Perkataan atau kalimah Halal, bukan lagi satu perkataan taboo, tetapi telah digunapakai dengan meluas di Malaysia, tanpa mengira agama dan budaya. Malah, dalam budaya dan agama selain Islam sendiri ada wujudnya perkataan ini sekarang (dulu tidak). Dan sebenarnya, apa yang dimaksudkan dengan halal adalah terkandung di dalam undang-undang Malaysia. Seandaianya ia tidak menepati takrifan itu, ia dianggap tidak halal bagi umat Islam di Malaysia. 

Apa maksud halal? Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.

Takrif Halal Mengikut Undang-undang Malaysia

Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 

Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:

  • bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
  • tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
  • tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak; dan
  • tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.

Sumber: Halal Jakim

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. itu pon ramai xpaham dgn istilah halal haram ni.
    restoran2 mhl yg beroperasi di mall2 di seluruh negara perlu lebih perhatian dlm memperkasakan kualiti mknn yg btol2 halal utk pengguna

    BalasPadam
  2. Ni ada cadangan aku. Apa kata keluarkan Sijil Haram pulak.. Yang Haram tu bagi Sijil Haram. Yang tak mohon sijil Halal tu terus bagi Sijil Haram.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pernah ditampilkan dan ditampalkan pandangan tu sebelum ini, malah dah ada dibincang pun kat kabinet.

      Padam
  3. Informasi yang berguna. Mohon share ye :)

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. Ni timbul plak isu babi dalam rokok. Kalau takde babi pun rokok tu dah haram dah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah lama dah ... cuma baru highlight kembali.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement