Langkau ke kandungan utama
Tunjukkan catatan dari Jun, 2014
Ramadan 2017 Promo

Panduan Berpuasa Pesakit Kencing Manis

Panduan berpuasa untuk mereka yang mengidap penyakit kencing manis, adalah satu panduan serius kena ikuti oleh pesakit kencing manis. Jangan ambil mudah, kerana jika salah pemakanan, seseorang yang ada penyakit ini boleh menghadapi masalah hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi. Malah, dalam sesetengah kes, jika tidak ditanggani boleh menyebabkan pesakit pengsan dan koma!

Terma hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi tentu ramai yang tidak tahu. Jadi, saya ringkaskan di bawah ini untuk lebih pemahaman.

Hipoglisemia - keadaan di mana pesakit menghadapai masalah paras gula dalam darah terlalu rendahHiperglisemia - keadaaan pesakit yang ada paras gula terlalu tinggiDehidrasi - pesakit kencing manis kekurangan air di dalam tubuh badan. Panduan Berpuasa Ramadan Buat Pesakit Kencing Manis Sejak saya disahkan hadapi penyakit Kencing Manis dengan bacaan antara 10-12mmol/L; saya perlu berhati-hati dengan apa yang saya makan dan mahu makan. Nasib baik saya ada isteri yang agak arif bab-ba…

Bertanyalah Jika Mahu Masuk Syurga

Kena ajar anak-anak kita untuk sering bertanya, bukan setakat hal akademik, tetapi bertanya bagaimana mahu masuk syurga Allah S.W.T. Ramai ibubapa yang abaikan perkara ini, iaitu menanam minat anak-anak untuk mencari syurga Allah S.W.T yang hakiki.

Saya terlintas untuk menulis perkara ini apabila hadir ke majlis penyerahan kad laporan pencapaian akademik anak saya di sekolah. Saya tertarik apabila guru-guru di sekolah itu menekankan soal masuk syurga dengan adanya ilmu. Hebat bukan? Guru yang sampaikan akademik tetapi pada masa sama buatkan pelajar-pelajar mahu masuk syurga!
Ajari Anak-Anak Untuk Bertanya Cara Masuk Syurga Saya bukan seorang bapa super hebat dan sempurna, tetapi tidakkah seorang bapa mahukan anak-anaknya masuk syurga dan mendapat kebaikan dunia akhirat? Dari kita berkorban kepada sesuatu yang kurang kekal untuk anak-anak, adalah lebih baik kita korbankan untuk sesuatu yang nyata pasti.

Sebagai ibu bapa, seharusnya kena didik anak supaya sentiasa bertanya perihal ini;…

Kuih Muih Bazar Ramadan Wajib Ada Tanda Harga

Rasanya ini pertama kali diwartakan bahawa kuih muih wajib ada tanda harga di Bazar Ramadan. Sebelum ini, saya tak pasti samada pernah diwajibkan. Tetapi kalau ikut kebiasaan, sememangnya peniaga perlu dah letakkan tanda harga walaupun apa barang pun yang dijual. Tak perlu nak keluarkan apa-apa peringatan lain lagi. Semua patut dah peka.

Saya tinggal di Parit Buntar. Alhamdulillah, kebanyakkan peniaga di sini faham akan undang-undang simple ini. Bukan susah pun, tulis je atas kertas atau koyakkan kotak terpakai dan tulis. Kalau ada whiteboard, tulis dan update harga barang dijual di situ. Mudah kan?
Tanda Harga Kawal Kenaikan Di Parit Buntar, amalan letak tanda harga memang biasa nampak. Malah peniaga harian yang jual kuih muih di depan Pasar Awam Parit Buntar pun letakkan tanda harga makanan yang dijual. Mungkin, kesedaran lebih kot di Parit Buntar memandangkan cawangan KPDNKK di sini proaktif buat pemantauan dan orang ramai nak buat laporan pun mudah.

Itu sebab harga barangan di Pa…

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Buffet Ramadhan Casa Ombak adalah antara puluhan promosi yang boleh anda dapati berkaitan panduan buffet ramadhan tahun ini (2014). Kali ini, saya ingin kongsikan satu promosi istimewa buffet ramadhan dari Ombak Creative iaitu Buffet Ramadhan Casa Ombak.

