Al Fatihah Buat Martias Mohd Ali

Al Fatihah Buat Martias Mohd Ali, pengarah dan penulis skrip meninggal dunia akibat kanser darah, Puisi terakhir Martias Ali

Tanpa disangka-sangka, satu perkhabaran penuh hiba menjengah ke pengetahuan saya. Al fatihah buat suami rakan blogger +adzairdawati makdara pemilik blog - Bicara Mak Dara; iaitu pengarah dan penulis skrip hebat Martias Ali. Arwah Martias Ali telah meninggal dunia akibat kanser darah tahap 4 pada Jumaat, 29 Mei 2014 jam 10:43 malam.

Takziah Buat Keluarga Rakan Blogger Mak Dara

Secara peribadi, saya tidak begitu mengenali arwah, tetapi kami pernah bersua, bersalaman dan bertanya khabar semasa hadir ke Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 bersama isterinya, Puan Adza Irdawati. Dan seingat saya, ada gambar kenangan kami bertiga. Dalam pertemuan serba singkat itu, saya sempat bertanyakan akan kesihatan arwah ketika itu yang sebenarnya baru 'sihat' daripada masalah kesihatan.

Untuk info, arwah Martias Ali juga ada blog cuma tak aktif, blog Martias Ali - Klik Sini
Al Fatihah Buat Martias Mohd Ali
Saya bersama Mak Dara di SBB2014
Pasangan ini memang cukup romantik, dan inilah antara kekaguman saya. Saya pasti pemergiaan Martias Ali meninggalkan satu ruang kosong dalam hati buat Puan Adza Irdawati (Mak Dara). Apapun, saya mendoakan segala yang terbaik buat arwah dan juga rakan blogger Mak Dara.

Martias Ali, nama yang cukup sinonim dalam industri perfileman dan drama di Malaysia. Beliau seorang penulis yang cukup hebat, antara skrip dramanya yang popular ialah Hari-hari Terakhir Seorang Perempuan, Zaharul VS Zarina, Drama bersiri Idris Beca, Sitkom Suasana, Air Mata Papa, Aidilfitri Dibulan Syaban, Manaf Astro, Nek Nak, Fobia, Merdeka Ajit Merdeka Ajis, Merahnya Biru, Buku Lama Diari Baru dan banyak lagi.
Martias Ali sebagai pengarah filem
Dramanya yang berjudul Hari-hari Terakhir Seorang Perempuan berjaya memenangi Anugerah Drama Terbaik Anugerah Seri Angkasa dan juga calon finalis Anugerah Skrin TV3.

Mungkin ada yang tidak tahu, arwah bukan sahaja seorang pengarah dan penulis skrip berbakat, tetapi juga seorang backpackers yang berpengalaman. Bagi mereka yang gemar melancong dalam keadaan serba serbi simple, pasti akan mengenali beliau yang aktif dalam Kelab Backpackers Malaysia. Ada beberapa catatan pengalaman arwah pernah ditampilkan dalam akhbar dan juga majalah. Moga ilmu, pengalaman arwah sebagai seorang pengembara dan juga Presiden Kelab Backpackers akan digunapakai ramai, in Sha Allah oleh semua backpackers Malaysia.
Martias Ali - aktif backpackers Malaysia
Saya sukacita ingin kongsikan satu penulisan terakhir arwah yang ditulis semasa berada di wad Hospital Ampang. Ia merupakan sebuah puisi bertajuk Ujian. Semoga kita semua hadam dalam-dalam bait ayat yang penuh makna ini sebagai pedoman buat kita semua.

UJIAN

Ujian UPSR bakal tiba
Sekitar September
Ujian PMR bakal tiba
Sekitar Oktober
Ujian SPM bakal tiba
Sekitar November
Ujian STPM bakal tiba
Sekitar bulan November
Ujian semestar bakal tiba
Semua tahu bila tarikhnya
Ujian memandu
Juga semua tahu tarikhnya

Nah apa juga ujian yang dirancang manusia
Telah tertulis tarikh dan waktu
Telah tertulis tepat dan nyata
Maka segala persediaan telah di buat
Maka segala strategi telah di atur
Segala ujian diharungi dengan sempurna

Bagaimana pula sengan ujian Allah SWT
Tahukah kita bila waktunya
Tahukah kita bila tarikhnya

Apakah kita sudah bersedia menerima
Ujian ujian Allah SWT disaat kita alfa

Ingatlah semua
Ujian Allah SWT pasti datang juga.

Martias Ali
25.05.2014

Hospital Ampang.

Di saat akhir, arwah Martias Ali masih sempat meninggalkan sesuatu yang baik untuk kita yang hidup memikirkannya. Inilah jiwa murni yang patut kita ikuti akan kebaikan yang disampaikan.

Al Fatihah Buat Martias Mohd Ali

Akhir kalam, saya dan keluarga menyampaikan salam takziah buat keluarga Mak Dara dan al fatihah buat arwah Martias Ali. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman, beramal soleh dan mendapat tempat sebaik-baiknya di sisi Allah S.W.T. Buat seisi keluarga puan Adza Irdawati, tabahkan hati dengan ujian Allah ini, saya tahu kekuatan Mak Dara akan mampu menghadapinya walau perit dan terasa kehilangan.

Segala kredit gambar dan puisi adalah dari Facebook Mak Dara.


COMMENTS

BLOGGER: 14
Loading...
Rahsia Lulus Temuduga Kerja
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,122,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,363,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,299,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,42,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,53,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,622,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,577,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,9,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,33,Kekeluargaan,87,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,83,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,295,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,354,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,60,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,492,Semesti,2,SENI,3,Shopping,114,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,176,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,98,Tips Blogging,314,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,52,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,125,Video Best,37,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,108,Work From Home,13,
ltr
item
Lifestyle, Family, Shopping - HASRULHASSAN.COM™: Al Fatihah Buat Martias Mohd Ali
Al Fatihah Buat Martias Mohd Ali
Al Fatihah Buat Martias Mohd Ali, pengarah dan penulis skrip meninggal dunia akibat kanser darah, Puisi terakhir Martias Ali
http://3.bp.blogspot.com/-WjJKmvEjWe8/U4r92RYanlI/AAAAAAAA2vo/p1WW2LrkxjE/s1600/martias-ali.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-WjJKmvEjWe8/U4r92RYanlI/AAAAAAAA2vo/p1WW2LrkxjE/s72-c/martias-ali.jpg
Lifestyle, Family, Shopping - HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2014/06/al-fatihah-buat-martias-mohd-ali.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2014/06/al-fatihah-buat-martias-mohd-ali.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy