Blogger Lelaki Tak Suka Glamor

Betul atau tidak andai saya katakan bahawa blogger lelaki tak suka glamor? Saya harap akan ada komen-komen membina yang boleh dikongsikan di akhir entri ini nanti. Saya tahu ramai yang ada pendapat lagi bernas nak diketengahkan. Tapi sebelum itu, boleh baca pandangan dan pendapat 20 sen saya, tak suka tak mengapa, tapi harapnya ia dibaca. Suka ... Like je. :)

Blogger lelaki tak suka glamor. Ramai blogger lelaki ada yang simpan kuku dalam gengam tangan. Mereka ini kebanyakkan blogger underground. Mereka lebih suka tampil berjaya dengan hasil penulisan, dan income berganda-ganda daripada blog mereka. Jarang mereka buka rahsia kejayaan, tetapi lebih kepada membuktikan dalam diam.

Blogger Lelaki Kebanyakkan Tak Suka Glamor

Blogger Lelaki Tak Suka Glamor
Blogger lelaki tak suka glamor, itu sebab blogger lelaki jarang ada gambar dalam blog entri mereka. Lebih pentingkan penulisan dari gambar diri mereka yang sana sini selfie (walaupun ada yang gila buat).

Dan saya boleh katakan ramai yang gunakan profile yang tak berapa nak jelas, nama samaran yang pelik-pelik dan ada yang muncul sebagai bukan seorang lelaki.

Blogger lelaki tak suka glamor tapi jika mereka diberikan perhatian, ada yang mungkin senyum lebar.

Blogger lelaki tak suka glamor, itu sebab mereka tak kisah pun blog tak ada pengikut, dan tak kesah pun blog mereka tak menang anugerah atau diberikan perhatian dalam dunia blog Malaysia.

Tapi ...

Dalam dunia blog Malaysia, blogger lelaki jugalah yang banyak buat onar. Maaf kata, ada yang tak mahu glamor kerana mereka mahu bercerita sesuatu yang akan membuatkan mereka dibenci dan tidak digemari. Mereka sorok identiti kerana tidak mahu dipertangungjawabkan.

Ya, memang mereka tidak mahu glamor tetapi ... ada tindakan mereka itu cetus kontroversi, malah ada yang melaga-lagakan dan ada pula bersifat fitnah. Mereka blogger lelaki yang suka kejar trafik blog dan lihat angka pageviews bertambah beribu-ribu setiap hari.

Tak suka glamor .... tapi ada benda lain yang mereka mahukan.

Beza dengan blogger wanita ... beza apa? Boleh baca semula dan bandingkan sendiri.


{ 12 comments.. read them below or add one }

Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim June 02, 2014
Diri saya suka glamour tapi tak dapat pun jadi glamour...mungkin bukan rezeki... Bukan senang nak jadi glamour macam anda, Ben atau Mak Dara..
nurfaizuddin fuad nurfaizuddin fuad June 02, 2014
ramai yang guna nickname
BM BM June 02, 2014
Glamor...oh tidak, cukuplah dikenali dgn nama ini. Tapi sikit2 dah mula dedahkan identiti...
Cukuplah hanya melihat HH yg dah glamor... :)
Hapiz Rahman Hapiz Rahman June 03, 2014
Low profil. Hihi

Like http://facebook.com/ouofmindblog utk byk info nenarik!
Mohd Lokman Bin Ramli Mohd Lokman Bin Ramli June 03, 2014
Tak glamour tak apa, asalkan apa yang kita kongsi itu berguna kepada semua orang, terutamanya diri kita sendiri. ^_^
adi junaidi adi junaidi June 03, 2014
orang tak glamour takpa, entry glamour cantik
Fadzi Razak Fadzi Razak June 03, 2014
tak suke glamor sebab segan. buat blog ni pun senyap2 tak bagitahu kengkawan. hahahah
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN June 04, 2014
Hahaha .. saya glamor? Glamor la sangat ... tak sapa pun kenal saya BM weihhh...
deno deno June 04, 2014
glamor? Yang deno kenal blogger lelaki glamor mr. HH, Ben Ashaari, Papamifz.. Emm dah lupa dah.. heee^^
Nasrul Muhaimin Ariff Nasrul Muhaimin Ariff June 04, 2014
yea btul... menulis skdr nk highlight words... bukan nk highlight diri... :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.