Shopping Raya 2014, merupakan satu projek kebajikan yang diasaskan dan dijayakan oleh Projek Iqra'. Siapakah Projek Iqra'? Projek Iqra' adalah satu badan amal bukan kerajaan (NGO), dan bukan berasaskan keuntungan yang diuruskan oleh Persatuan Kebajikan Projek IQRA' SeMalaysia. Penubuhannya adalah untuk membantu golongan anak yatim, kurang berkemampuan, fakir miskin dan asnaf di bawah rumah kebajikan yang menyertainya dalam soal pendidikan masa hadapan.

Shopping Raya 2014 - Program Kebajikan Projek Iqra'

Projek Iqra'

Projek Iqra' sinonim dengan projek-projek pendidikan untuk anak-anak yatim, fakir miskin dan kurang berkemampuan seperti Projek Kelas Rakyat dan juga Perpustakaan Mini di rumah kebajikan terpilih.

Projek Tajaan Shopping Raya 2014 merupakan antara salah satu projek kebajikan yang semakin mendapat perhatian, dan saban tahun selama 4 tahun telah memberikan keceriaan kepada golongan anak yatim, fakir miskin dan asnaf di bawah rumah kebajikan yang mengambil bahagian.

Projek Tajaan Shopping Raya 2014 Projek Iqra'


Shopping Raya 2014 - Program Kebajikan Projek Iqra'

Salah satu ciri unik mengenai Projek Tajaan Shopping Raya ini ialah ia memberikan peluang kepada orang ramai untuk berbakti dan menyumbang menerusi Projek Iqra'. Orang ramai boleh terlibat dan menyumbang dalam tiga cara berikut:
  1. Menjadi sukarelawan untuk membawa anak-anak yatim dan fakir miskin shopping keperluan hari raya ke pasaraya terpilih dengan bajet yang telah disediakan hasil sumbangan orang ramai serta badan korporat.
  2. Menjadi penyumbang dalam bentuk wang ringgit bagi menjayakan program ini.
  3. Menjadi sukarelawan untuk menjayakan projek ini, iaitu samada sukarelawan fotografi, sukarelawan videografi, sukarelawan untuk acara dan juga sukarelawan blogger.
Shopping Raya 2014 - Program Kebajikan Projek Iqra'

550 Anak Yatim dan Fakir Miskin Shopping Raya 2014

Untuk tahun ini (2014), Projek Iqra' akan membawakan seramai 550 anak yatim dan fakir miskin dalam Projek Tajaan Shopping Raya. Ia akan melibatkan anak-anak yang kurang bernasib baik sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang dan juga Pahang. Kesemua anak-anak ini adalah dari pertubuhan anak-anak yatim dan rumah kebajikan sebenar yang berdaftar dan telah disemak akan statusnya.

Nilai Tajaan RM195 untuk Seorang Anak

Setiap anak ini akan ditaja sebanyak RM195 seorang, di mana 77% akan digunakan oleh Projek Iqra untuk Shopping Raya 2014, dan selebihnya adalah untuk pengurusan dan kos getaway pembayaran.

Pada tahun 2014 juga, pihak Projek Iqra' telah membuka peluang untuk orang ramai berkongsi nilai tajaan bagi membolehkan lebih ramai menyumbang walaupun sedikit untuk Shopping Raya 2014. Contohnya;

Kelab Lelaki Kacak Malaysia terdiri dari Ahmad, Meor, Kasim, Zahid, Nazim, Mardi, Anas, Najeb, Soleh dan 10 orang lagi, telah kumpul dana sebanyak RM400, lalu mereka menyatakan hasrat untuk menjadi penaja kepada dua orang anak yatim fakir miskin dalam Shopping Raya 2014.

Atau ...

Jasin bin Melaka kurang mampu nak berikan sumbangan RM195 tajaan anak Shopping Raya, tetapi memandangkan beliau seorang yang sangat prihatin untuk bantu anak-anak yatim dapat keriangan hari raya, dia nyatakan hasrat hanya mampu berikan RM100. Maka, sumbangan tetap diterima dan akan ditambah dalam sumbangan orang lain.

