Sanggupkah Tunggu Sebegini?

Dulu, ya memang saya pernah gunakan teknik ini, tapi sekejap. Mengapa sekejap? Sebabnya saya sendiri pun tidak suka, jadi mengapa perlu dimuatkan di dalam blog sendiri? Sanggupkah tunggu sehingga ribuan saat semata nak baca satu cerita dan berita yang dicedok dan disalin tampal? Bagi ramai, ia bukan satu pengalaman yang menyeronokkan.

Sanggupkah Tunggu Sebegini?

Perlu LIKE untu baca
Mungkin ini salah satu teknik untuk membolehkan satu-satu page di Facebook mendapat like yang tinggi, tetapi seperti pendapat ramai, cara memaksa begini memang tidak digemari bagi sesetengah pengunjung.

Ada pengunjung yang akan ambil jalan mudah, terus pangkah tanpa menunggu. Itu memang biasa. Rakyat Malaysia terutamanya bukan jenis yang suka menunggu seperti ini. Menunggu di kaunter selama 30 minit pun dah keluh kesah dan buat muka sememeh, apatah lagi apabila masuk ke satu blog dan terpaksa like atau tunggu pemasa like ini ke penghujungnya.

Kecewa Bila Dah Like

Jika pengisian berbaloi, tak mengapa. Tapi setelah klik like dan melihat isi, ada rasa hampa, tak pasal ada yang menyumpah di dalam hati ....

Satu lagi masalah ialah pengunjung tidak tahu apa yang mereka like, entah-entah page yang bukan-bukan. Dah like, maka terpaksalah redha sahaja apabila dinding Facebook dipenuhi dengan bermacam cerita yang tak tahu mana datangnya.

Cubalah paling tidak nampakkan kepada pengunjung apa yang mereka kena like. Ye tak?

Dan pemasa tu, ishhh lama bebenor. Jika anda pemilik blog yang mengggunakan teknik ini. mohon fahami .... jika mahu sokongan ramai, cubalah telus, bertanggungjawab dan elakkan pengunjung untuk klik pangkah, jika tidak terpaksalah tengok bounce rate blog yang tinggi mencanak!


Cadangan sayalah, boleh ikut jika mahu ...
  • Kurangkan masa menunggu tu, janganlah sampai ribu-ribu. 
  • Elakkan pengunjung perlu like sampai 3-4 benda baru leh dapat akses baca blog yang banyak manfaatnya tu.
  • Sediakan satu butang pangkah pada kekotak facebook like.
  • Paparkan apa yang pengunjung perlu like.

Sekadar mencadangkan, bukan untuk kebaikan pengunjung sahaja tetapi juga blog anda.

Ok, Cadangan dibuka untuk semua ... ada apa-apa nak komen?

{ 39 comments.. read them below or add one }

Nani Nani May 07, 2014
setuju dgn pendapat En. Hasrul tu...tapi kekdg terpaksa juga like sebab tajuk dia menarik...dan kita pun rasa tertarik nak baca...
azstory azstory May 07, 2014
Like sbb terpaksa.. erti kata lain paksa orang like.. guna psychology betul..
mama amir mama amir May 07, 2014
setuju...kadang2 saya walaupun tajuk menarik, nak tunggu lama untuk baca, terpaksalah tekan pangkah dan beralih ke blog lain...
qlimax qlimax May 07, 2014
Apa yg diorang ni sibuk sangat nak like ye? adui.. sikit2 suruh like.
anajingga anajingga May 07, 2014
main paksa2 pula kan...tak sabar tak yah tunggu je...
Bin Muhammad Bin Muhammad May 07, 2014
Apalah gunanya jika like banyak tapi secara paksa. Lebih baik sikit tapi berkualiti dan ikhlas...
Wafa Cw Wafa Cw May 07, 2014
saya pernah jumpa yang tak ada timer dan pangkah... kalau nak baca content memang kena like... Oleh kerana tajuk memang mengundang curioisty, klik juga... lepas baca, content memang bagus, tapi problemnya setiap kali klik link ke entri lain akan keluar lagi...cuma dia hilang sendiri selepas beberapa saat...tiap kali klik akan keluar... teruk jugak lah... so, sekali tu jer lah saya masuk ke blog tu :D
Sylarius Yusof Sylarius Yusof May 07, 2014
Teknik paksa like ni mengarut sebenarnya. Banyak orang meluat kalau terjumpa page yang macam ni. Event kalau mampu generate beribu likers sekalipun, risiko untuk likers ini untuk unlike semula tetap ada bila entry yang dihidangkan tiada kualiti.
MaMa MuRsYiD MaMa MuRsYiD May 07, 2014
Saye memang pangkah terus kalau kene like2 nih.. Memang tak tunggu dah walau 10 saat pon.. Buang mase je..
hafizmd hafizmd May 07, 2014
Saya baru pasang tp takde tempoh tunggu.