Casa Ombak Banglo merupakan sebuah banglo cantik dengan persekitaran dalam taman yang mendamaikan, sesuai dengan lokasi di Jalan Damai, Kuala Lumpur. Untuk tahun 2014, Casa Ombak yang diuruskan oleh Ombak Creative akan menyediakan promosi buffet Ramadhan dengan tawaran harga cukup menarik.
Promosi Buffet Ramadhan Casa Ombak Untuk info, Ombak Creative adalah merupakan sebuah syarikat event management di bawah pengurusan Casa Ombak Sdn Bhd. Dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam menguruskan katering, majlis korporat, kenduri perkahwinan dan majlis persendirian eksklusif. Pastinya Buffet Ramadhan Casa Ombak menjanjikan satu suasana berbuka puasa yang unik dan tersendiri. Apatah lagi diuruskan oleh mereka yang sudah ada pengalaman mengen…

Syoknya Parit Buntar Semasa Ramadan

Saya tinggal berdekatan dengan Parit Buntar. Sebuah bandar yang mempunyai dua bahagian, satu pekan lama, satu pekan baru; yang membahagi adalah landasan keretapi. Dulu, antara kedua seperti nampak terpisah, sebab setiap kali keretapi lalu, akan ada penghalang dan penghadang, tapi kini dah tiada lagi, ada jejambat serba gah yang telah hubungkan keduanya.

Syok tinggal berdekatan Parit Buntar ni. Tentu ramai dah baca entri lama saya iaitu 16 Sebab Seronok Tinggal di Parit Buntar. Kali ini saya nak kongsikan kepada anda, betapa syoknya tinggal berdekatan di Parit Buntar, lebih-lebih lagi merasai keunikan semasa di bulan Ramadan.
Syoknya Parit Buntar Semasa Ramadan Berbeza dengan tempat lain, di sini sangat jarang nampak buffet ramadhan, tak ada promosi sebegitu. Cuma yang akan selalu nampak ialah promosi makan kerang dan siput rebus. Hampir mana-mana ceruk tempat di Parit Buntar akan nampak banner-banner iklan makan kerang dan siput rebus. Setiap tahun juga, akan muncul gerai-gerai, keda…

15 Sahabat Blogger Ramadhan 1435H

Alhamdullillah, akhirnya 15 sahabat blogger telah dimasukkan ke dalam bloglist Ramadhan 1435H/2014. Terima kasih kerana sudi join segmen ringkas daripada hasrulhassan.com. In Sha Allah, saya akan umumkan salah seorang pemenang bertuah berdasarkan entri yang telah disediakan untuk segmen bloglist ini. Hadiah misteri. Saya sendiri tak tau lagi .. hahaha...

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada 15 sahabat blogger yang telah sudi mengambil bahagian. Walaupun target awal saya untuk dapatkan 30 blog, saya tetap dengan niat untuk memberikan hadiah buat yang telah menyertainya. Ianya adalah salah satu tanda penghargaan untuk sahabat blogger yang sanggup abiskan masa dan kongsikan manfaat terbaik sempena Ramadhan 1435H.
Sahabat Blogger Ramadhan 1435H Bloglist Sahabat Blogger Ramadhan 1435H ialah ...
http://akifimtiyaz3.blogspot.com/http://zamani84.blogspot.com/http://www.cikguazli.com/bloghttp://fadzirazak.blogspot.com/http://satujanjikita.blogspot.com/http://pokok2u.blogsp…

Salam Ramadan 1435H Ampuni Segala Salah dan Dosa

Salam Ramadan 1435 Hijriah buat semua pengunjung dan pembaca blog ini. Sementelaah kehadiran Ramadan mubarak penuh berkah ini, saya dan keluarga terutamanya ingin menyusun sejuta kemaafan andai dalam masa saya menulis blog selama lebih daripada 5 tahun ini (sejak 2008) ada terkasar bahasa, tersenda gurau tak hingat dunia, tersilap fakta, cuba memperdaya, letak gambar ntah apa-apa, tersilap tulis dan segalanya.

Mohon kemaafan agar rasa diri dapat melaksana tanggungjawab ibadah ini dengan sempurna, tidak ada rasa berat atau beban. Mohon kemaafan dari lubuk hati seorang insan yang sentiasa memaafkan, mengikut apa yang Nabi Muhammad S.A.W telah syorkan. Silaturrahim kita teruskan walau ada kala tak saling sama pendapat dan idea.

