5 Cara Memasukkan Video Dalam Entri

Ada rakan blogger bertanyakan kepada saya, tak bolehkah masukkan video terus ke dalam entri blog menerusi editor blogspot? Pertanyaan itu ada ditinggalkan kepada saya menerusi ruangan komen di entri Teknik Betul Kongsi Video YouTube Dalam Blog Sebenarnya boleh je, tak ada masalah, cuma ada sedikit kekangan ... nanti saya ceritakan lebih lanjut dalam entri ini.

Buat yang tidak tahu, ada 5 cara untuk anda memasukkan video ke dalam entri atau blog post anda. Semuanya sangat mudah kerana editor blogspot sendiri memudahkannya. Jika anda belum mencuba, anda seharusnya buat sekarang untuk melihat impaknya kepada blog anda.

5 Cara Memasukkan Video Dalam Entri

Anda boleh memasukkan video ke dalam entri blog melalui 5 kaedah atau cara. Semuanya mudah, hanya main klik ... klik satu persatu.

Cara #1 - Masukkan Video Dari Sumber Dalam Komputer Anda

Anda perlu klik upload, dan kekotak seperti di bawah akan muncul, anda pilih samada rakaman video anda, atau video yang telah anda simpan di komputer untuk dimuat-naik ke dalam entri anda. Proses ini memakan masa jika video itu bersaiz besar. Anda boleh terus menulis entri, sewaktu proses ini dilakukan, satu notifikasi akan keluar apabila proses ini selesai. Disarankan anda lihat preview dahulu untuk lihat hasilnya.
Masukan video dari komputer

Cara #2 -  Masukkan Video Dari Sumber YouTube

Cara mudah mencari video yang anda minat daripada sumber YouTube, tanpa perlu buka halaman YouTube. Anda carian kata kunci atau video yang anda mahu dimasukkan ke dalam entri, pilih dan wallaaaaa .. siap tersedia di dalam blog anda. Selalunya saiz video YouTube tersedia mengikut default yang disediakan dalam YouTube. Kemungkinan saiz akan jadi lebih besar dari saiz blog post anda. :)
Masukkan Video dari YouTube

Cara #3 -  Masukkan Video Dari Sumber Channel YouTube Sendiri

Jika anda mempunyai channel atau saluran YouTube sendiri, anda boleh masukkan ke dalam blog post anda. Saya sendiri gunakan teknik ini untuk ketengahkan cara saya buat review sesuatu produk menggunakan video. Blog anda dapat trafik, channel YouTube anda dapat hits. Dan paling menarik, pengunjung akan tahu kebolehan anda bikin video sendiri yang sangat sangat bagus untuk pengiklanan berbentuk advertorial.
Masukkan video dari akaun YouTube atau Channel YouTube

Cara #4 - Masukkan Video Dari Telefon Pintar Android 

Satu kelebihan buat pengguna telefon Android. Anda boleh kongsikan terus video yang anda rakamkan di telefon pintar anda, dan jadikan ia entri. Anda tidak perlu download ke pc. Hanya enable fungsi ini di dalam telefon anda, semuanya akan jadi mudah. Tapi awas, seandainya anda terpadam video dan gambar dalam telefon Android yang telah ada login akaun Google anda, video dan gambar dalam blog juga akan terhapus sekali.
Masukkan video menerusi telefon pintar android

Cara #5 - Masukkan Video Dari Rakaman Terus Web Cam

Jika ada kamera online atau web cam di komputer, cara ini memang bagus sekali. Sesuai untuk mereka yang berniaga online, boleh terus paparkan produk dengan video menerusi rakaman terus dari web cam. Ia juga bagus untuk blogger-blogger yang mahu nampak 'hidup' menerusi blog. Salah satu keunikkan yang patut dicuba oleh blogger bagi variasikan entri dalam blog.
Cara buat rakaman video terus ke blog post

Selesai dah, harap para pengunjung dan pembaca puas hati dengan perkongsian ilmu berkaitan 5 cara memasukkan video dalam entri. Ada pro dan kontra. Terpulang untuk anda menggunakan mana-mana teknik dan cara di atas.

Buat mereka yang berkongsi video menerusi YouTube, untuk membolehkan anda mempunyai lebih kawalan kepada saiz video, cara paparan anda boleh rujuk entri sebelum ini berkaitan - Teknik Betul Kongsi Video YouTube Dalam Blog

Selamat berblogging, dan teruskan mantap bersama blog anda.


{ 11 comments.. read them below or add one }

Azwar Syuhada Azwar Syuhada June 27, 2014
Thanks for sharing.. dari segi size screen youtubenya macam mana nak besarkan?
reezluv reezluv June 27, 2014
oho..bagus sekali gitu..:D
Nadia Johari Nadia Johari June 29, 2014
memang selalu masuk video utube gune cara amik dekat utube..hehe
NURUL AQIDAH AZAHAR NURUL AQIDAH AZAHAR October 27, 2014
cmner nk convert kan video yg terlebih mb..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN October 27, 2014
Ok. Kalau ikutkan cara saya, video yang ada saya upload ke YouTube. Youtube akan compresskan jika besar sangat. Ini cara paling mudah saya buat. Dari situ, bila dah upload, kita kongsikan gunakan embeded code dalam entri kita.
noradyani ab rahman noradyani ab rahman December 21, 2014
Terima kasih..panduan yang sangat berguna utk blogger baru macam saya =)

jemput singgah blog saya: danishdamiadaris.blogspot.com
ocie pemutih ocie pemutih January 16, 2015
gak ada cara yang lebih detail nya gak gan..??
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN January 16, 2015
Rasanya di dalam blogspot itu sendiri sudah agak mudah, hanya drag, dan udah aja kelik-kelik menunya.

Dalam blog ini bisa cari ada yang lebih detail terutama mengenai YouTube.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.