dan saya hanya psang di single page.di homepage takde..hehe

thanks bro HH untuk perkongsian ini
KizMySeLf KizMySeLf May 07, 2014
tak pernah guna, tak minat
KelipKelip KelipKelip May 07, 2014
maap cakap kebanyakkanya blog berita copy & paste, tapi diorg pandai main sentimen dan daya penarik pd tajuk
Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid May 07, 2014
memang tak sanggup nak tunggulah... hew hew hew...
Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal May 07, 2014
Assalammualaikum..bro HH,

mselim3 ada fanpage.. tp letak aje kat sidebar... kalu nak like lah.. kalau tak nak pun takper... kesian pengunjung kena like2 pulak...

mselim3
eyza nieza eyza nieza May 07, 2014
selalunye klo ada blog yang pakse2 like dan kena tunggu ni menguji kesabaran eyza... hehe silap hari bulan eyza terus pangkah je...
Thank En. HH kerana kongsi info yang menarik ni...
weschairs weschairs May 07, 2014
Jgn harap nk baca kalau ada benda macam ni
Akak Adek Akak Adek May 07, 2014
hehe-mmg mcm terpksa- kdg2x membe suh like jer dulu, nnti unlike la semula -__-'' erk
Cik Matahariku Cik Matahariku May 07, 2014
saya pernah berjumpa jugak blog mcm ni, mcm readers lain katalah, sbb terjebak nk tahu sangat apa story yg sebenar kan, terpaksa like.Tapi sy tak ulang dtg ke blog itu lagi...
Jia Rizaira Jia Rizaira May 07, 2014
Nampak je display macam tu...Terus klik pangkah....
Hairul Hafiz Hairul Hafiz May 07, 2014
uih lamanya..tak sanggup den....
Hanny Abdullah Hanny Abdullah May 07, 2014
Sis bukan jenis yg suka menunggu. Masuk tgok ada benda ni..ummm kuar balik le
husna zahidi husna zahidi May 07, 2014
hahaha selalunya kat fb berlambak.. kemain letak tajuk entry soseh2 artis..
bila nak p baca, dya keluar mcm tu, tak tunggu lama, husna pangkah je terus..:p
bob Matcha bob Matcha May 07, 2014
yg pasti... blog camni mmg tak sempat fikir nak tekan pangkah dan itulah kali pertama dan terakhir nak klik kat link tu... dan satu lagi... blog berlagu riang.. mmg dgn kelajuan cahaya pangkah... huhu
Ammar Ammar May 08, 2014
Tak sanggup tak sanggup...
deno deno May 08, 2014
aduh tak sangup den.... tak sanggup.....
sabree hussin sabree hussin May 08, 2014
kalau dah sampai ribu-ribu tu, syok sendiri tu namanya

orang kita ni nak baca pun malas, inikan plak nak tunggu lama macam tu
Apache Junior Apache Junior May 08, 2014
inspect element dpt mengelakkan dri kena like menda2 macam ni.
ieta mat Sa'ad ieta mat Sa'ad May 08, 2014
Waisting my time...
1 sebab knp sy benci blogwalking blog yg mcmtu even blogger tu hebat d mata ramai... hehe
Adib Site Adib Site May 08, 2014
kalau rasa tajuk tu best, saya guna inspect element utk lepasi LIKE ni..
reezluv reezluv May 08, 2014
blogger gile like & follower gini biasanya menggunakan apa juga cara nak dapatkan like...tujuannya nak bagi nampak femes dan juga bangga nak tayang kat blognya yang mempunyai banyak likes..

dan apa yang ada dalam fikiran mereka...ala..bukan kena bayar pun kalau klik...nampak sangat blogger tu tak fikir dari pihak pembaca...
Anarm Anarm May 08, 2014
Blog macam tu memang aku takkan masuk dah..
Sue Sopian Sue Sopian May 08, 2014
pangkah terus kalau keluar camtu.. bikin menyirap je.. drpd menyumpah2 baik pangkah terus.. muahahaha..

btw nice tips! :)
BUNDA a.k.a KN BUNDA a.k.a KN May 08, 2014
Bunda pangkah terus jer...banyak lagi blog yang bunda nak BW....tambahan dengan internet yang lembab lagi...buang masa jer nak menunggu....
Salam Yahya Salam Yahya May 08, 2014
memang menyusahkan.........pnah gak like masuk blog2 gini......tp at last apa yang dipaparkan sangat annoying
AkuBiomed AkuBiomed May 08, 2014
Tidak sanggup tunggu terus klik tutup. :-)
SSurianah Yana SSurianah Yana May 09, 2014
salam jumaat..jika saya memng terus tinggl ja blog mcmni kecuali jika ada button pangkah

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.