Ubahsuai link arkib blog anda untuk SEO blogspot. Jika anda ada meletakkan widget archive atau arkib blog di bahagian sidebar, maka gunakan tips yang akan saya kongsikan ini untuk memperoleh manfaat SEO. Jika ada yang masih lagi blur apa itu SEO atau Search Engine Optimization, anda boleh baca mengenainya secara am di sini - Mengapa SEO Penting untuk Blogspot

Agak-agak masih kurang jelas, boleh juga baca entri yang telah saya terbitkan di sini - Bukti SEO Penting Buat Blogspot

Ubahsuai Widget Arkib Blog Untuk Mesra SEO


Ok, ubahsuai arkib blog untuk SEO. Bagaimanakah caranya? Apakah tekniknya?

Tak susah, mudah sahaja untuk anda adaptasi teknik SEO dan dijadikan satu kelebihan. Apa yang perlu anda lakukan ialah mengubah link atau pautan berkaitan arkib di dalam blog anda. Perlu dinyatakan di sini, ubahsuai arkib ini hanya tertakluk kepada blog yang meletakkan widget archive di sidebar blogspot sahaja. Jika tak ada widget itu, tak perlulah buat ubahsuaian ini.

Hmm .. ok ... mungkin ada yang tertanya, mengapa ada sesetengah blog tidak meletakkan widget arkib dalam blog. Untuk pengetahuan, salah satu ciri sebuah blog yang patuh SEO ialah tidak mempunyai jumlah link melebihi 100 dalam satu-satu paparan. Ia penting supaya enjin carian tidak melabelkan blog anda sebagai salah satu ladang spam link. Dan keduanya, supaya tidak berlaku redundant link atau url sama keluar lebih dua kali.

Berbalik pada teknik SEO untuk ubahsuaian tadi bagi widget arkib blog. Apa yang perlu anda buat ialah dengan mencari kod HTML berikut dalam HTML blogspot anda.

Gantikan dengan kod HTML di bawah ini.

Dah tukar, sila Save template anda.

Mudah je kan?

Oh ya, bukan semua template akan ada kod HTML di atas. Jika tak jumpa, cuba buat carian dengan ambil bahagian post-count-link sahaja, dan tengok samada wujud atau tidak kod HTML di atas. Jika tak ada tak mengapa.

Alternatifnya, anda boleh sahaja gunakan fungsi robot.txt yang ada dalam dasboard blogspot anda supaya tidak indeks bahagian arkib blog anda. Ada cara lain, iaitu dengan letakkan kod arahan robot di bahagian head blogspot anda. :) Bab-bab ini saya dah pernah ceritakan sebelum ini.... jika rajin cubalah cari.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini akan menjadikan blog anda lebih mesra SEO, in Sha Allah.

Selamat mencuba.


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement