daripada 24 jam. Malah, anda boleh dapat lebih dari itu untuk blog anda!

Jika mahu blog anda berada di dalam majalah, saya sendiri pernah berikan panduan untuk blog anda muncul di dalam majalah. Serius, sekarang amat mudah blog nak masuk majalah. Tak dapat paparan satu muka surat, dapat paparan cinonet di penjuru majalah pun dah kira sebagai blog dah masuk majalah. Dan anda boleh ambil gambar dan tempek dalam blog sebagai tanda satu kejayaan buat blog anda.

Jika mahu blog jana income .. errr ok, saya dah bagitahu tadi, memang boleh. Tak susah. Anda boleh dapatkan sen pertama anda dengan sangat mudah hanya dengan tempek gambar atau tulis satu baris ayat sahaja dalam entri blog anda!

Mahu masuk dalam TV? Boleh. Tak mustahil, malah ramai blogger blog personal yang dah keluar masuk TV pun, malah ada yang dah jadi pelakon pun. Tak caya? Anda boleh sekali lagi guna kotak carian di blog ini dan melihat siapakah blogger yang saya maksudkan.

Mahu blog dapat anugerah? In Sha Allah boleh. Jika anda rajin, in Sha Allah boleh. Sebab, ada blogger yang sebelum ini tak ketahuan pun siapa, dan apa blognya, sudah dikenali hanya kerana masuk ke dalam sebuah program anugerah untuk blogger. Tak perlu saya nyatakan siapa, ramai je blog personal yang berjaya buat begitu.

Memang boleh berjaya buat blog personal. Masalahnya sekarang, cukupkah usaha anda untuk mencapai kejayaan tersebut?

Kejayaan bukan datang bergolek, dan bukan datang dalam bentuk yang mudah. Anda harus earn it ... bukan dapat seperti bulan jatuh ke riba.

Usaha tanpa jemu. Semua kejayaan yang anda mahu ukur untuk blog anda perlukan usaha. Sejauh mana usaha anda itu yang akan memberikan hasil apa yang anda mahukan.

Tak kiralah blog anda apa jua pun, in Sha Allah ... telah ada jalan, cuma anda harus tahu mencari dan menggunakan sebaik mungkin jalan tersebut.




14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Balasan
    1. Terima kasih kerana berkongsi dengan rakan-rakan yang lain.

      Padam
  2. betul2 HH...kalau nak berjaya mcm HH kata tu tapi malas nak buat benda2 penting camna nak boleh macam orang lain...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, buat blog memang mudah, tetapi nak jadikan ia sebuah blog berjaya tu yang ambil masa.

      Padam
  3. Eh caption gambar tu, pemilik blog Denaihati Khairul Anam? Bukan ke Anam pemilik anarm.net? Ke saya yg tertinggal keretapi :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mereka dalam satu team. :) Team Denaihati.

      Padam
  4. Terima kasih atas perkongsian. Tengah terfikir nak buat personal blog

    BalasPadam
  5. kena usaha lebih lagi nih..:)

    BalasPadam
  6. Jadikan panduan untu diri sndiri.

    BalasPadam
  7. ada unsur-unsur motivasi yang mesti diambil tahu..

    BalasPadam
  8. sy yakin boleh berjaya dgn ilmu dan strategi yg betul, sy pun masih berusaha

    BalasPadam
  9. Terima kasih kongsikan..kalau betul2 nak,memang boleh sgt la kan..hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement