30 Jun 2014

Bertanyalah Jika Mahu Masuk Syurga

Kena ajar anak-anak kita untuk sering bertanya, bukan setakat hal akademik, tetapi bertanya bagaimana mahu masuk syurga Allah S.W.T. Ramai ibubapa yang abaikan perkara ini, iaitu menanam minat anak-anak untuk mencari syurga Allah S.W.T yang hakiki.

Saya terlintas untuk menulis perkara ini apabila hadir ke majlis penyerahan kad laporan pencapaian akademik anak saya di sekolah. Saya tertarik apabila guru-guru di sekolah itu menekankan soal masuk syurga dengan adanya ilmu. Hebat bukan? Guru yang sampaikan akademik tetapi pada masa sama buatkan pelajar-pelajar mahu masuk syurga!

Ajari Anak-Anak Untuk Bertanya Cara Masuk Syurga

Bertanyalah Jika Mahu Masuk Syurga
Saya bukan seorang bapa super hebat dan sempurna, tetapi tidakkah seorang bapa mahukan anak-anaknya masuk syurga dan mendapat kebaikan dunia akhirat? Dari kita berkorban kepada sesuatu yang kurang kekal untuk anak-anak, adalah lebih baik kita korbankan untuk sesuatu yang nyata pasti.

Sebagai ibu bapa, seharusnya kena didik anak supaya sentiasa bertanya perihal ini; cara nak masuk syurga Allah S.W.T dan mendapat kebaikan dunia serta akhirat. Untuk bolehkan mereka bertanya, maka ibu bapa kenalah dulu mula bertanya ...
Bertanyalah Jika Mahu Masuk Syurga
"Adik, adik tau tak kat syurga tu ada gula-gula besarrrr .. "
"Ye ke abah?"
"Hmm besaarrr .. sehari makan pun takkan habis tau adikkk .... sedappp sangat.."
"Macamana abah nak dapat gula-gula besar tu abah?"
"Adik kenala belajar untuk masuk syurga ... "
"Yey yey adik nak masuk syurga .. nak masuk syurga dengan abah .."
"Nak masuk syurga, kena belajar satu doa dulu .."

Video Si Udin Bertanya



Kita juga walaupun umur dah lanjut usia, jika benar masuk syurga Allah S.W.T; maka jangan segan untuk bertanya, hatta kepada mereka yang jauh lebih muda belia dari kita. Tak salah bertanya.

Zaman sekarang, ramai dah kurang bertanya. Semua lebih selesa belajar sendiri tanpa gurunya; semua lebih suka mencari informasi menerusi Google dan internet. Dan akibatnya; anda yang tak khatam, sasar jauh, tak capai matlamat ... dan paling takutnya; terbelajar benda yang sesat!

Bertanyalah jika mahu masuk syurga, sepertimana si Udin dalam klip video di atas.... best tak lagu tu? Lagu ni kegemaran kami anak beranak. Kalau masuk dalam kereta, pasti putar dan kami berdendang dondang dengan lagu Si Udin Bertanya dari Wali Band.

Lirik Si Udin Bertanya - Wali Band

Si Udin datang kepadaku
Saat itu malam pukul tujuh
Dia bertanya doa bahagia
Ku jawab inilah doanya

Korus:

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Lalu esoknya si Udin lagi bertanya
Apa doa agar masuk surga
Dan ku jawab "ente banyaq tanya"
Baiklah ini pun doanya

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Semoga perkongsian kisah Abah Blogger ini memberikan manfaat buat semua. In Sha Allah.

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

14 Komen Bertanyalah Jika Mahu Masuk Syurga

terima kasih di atas perkongsian dan juga entri peringatan ini abang HH...

Betul tu.. Sendiri pun kadang pandai terlalai juga.. Apa tidaknya terpengaruh dengan dunia persekitaran.. Bagus kita ada untuk saling ingat mengingati..

Bagus nyer si udin. Eloklah ada peringatan macam ni, supaya kita tak leka dan lalai dengan dunia saje.

insyallah akan di praktikkan untuk anak kalau ada jodoh la...

Peringatan yang baik untuk kita semua.

terima kasih atas peringatan nie bro HH...semoga entry ini akan memberi manfaat kepada kita semua...

Regards,
-Strider-

Betul tu abg HH. Muda ke tua ke, jangan malu jangan segan untuk bertanya. Malu bertanya, sesat jalan kan kan. InsyaAllah terima kasih atas perkongsian

Terima kasih perkongsian ini bro HH. Kena timbulkan minat kepada anak-anak tentang syurga jugakan.

memang kena praktikkan dari awal... dari mereka masih rebung... kalau dah jadi buluh... susah..

proses pembelajaran tu perlu bertanya . malu bertanya kan sesat ...

Salam Ramadhan.. perkongsian yg baik utk peringatan & renungan bersama. T kasih.
Selamat menjalani ibadah puasa HH.. :)

InsyaAllah jika Sha diberikan rezeki anak, Sha akan praktikkan perkongsian Abang Hasrul ni :) thx.

Jom LIKE si Udin ni .. :)


EmoticonEmoticon