Dinyatakan RM195 setiap anak adalah sekadar nilai cadangan untuk Shopping Raya. Boleh berikan lebih, dan boleh sekadar ikut kemampuan. Namun, begitu, untuk membolehkan Projek Iqra' menyeleras projek dengan mudah, dan untuk keperluan rekod, adalah lebih baik, pihak yang ingin menyumbang memberikan sumbangan berdasarkan nilai cadangan.

Tiada had untuk seseorang memberikan sumbangan. Jika anda fikir dan mampu, boleh sahaja taja lebih dari seorang. Tajaan boleh diterima samada dari individu, pasangan, keluarga, badan korporat, kumpulan-kumpulan tertentu, mahupun daripada sepakat antara rakan-rakan sepejabat.

Mudah bukan?
Mendengar Penerangan daripada Projek Iqra' - Kredit KataNajeeb

Cara Untuk Menaja Shopping Raya 2014 Projek Iqra'

Ok, untuk menaja dan menjadi penyumbang dalam Projek Shopping Raya 2014 Projek Iqra' ini, lakukan langkah-langkah seperti di bawah ini.

Nilai tajaan: RM195
Akaun: Maybank
No Akaun: 564810504003
Nama: Persatuan Kebajikan Projek IQRA' SeMalaysia
Email: info@projekiqra.com
Reference : Shopping Raya 2014

Hubungi Bendahari Projek Iqra':
Suhaimi: 019 217 5597

Atau boleh sahaja menggunakan saluran dan info yang telah disediakan di sini -  http://www.projekiqra.com/cs_cause/shopping-raya-2014

Bagi saya, ini merupakan satu projek yang sangat murni, berikan peluang untuk semua, apatah lagi ada melibatkan sukarelawan yang akan terlibat secara khusus untuk Projek Tajaan Shopping Raya Projek Iqra' ini.

Masyarakat bukan hanya dapat memberikan sumbangan tetapi bersama dengan anak-anak ini bershopping raya, membeli keperluan yang diinginkan. Ia satu projek di mana masyarakat boleh terlibat dalam segala sudut.

Jika anda ingin terlibat sebagai sukarelawan di kawasan-kawasan projek ini, boleh sahaja hubungi pihak Projek Iqra' ini.

Projek Iqra'
Solleh 017 6702033 / Sharifah 017 274 8904 / Suhaimi 019 217 5597 

Oh ya, agak hebat bagi sebuah NGO digerakkan oleh 3 insan di atas, yang membolehkan projek besar seperti ini menjadi kenyataan, jika mereka boleh berikan sesuatu, mengapa tidak anda?

Kredit: KataNajeeb

Oh ya, terima kasih kepada Ben Ashaari yang sudi panjangkan nama saya dan blog ini untuk Projek Iqra'. Terima kasih kepada Projek Iqra' yang memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk memberikan sedikit daripada kemampuan ini untuk sama-sama menjayakan projek amal ini.

Meh layan video Tajaan Shopping Raya 2013 yang turut melibatkan pelajar-pelajar MRSM Baling sebagai sukarelawan di Rumah Gemilang Adik, Sik Kedah.



In Sha Allah, buat rakan yang lain. Jika anda tidak dapat berikan lebih, berikan sedikit dengan kongsi entri ini di Facebook, Twitter dan laman perkongsian yang lain. Terima kasih banyak.


11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ziarah malam salam ukhuwah dari INDONESIA.

    BalasPadam
  2. kalau dapat join ni lagi best ..=")

    BalasPadam
  3. tima kasih utk info ya HH!
    LIKE

    BalasPadam
  4. jom join jadi sukarelawan Projek Iqra'. CP dah join..terima kasih tuan HH sebab post info kat FB..kalau tak memang tak tahu Projek Iqra' ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Tak dapat berikan wang ringgit, berikan keringat dan usaha. In Sha Allah, DIA tahu niat dan keikhlasan kita.

      Padam
  5. Balasan
    1. Sama-sama. Moga perkongsian sekecil ini memudahkan lagi projek ini. In Sha Allah.

      Padam
  6. progam yang bagus semoga perkongsian ini bisa berkembang dan bermanfaat.

    BalasPadam
  7. Aslm.. bagaimana cara untuk saya turut serta menjadi sukarelawan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement