23 Mei 2014

Menakluk Kosmos - Album Baru Kumpulan Wings

Menakluk Kosmos. Begitulah tajuk album baru daripada kumpulan rock tersohor Malaysia, iaitu Wings. Ini merupakan album ketujuh-belas daripada lagenda kumpulan rock tanahair ini. Ia diterbitkan oleh KRU Music dan telah mula berada di pasaran pada 22 Mei 2014.

Saya difahamkan, album Menakluk Kosmos menampilkan 10 buah lagu baru yang telah diberi kelainan dari sudut susunan muzik, pembikinan lagu, lirik dan kerja-kerja produksi. Dan dikatakan merupakan album terbaik pernah dihasilkan.

Album baru ini memang dinantikan ramai termasuklah saya sendiri. Almaklumlah, zaman remaja saya didewasakan oleh muzik-muzik dan lagu mereka. Masa sekolah rendah lagi dah layan lagu-lagu mereka yang terbaik seperti Misteri Mimpi Syakila, Bazooka Penaka, Bujang Senang, Sejati ... dan macam-macam lagilah. Memang segar mekar sampai sekarang rasanya. Malah ada yang dah diberikan nafas baru oleh komposer dan penyanyi baru.

Kalau dok ingat baliklah lagu-lagu Wings nie, pasti terimbau kenangan zaman sekolah. Serius nih. Teringat zaman melompat-lompat cam beruk dalam bas sekolah sambil kacau budak-budak sekolah Convent, Batu Gajah yang perghhh ... pakai skirt kau .... hahahaa....

Punya minat, ada beli kaset sendiri dan siap ada buku tulis lirik lagu-lagu Wings. Cuma tak beli majalah hiburan je sebab waktu tu duit poket pun hanyalah 50 sen. Sekali bawa, sekali habis. Yang beli kaset tu pun sebab dapat duit raya rasanya .. hehehe..

Menakluk Kosmos - Album Baru Kumpulan Wings 2014

Menakluk Kosmos - Album Baru Kumpulan Wings
Ok, album terbaru kumpulan Wings ini yang berjudul Menakluk Kosmos menampilkan lagu-lagu seperti Peti Pandora Mu, Ingatkan Dia dan Bisa Yang Tertunda, album terbaharu itu turut menampilkan tujuh lagi lagu baharu iaitu Menakluk Kosmos, Raja Segala Duri, Komplikasi Pramaya, Gurindam Mahsyar, Adoney Dari Paran, Segitiga Piramida dan Penanti; yang nie saya petik dari sumber berita.

Kena Cetak Rompak

Dengar-dengarnya album terbaru Wings ini dah kena cetak rompak. Kena cetak rompak sebelum berada di pasaran .... hmmm macam kes filem tu ... apa tu .. lupa lak nama tu. Sebanyak 4 buah lagu telah dicetak rompak dan diedarkan menerusi iTunes. Itu yang didakwa oleh Awie, penyanyi utama kumpulan Wings seperti dilaporkan akhbar tempatan.

Nak dengar lagu baru Album Menakluk Kosmos tak? Ok, saya sediakan beberapa video klip ini dari KRU Studios untuk halwa telinga anda.

Oh ya, nak dapatkan perkembangan terbaru Wings? Boleh ke laman web mereka - Sayap2Wings
Lirik dan Lagu Album Wings 2014 Menakluk Kosmos

Video dan Lirik Peti Pandora Mu - Album Menakluk Kosmos (Wings 2014)

Video dan Lirik Lagu Ingatkan Dia - Album Menakluk Kosmos (Wings 2014)


Kumpulan Wings ambil masa setahun lebih untuk hasilkan album Menakluk Kosmos, dan ini merupakan kali pertama Wings menerbitkan album di bawah label KRU Music. Album terakhir Wings adalah pada tahun 2012 dengan tajuk .... errrr lupa la pulak ... malas nak Google .. hahaha .. boleh gitu?

