Langkau ke kandungan utama

Pembayaran Komisen ke 5 Ashadee.com

Alhamdulillah, sedar tak sedar blog ini telah jana pendapatan komisen kali kelima menerusi Ashadee.com. Berapa jumlah keseluruhan, biarlah saya seorang je yang tahu, nanti ada kata riyak nak menunjukkan pula. Namun, saya paparkan juga komisen terbaru saya dapat terus ke akaun bank untuk dijadikan bukti, bahawa dengan blog memang boleh jana income sampingan secara online.

Ramai yang tanya, terutama blogger baru, bagaimana nak jana income online ni. Saya dah pun beritahu banyak kali dalam post-post terdahulu, banyak lubang yang boleh masuk, tetapi masih ada yang kurang nak faham, dan mengetahui dengan jelas.

Pembayaran Komisen Affiliate ke 5 Ashadee.com

Cara buat duit dengan blog - affiliate ashadee
Ashadee.com adalah salah satu tempat saya jana income online menerusi affiliate. Ada beberapa sumber lain lagi untuk affiliate ni, tapi saya berikan penekanan ini sebab Ashadee dah terbukti kepada saya ia membayar, dan lebih menarik, ia membayar terus ke akaun bank. Saya tak perlu nak minta izin pihak mereka pun untuk cash out, tau-tau dapat email kata bayaran komisen telah dimasukkan.

5 Sebab Mengapa Pilih Ashadee?

Mengapa Ashadee?

Oh, ya ... tak faham apa itu Affiliate? Masih belum terlewat bagi anda untuk ketahui mengenai affiliate ni ... anda boleh tengok video percuma ini - Jana Income Menerusi Affiliate

Atau mungkin tak ada masa nak tengok video, boleh muat turun satu panduan affiliate untuk newbie ini, yang diberikan percuma secara terhad (akan ditarik tawaran bila-bila masa) - Panduan Affiliate untuk Newbie

Ok .. balik yang tadi, mengapa Ashadee?

Sebab, ia bayar samada ke akaun Paypal atau akaun bank, tanpa ada perlu nak minta-minta atau request. Hanya lakukan beberapa tetapan dalam setting akaun Ashadee anda, in Sha Allah ... komisen akan diberikan kepada anda, walaupun ketika itu anda sedang tidor di rumah mak mertua isteri nombor satu.

Keduanya, ada banyak produk yang boleh anda promosikan, pilih sahaja produk yang sesuai dengan niche blog anda. Pilihlah produk yang berikan komisen yang lebih daripada 40-50 peratus.

Ketiga, ada bahan-bahan sokongan untuk anda mempromosikan produk dalam Ashadee. Ada email marketing, ada banner, ada teks link ... anda hanya perlu gunakan teks, link atau HTML yang diberikan sahaja untuk mula promosi.

Keempat .... setiap jualan yang terhasil akan diberitahu, malah ada statistik untuk anda buat sedikit kaji selidik mana produk yang bagus dan tidak bagus untuk dijual. Ada bahagian yang boleh anda rujuk untuk ketahui mana yang laris dan mudah untuk anda jual dan terima komisen hari-hari.

Dan akhir sekali ... kelima ... tiada GST dikenakan buat masa ini .. hehehe.... lagipun, pendaftaran affiliate adalah percuma, bukan kena bayar pun. Jadi, anda boleh ada bisnes sendiri, produk orang lain yang boleh anda kaut komisen hanya dengan menjadi agen affiliate atau agen pemasaran.

Nak tahu bagaimana blog leh jana income sampingan untuk anda? Cuba tengok apa kata rakan blogger saya ini yang dah berjaya jana income bertalu-talu menerusi affiliate - Jana Income Affiliate Bertalu-Talu dari Kitab SEO Merah Jambu

Opps .. lupa nak tunjukkan bukti yang saya dah terima komisen ke 5 dari Ashadee.com pada anda ... nah ni dia ... jangan terpaku sangat, sebab esok lusa ia mungkin satu 'statement' daripada akaun anda pula ...
Pembayaran Komisen ke 5 Ashadee.com

 Cubalah, mana tahu rezeki anda dari cabang ini pula. Tak salah mencuba pun, bukannya kena bayar apa-apa pun ... klik pada pautan-pautan yang dah saya berikan tadi ye.




Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Tahniah bro.. :)
    ni tunggu lagi beberapa sale, insyaAllah boleh lah cashout..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, tadi nampak Anirah dah jauh ke atas ehh .. syabas .. syabas ... banyak sales nampaknya tu ..

      Padam
  2. wahh..

    jelesnya gua..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hoho .... SEO Merah Jambu oohh belum ada lagi ...

      Padam
  3. saya teringin juga nak rasa duit dari blog..ho..ho..

    BalasPadam
  4. saya teringin juga nak rasa duit dari blog..ho..ho..

    BalasPadam
  5. saya ada sign up.. tp, lepas sign up, tak tahu nak buat apa.. huhu..

    BalasPadam
  6. mantap bro..baru jer dapat sikit komisen dari ashadee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah .. teruskan usaha lagi

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…