Buat semua, saya dengan ini melepaskan rasa segala, jika anda rasa ada salah dan silap pada saya sekeluarga, saya ampunkan dan langsaikan dunia akhirat. Tak perlu mohon maaf kerana kemaafan dari anda telahpun saya terima sebelum ia menjadi timbangan amal di akhira…

Kadar Zakat Fitrah Seluruh Malaysia 1435H / 2014

Salam Ramadhan 1435H. Saya sukacita sekali ingin kongsikan kadar zakat fitrah bagi seluruh Malaysia untuk tahun 2014 bersamaan tahun 1435 Hijrah. Kadar zakat fitrah tahun 2014 kali ini tidak jauh bezanya dengan kadar zakat pada tahun 2013.

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri. Ia berbeza mengikut makanan ruji sesebuah tempat itu.
Kadar Zakat Fitrah Seluruh Malaysia 1435H / 2014 Bagi negeri Terengganu dan juga Johor, kadar zakat adalah berbeza mengikut bahagian di negeri-negeri tersebut.

Untuk semakan terkini kadar zakat di Terengganu, anda boleh semak di sini - Maidam
Untuk semakan terkini kadar zakat di Johor, anda boleh semak di sini - MAIJ

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:
“…Adalah k…

Siapa Blogger Berpengaruh Malaysia?

Siapakah blogger Malaysia paling berpengaruh? Haa .. tetiba sahaja persoalan ini muncul di benak fikiran. Adakah anda tahu? Tak tahu, okey ... in Sha Allah, saya akan beritahu anda di dalam entri ini, dan berikan sebab mengapa.

Siapa blogger berpengaruh Malaysia patut tahu supaya anda boleh dapat impak dengan pengaruh yang ada pada blogger seperti ini. Blogger berpengaruh saya kategorikan kepada blogger yang penulisannya akan berikan impak samada secara tidak langsung dan langsung. Blogger berpengaruh datangnya dari sebuah blog berpengaruh. Blog yang ada pengaruh pula punyai beberapa signal yang menjadikan ia berpengaruh.
Siapa Blogger Berpengaruh Malaysia? Dalam dunia blog Malaysia; ramai blogger ambil 2 aspek penting dalam menentukan pengaruh sesebuah blog. Salah satunya ialah menerusi Page dan Domain Authority. Saya pernah ceritakan dua perkara penting ini sebelum ini. Jika anda kurang faham, anda samada boleh cari entri tersebut di dalam blog saya atau boleh sahaya Google dua perk…

Diskaun Peralatan Eletronik Lazada 77 Peratus

Diskaun hebat daripada Lazada. Ada potongan sehingga 77 % daripada Lazada Malaysia untuk peralatan elektronik. Jika anda mencari peralatan atau gajet elektronik baru untuk dimiliki, inilah masa yang sesuai untuk mendapatkannya. Diskaun ini terhad, ia hanya akan ada sehingga 2 Julai 2014 sahaja.

Jika anda belum pernah membeli secara online di Lazada, anda mungkin boleh membaca pengalaman peribadi saya membeli di situ. Saya boleh katakan Lazada Malaysia telah dengan jayanya memperbaiki segala kelemahan yang ada, hasil daripada maklum balas daripada pelanggan-pelanggannya sebelum ini.

Saya telah menggunakan khidmat servis pembelian dari Lazada Malaysia sebanyak 3 kali, semuanya melibatkan pembelian online. Satu pembayaran secara COD (cash on delivery), satu menerusi pembayaran pemindahan wang menerusi Maybank dan kali ketiga saya telah membeli jam tangan menerusi PayPal.

Semua penghantaran dalam masa kurang daripada 3 hari! Saya ceritakan pengalaman membeli belah online itu di sini - COD…

Kad Bisnes Murah Tetapi Kacak Dari Zaza Iman

Kacak tak saya tampil di kad bisnes yang telah direkabentuk oleh blogger Zaza Iman pemilik blog Zaza Zehra? Jika anda belum ada kad bisnes sendiri, maka bolehlah tempah dan minta bantuan Zaza Iman untuk design yang cun-cun punya. Kad bisnes yang ditawarkan memang kacak dan murah. Ya, harganya murah jika nak dibandingkan dengan yang lain.

