Keputusan MUET Mac 2014 Diumum

Keputusan peperiksaan MUET (Malaysian University English Test), in Sha Allah akan diumumkan tidak lama lagi. Keputusan ini adalah dari peperiksaan MUET yang diadakan pada Mac 2014. Sessi tersebut melibatkan 36100 calon.

Pengumuman keputusan MUET akan dikeluarkan pada 5 Mei 2014, begitu menurut kenyataan dan pengumuman di laman web Majlis Peperiksaan Malaysia.

Kalendar Exam MUET 2014


Keputusan MUET Mac 2014 Diumum

Calon MUET sesi Mac 2014 boleh mendapatkan keputusan peperiksaan pada 5 Mei 2014 di sekolah atau di institusi pengajian masing-masing mulai jam 10 pagi. Bagi calon-calon persendirian, keputusan akan dihantar menerusi pos.

Selain itu, calon juga boleh menyemak keputusan menerusi SMS seperti di bawah.

Taip MUET [jarak] RESULT [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888 

Sebagai salah satu alternatif lain, calon juga boleh semak menerusi online di www.mpm.edu.my mulai jam 10:00 pagi, Isnin 5 Mei 2014.

Bagi calon-calon yang berasakan keputusan tidak memuaskan dan mahu semakan dilakukan, rayuan penyemakan boleh dilakukan dengan bayaran RM70 dan boleh dilakukan sebelum 16 Mei.


Borang untuk rayuan penyemakan keputusan MUET Mac 2014 boleh didapati di sini - Borang Rayuan Keputusan MUET
Muat Turun Borang rayuan keputusan MUET 2014

Moga calon-calon MUET yang dah ambil peperiksaan bermanfaat dengan entri ini, dan saya ucapkan terlebih dahulu syabas dan tahniah kepada mereka yang berjaya lulus cemerlang.

0 comment... add one now

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.