Ok, apa pendapat anda semua?


Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

22 Komen Menakluk Kosmos - Album Baru Kumpulan Wings

agaknya dah memang minat kot...sebab tu kali pertama dengarpun dah suka.

kita ni dah memang dah di besarkan dengan rock n roll wings

Ada terbaca mengenai lagu album baru Wings dibocorkan. Sedey perkara seperti ini berlaku .

Hmm tu pasal .. adakah kerana Wings itu ada karismanya sendiri sampai muzik dia telah pengaruhi halwa telinga kita?

Hmm ... banyak lagu2 lama kumpulan Wings masih lagi berhantu .. kan kan?

Yup. Awie dah buat report polis pun.

Lebih best dari Naga Keramat. Vocal awie pun terkawal dan agak bersih. Penanti mgkin salah satu killer song selain 3 lg lagu slow. Lagu fast dia masih kekalkan konsep wings cuma lebih segar. Komplikasi pramaya syok dgr byk kali. Solo joe dlm album ni lebih tersusun & simple tp sedap. Kesimpulannya album ni mmg terbaikk!!

Lagu lama wings mmg tiada tandingan.....tp dlm album ni saya suka background muzik piano tu.. Sedikit kelainan dlm lagu Pandora, good job from edry

Lagu lama wings mmg tiada tandingan.....tp dlm album ni saya suka background muzik piano tu.. Sedikit kelainan dlm lagu Pandora, good job from edry

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Sedap di dengar......tapi bagi saya, album Orang Asing yang paling saya minat....:)

Terus terang saya katakan ini bukanlah album terbaik dari Wings.Elemen keyboard tak sepatutnya ada dalam muzik Wings.Vocal Awie dalam sesetengah lagu tenggelam dan tak berapa jelas perkataannya.Solo Joe agak kurang dari kebiasaannya.Lagu fast seperti Menakluk Kosmos,Raja Segala Duri perlu penambahbaikan,muzik kelam kabut...cuma ketukan drum Black je yang terbaik.Mana pergi lagu M.Nasir???Lagu Ingatkan Dia paling teruk dan tak sepatutnya ada dalam album Wings.Lagu ni bagi band Hujan,Hyper Act,Gorilla sesuai laa...

Betul...setuju!!! Album paling worst....ntahapaapantah...lagu fast melodi melalut...Bisa Yang Tertunda macam lagu Spring lak...adoiii hancussss

Best amendenya....hampehh

Penanti??? takde elemen rock langsung...dah mcm lagu rentak Slam pulak.....

Tanpa Nama delete Jun 21, 2014

ok sgt album ni xde cacat celanya..memang ada beza dgn album2 dulu tp tu biasalah mesti ikut peredaran zaman..

wings memang best la broo...depa cari makan dengan muzik..dan bukan harap ehsan orang seperti vote dan sebagainya...sebab tu depa bertahan lama..apa2 pun Peti Pandoramu memang best hahahaha

kalo dgr lagu saja tk phm le..kalo hayati lirik2 mereka smua berkisar ttg percintaan hamba dgn tuhanya..sb tu lagu mereka byk yg hidup smpai skg..tk mcm lagu skg..

Tanpa Nama delete Mac 15, 2015

Thanks my dear...yg byk tuju lagu dr album ni...

Album ni biasa saja jika banding dgn 5 album wings yg terawal.. mungkin sesuai dgn jiwa anak muda skg tapi mcm dah lari dr base muzik wings yg asal.. (mungkin utk marketing target) hanya beberapa lagu je yg boleh layan.. tak mcm dlm album hukum karma, teori domino & jrangkung dlm almari yang lagunya semua layan habis..

Yeap, saya setuju. Saya lebih rasakan album ini hanyalah album survival sahaja... satu sentuhan dan usaha oleh KRU agar Wings kekal relevan


EmoticonEmoticon