Kad bisnes ini simple sahaja, tetapi ada tarikan tersendiri apabila Zaza Iman melakarkannya dalam bentuk unik. Itulah kelebihan yang ada pada design kad nama ini. Isteri saya sendiri akui, saya kelihatan kacak bergaya dengan hanya tampilkan kad bisnes ini. Haa ..awesome bukan?
Kad Bisnes Kacak Dari Zaza Iman
Material kad ini adalah yang material sederhana biasa yang kita sering jumpa. Iaitu daripada material kalis air dan menyerlahkan penampilan. Material adalah dari Art Card berserta Matt Lamination. Material ini material sama yang pernah saya gunakan untuk cetak satu manual bagi rujukan jurutera di Jabatan Kerja Raya. Ia memang material yang berkua…

5 Cara Memasukkan Video Dalam Entri

Ada rakan blogger bertanyakan kepada saya, tak bolehkah masukkan video terus ke dalam entri blog menerusi editor blogspot? Pertanyaan itu ada ditinggalkan kepada saya menerusi ruangan komen di entri Teknik Betul Kongsi Video YouTube Dalam Blog Sebenarnya boleh je, tak ada masalah, cuma ada sedikit kekangan ... nanti saya ceritakan lebih lanjut dalam entri ini.

Buat yang tidak tahu, ada 5 cara untuk anda memasukkan video ke dalam entri atau blog post anda. Semuanya sangat mudah kerana editor blogspot sendiri memudahkannya. Jika anda belum mencuba, anda seharusnya buat sekarang untuk melihat impaknya kepada blog anda.
5 Cara Memasukkan Video Dalam Entri Anda boleh memasukkan video ke dalam entri blog melalui 5 kaedah atau cara. Semuanya mudah, hanya main klik ... klik satu persatu.
Cara #1 - Masukkan Video Dari Sumber Dalam Komputer Anda Anda perlu klik upload, dan kekotak seperti di bawah akan muncul, anda pilih samada rakaman video anda, atau video yang telah anda simpan di komputer u…

Logo Hari Merdeka 57 - Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Logo Hari Kebangsaan ke 57 dan tema untuk sambutan Kemerdekaan tahun 2014 telahpun diketahui ramai. Tahun 2014, tema Hari Kebangsaan ke 57 ialah Malaysia, Disini Lahirnya Sebuah Cinta. Logo yang dipilih adalah logo yang ada nombor 57 dengan ciri latar warna bendera Malaysia.
Logo Hari Kebangsaan ke 57 Malaysia Timbul banyak persoalan mengenai logo yang dipilih, memandangkan logo ini terhasil daripada sebuah pertandingan mencipta logo yang dianjurkan oleh  Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM) atau Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR). Kontest ini telah diadakan pada 14 April sehingga 14 Mei 2014.
Komen Mengenai Logo Hari Merdeka 57 Malaysia Saya nak kongsikan beberapa komen dari laman Facebook berkaitan logo yang dipilih ini.

"Idea logo dari reka bentuk nombor sudah tepu. Sepatutnya pereka lebih peka pada tema, begitu juga penghakiman. Sambutan 56 tahun dari nombor, 57
pun nombor, rasanya 58 pun jugak sama tahun depan. Cukup la logo 50 ta…

JDT Juara Liga Super 2014 - Johor Umum Cuti

Tahniah kepada pasukan Johor Darul Takzim (JDT) kerana telah menjulang piala setelah menjadi juara Liga Super tahun 2014 ini. Atas kemenangan dan meraikan kejayaan JDT menjuarai Liga Super 2014, pihak kerajaan negeri Johor telah mengumumkan cuti pada Khamis 26 Jun 2014.

Rakyat Johor cuti umum pada Khamis 26 Jun 2014, tentu seronok ... hatta kepada mereka yang tak ambil tahu pun pasal Liga Super 2014 .. ye tak? Hehehe .. pastinya kegembiraan buat penyokong JDT yang selama ini berdiri kukuh teguh di belakang pasukan mereka. Kejayaan menang Juara Liga Super 2014 sesuatu yang boleh dibanggakan oleh JDT dan para penyokong.
JDT Juara Liga Super 2014 - Johor Umum Cuti JDT telah menjadi juara setelah menewaskan pasukan bolasepak Sarawak 1-0 di Stadium Negeri Kuching.

Memetik dari Utusan Online:
JOHOR BAHRU 25 Jun - Kerajaan negeri mengumumkan esok adalah cuti umum ekoran kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Liga Super selepas penantian selama 24 tahun.

Pengumuman itu dibuat Setiausa…

Imashima Lola VS Muhammad Firdaus Dullah

Kencang. Ribut. Taufan. Itulah yang boleh saya katakan apabila ramai yang menulis isu berkaitan Imashima Lola dan juga Muhammad Firdaus Dullah. Dua nama ini begitu hangat diperkatakan, dan merupakan keyword (kata kunci untuk tujuan SEO) antara paling popular minggu ini. Ramai blogger yang telah membuat entri berkaitan Imashima Lola dan Muhammad Firdaus.

Siapa mereka?

Imashima Lola vs Muhammad Firdaus DullahMuhammad Firdaus Dullah adalah seorang remaja OKU (Orang Kelainan Upaya) berumur 15 tahun yang menjadi topik hangat setelah kisahnya dipaparkan dengan penuh sadis dan sedih menerusi dada akhbar tempatan. Ia berikutan satu berita yang mengisahkan remaja OKU ini dijumpai oleh pihak Imigresen dalam satu operasi.
Imashima Lola pula adalah nama yang digunakan oleh ibu remaja OKU Muhammad Firdaus di Facebook. Ketika entri ini ditulis, facebook yang dikatakan milik ibu Firdaus sudah tidak wujud lagi. Mungkin disebabkan ia telah digodam semalam 24 June 2014 oleh pihak yang menggelarkan diri …

Teknik Betul Kongsi Video Youtube Dalam Blog

Ada seorang rakan blogger saya, dia mengadu kenapa skor SEO beliau dalam Chkme SEO Tools tak dapat 100 peratus macam blog saya (iyolah). Daripada laman web tersebut, tertera masalah berkaitan iFrame. Ya, iFrame memang boleh jejaskan teknik SEO dalam penulisan di blog.

Jejas Skor SEO Chkme Tools Rakan blogger saya +Shark Kay telah ajukan pertanyaan ini di Facebook saya (dah follow?). Dan saya telah cuba bantu apa yang patut. Akhirnya blogger yang penuh dedikasi ini telah pun dapat penyelesaiannya. Ia adalah gara-gara satu video YouTube yang dikongsikan dalam blog.

Saya juga telah membuat satu ujikaji. Saya telah gunakan satu kod YouTube iframe untuk salah satu post blog saya, dan hasilnya, skor SEO blog ini telah menjadi 95 peratus. Dalam Chkme SEO Tools, ia mengambil kira iframe sebagai salah satu punca untuk blog untuk tidak mesra SEO.
Rakan blogger +Shark Kay telah ubahsuai kod untuk YouTube, dan walla .. hasilnya blognya adalah 100% SEO compliance. Blog - citershark.blogspot.com

Ja…

Semperit Pesona Homemade Cookies

Mencari biskut Semperit untuk ditempah? Semperit sedap dan rangup. Produk orang kampung memang terbaik. Semperit antara kuih kategori biskut raya yang paling terkenal di Malaysia, malah ia merupakan kuih yang sering terjual laris ketika musim perayaan khususnya Hari Raya. Semperit Pesona Homemade Cookies adalah istimewa kerana ia produk orang kampung buatan Malaysia yang ada sah sijil halal serta mendapat permintaan tinggi hampir sepanjang tahun.

Kuih atau Biskut Semperit ada pelbagai variasi. Tapi, rasanya tetap sama kerana ramuan utamanya ialah butter atau mentega, tepung gandum, gula dan telur. Namun, Semperit Pesona Homemade Cookies ini ada kelainannya tersendiri. Ada resepi rahsia yang menjadikan ia sedikit berbeza dengan kuih atau biskut semperit yang dijual di pasaran.
Semperit Pesona Homemade Cookies Pilihan Istimewa Dan in Sha Allah, produk buatan orang kampung ini tidak ada bahan pengawet, tidak ada pewarna dan perasa tiruan, semuanya adalah sumber diyakini dan mempunyai pe…